13 Tempat Melabur Dengan Risiko Berbeza, Tepuk Dada Tanya Selera

“Melabur adalah cara terbaik untuk mendapatkan pendapatan pasif dan menggandakan simpanan”

Penyataan yang mendapat persetujuan ramai ini bukan lagi kata-kata kosong. Pelaburan adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan dengan jumlah yang kecil mahupun jumlah besar. 

Ianya bergantung kepada jumlah dividen ataupun keuntungan yang bakal anda peroleh. Justeru, setiap tempat pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri.

Mengurus kewangan dengan menentukan tempat melabur yang sesuai perlulah mengambil kira tahap risiko pelaburan tersebut. Terdapat banyak tempat melabur yang boleh anda pilih dengan risiko yang berbeza.

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Kedua-dua tempat melabur ini disarankan kepada anda kerana ia adalah khas untuk bumiputera sahaja. Jumlah dividen dan keuntungan yang bakal anda terima juga agak memuaskan dan memberangsangkan.

2. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Image by Nattanan Kanchanaprat from Pixabay

Fixed Deposit ditawarkan kepada semua golongan yang ingin menyimpan sebahagian wang mereka di bank dan menerima keuntungan pada masa yang ditetapkan. 

Pulangan yang bakal anda terima dari pelaburan ini adalah dijamin.

3. Tabung Haji

Tabung Haji bukan sahaja memberikan pulangan dividen dan keuntungan kepada anda setiap tahun, tetapi terdapat banyak kelebihan melabur di Tabung Haji.

Ia juga membolehkan anda menyimpan untuk menunaikan umrah dan haji kelak.

4. Unit Trust (Jenis Ekuiti)

Jika anda inginkan keuntungan yang lebih lumayan, anda haruslah bersedia untuk menanggung risiko yang lebih besar.

5. Exchange Traded Fund (ETF)

Exchange Traded Fund (ETF) adalah sebuah pelaburan seakan unit trust yang dijual melalui platform dagangan saham Bursa Malaysia.

Namun, kos ETF sebenar adalah lebih rendah.

6. Saham

Seperti yang kita tahu, saham adalah pegangan hak milik syarikat dalam bentuk ekuiti.  Keuntungan dan hasil yang bakal diperoleh adalah berdasarkan kepada jumlah peratusan saham yang kita beli di sesebuah syarikat.

Ia seolah-olah kita adalah sebahagian daripada pemilik syarikat tersebut.

7. Real Estate Investment Trust (REIT)

Pasti ramai tertanya-tanya apakah REIT yang dikatakan sebagai tempat untuk anda melabur. Ia adalah sebuah pelaburan dana yang digunakan untuk pengurusan hartanah komersial sehingga akhirnya menjana pendapatan. 

Ia juga didagangkan di pasaran saham dan bergantung kepada kenaikan harga dan pulangan dividen.

8. Waran

Pelaburan waran adalah sangat berisiko dan mudah untuk turun naik jika dibandingkan dengan saham induk. Senang cerita, saham induk naik sikit tapi waran berpotensi naik banyak.

Tapi sekiranya saham induk turun sikit, waran berpotensi untuk turun banyak.

Boleh baca lebih lanjut berkaitan Waran di sini.

9. Pasaran Hadapan (Futures Market)

Futures Market adalah pasaran hadapan yang bersandarkan kepada produk fizikal minyak kelapa sawit. 

Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) wujud di antara penjual dan pembeli untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah pada masa hadapan.

Baca: Pengenalan Kepada Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

10. Hartanah

Pelaburan hartanah bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam dunia pelaburan. Mereka yang mempunyai rumah lebih daripada satu pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. 

Rumah atau hartanah boleh disewa, dijual atau dijadikan aset memandangkan harga rumah semakin hari semakin meningkat.

11. Emas

Emas mempunyai nilai yang tinggi dalam dunia dan akan semakin bertambah nilainya. Ramai yang sudah mula membuat pelaburan emas dengan membeli, menyimpan dan menjual semula emas tersebut apabila harga telah naik.

Pelaburan ini amat berbaloi dan kurang risiko, tetapi anda perlu pilih medium yang betul.

Baca: Tutorial Beli Emas Secara Online

12. Robo Advisor

Robo advisor adalah sebuah platform pengurusan dana pelaburan dan khidmat nasihat kewangan secara online dan diuruskan sepenuhnya oleh mesin dan robot dengan interaksi manusia yang sangat minimum.

Daripada proses buka akaun sehingga pengeluaran wang, segalanya dilakukan sepenuhnya oleh mesin dan robot yang dikawal selia oleh sistem.

Satu-satunya robo advisor yang sah dan patuh syariah di Malaysia adalah Wahed Invest. Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja.

13. Private Mandate

Bagi mereka yang ada modal sekurang-kurangnya RM50,000, boleh juga melabur ke dalam private mandate yang disediakan oleh syarikat pengurus pelaburan untuk menguruskan pelaburan kita.

Bahasa mudahnya adalah kita mempunyai modal pelaburan dan kita memberi mandat kepada pengurus dana untuk menguruskan pelaburan kita.

Sekali baca macam hampir sama dengan unit trust yang kita biasa dengar, namun perbezaan ketara di antara private mandate dan unit trust ini adalah perkhidmatan ownership ke atas saham-saham yang dibeli oleh pengurus dana.

Nak tahu lebih lanjut, baca Apa Itu Pelaburan Private Mandate?

Melaburlah Hari Ini

Banyak betul pilihan, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Terpulang kepada kita nak pilih tempat pelaburan yang sesuai dengan anda dan kenalpasti setiap risiko yang bakal anda hadapi.

Sumber Rujukan: Rancang Wang. Penulis merupakan seorang perancang kewangan berlesen yang fokus dalam menyediakan customized investment advisory kepada high net worth individual.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Mengukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak semalam apabila jatuh MYR45 untuk ditutup pada paras MYR4,393. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,435. Ia kemudiannya merekodkan paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,456 sebelum kegiatan jualan yang tinggi mengheret FCPO ini ke arah paras terendah sesi bernilai MYR4,382. Ia kemudian menutup dagangan pada MYR4,393 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan menguasai pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan komoditi ini jelas menurun melepasi paras sokongan penting bernilai MYR4,420 dan terus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga berada dalam keadaan menurun, yang menunjukkan bahawa momentum menurun adalah kuat dan terus berlangsung. FCPO kini dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,300. Kami tetapkan bias dagangan negatif memandangkan mereka yang menantikan penurunan harga berada dalam kawalan.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kini disemak kepada MYR4,700.

Selepas membuat penembusan menurun, paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,300 dan diikuti oleh paras MYR4,200. Paras rintangan pertama pula sekarang berada pada MYR4,570 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,700.