Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Meningkat 14% Pada Jun 2022 Berbanding Mei 2022; Peningkatan Sebanyak 32% Pada Setengah Tahun Pertama 2022

UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,939 unit pada bulan Jun 2022, yang tertinggi untuk tahun ini

Perodua mencatatkan jualan sebanyak 21,164 unit pada bulan Jun 2022

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak sebanyak 14% pada bulan Jun 2022, berikutan peningkatan jualan daripada kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua. Kumpulan telah mencatatkan jualan sebanyak 30,103 unit pada bulan Jun 2022 berbanding 26,480 unit yang didaftarkan pada bulan Mei 2022, di mana ia tetap terus memenuhi buku pesanan tertunggak yang menggalakkan. Bagi separuh tahun pertama, Kumpulan UMW merekodkan jualan sebanyak 173,254 unit, 32% lebih tinggi daripada 131,401 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021. Jualan pada Jun 2021 telah terjejas disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) dari 1 Jun sehingga 15 Ogos 2021.

UMWT mencatatkan jualan bulanan tertinggi bagi tahun ini iaitu pada bulan Jun 2022 dengan jualan sebanyak 8,939 unit, 18% lebih tinggi berbanding 7,579 unit yang dicatatkan pada bulan Mei 2022. Setakat Jun 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 45,911 unit, 35% lebih tinggi daripada 34,111 unit dalam tempoh yang sama bagi tahun 2021. Untuk memperbaharui barisan modelnya, pada 24 Jun 2022, UMWT telah memulakan pengambilan tempahan untuk Toyota Veloz serba baharu. Toyota Veloz baharu dengan pemasangan tempatan (CKD) akan menggantikan Toyota Avanza dalam pasaran MPV segmen B di Malaysia.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 21,164 unit pada bulan Jun 2022, 12% lebih tinggi daripada 18,901 unit yang didaftarkan pada bulan Mei 2022. Bagi separuh pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 127,343 unit, 31% lebih tinggi daripada 97,290 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2022. Model terlaris Perodua bagi separuh tahun pertama 2022 ialah Myvi, Axia dan Bezza. Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam pasaran, Perodua telah memulakan pengambilan pesanan bagi Perodua Alza serba baharu pada 23 Jun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan peningkatan jualan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada Jun 2022. Walaupun pengecualian cukai jualan tidak dilanjutkan selepas Jun 2022, kami berterima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan pengecualian cukai jualan bagi tempahan tertunggak yang dibuat sebelum 30 Jun 2022 untuk didaftarkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023. Pengumuman ini juga membawa kepada peningkatan yang besar terhadap tempahan kenderaan baharu untuk UMWT dan Perodua pada minggu terakhir bulan Jun 2022. Kedua-duanya syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran bagi memastikan kami dapat memenuhi permintaan pelanggan kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras – Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa. Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua. UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri – dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd. 

–BERNAMA

Berita asal: https://thekapital.my/jualan-kenderaan-kumpulan-umw-meningkat-14-pada-jun-2022-berbanding-mei-2022-peningkatan-sebanyak-32-pada-setengah-tahun-pertama-2022/

Previous ArticleNext Article

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.