Hartabumi Kupas Rahsia Hartanah Di Malaysia

Dewasa ini kita menyaksikan isu pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera adalah pada kadar yang sangat merunsingkan. Data dan statistik pada tahun 2016 menunjukkan hanya 39.5% Bumiputera yang memiliki hartanah, itupun selepas mengambil kira pemilikan hartanah oleh syarikat Bumiputera.

Manakala peningkatan kadar transaksi hartanah dalam kalangan Bumiputera hanyalah pada kadar 1% setahun. Ini sama sekali tidak seiring dengan pertumbuhan KDNK negara iaitu sekitar 4-5% setahun. Ini bermakna jika transaksi hartanah di Malaysia pada kadar RM100juta, golongan Bumiputera hanya menyumbang RM1juta sahaja.

Sedar akan masalah yang membelenggu Bumiputera hari ini, Hartabumi hadir dengan tawaran bukan sahaja enjin pencarian hartanah kepada Bumiputera sebaliknya Hartabumi juga hadir sebagai pemberi ilmu hartanah kepada golongan B40 dan M40 dalam pemilikan hartanah.

Konsep yang dibawakan oleh Hartabumi ialah lebih kepada fakta dalam gaya santai disulami dengan infografik yang menarik bagi memudahkan pembaca memahami intipati konten yang cuba disampaikan Hartabumi.

Hartabumi sejak penubuhannya pada tahun 2016,  begitu komited dalam membantu pemilikan hartanah golongan Bumiputera dan telah mengupas hampir ratusan rahsia hartanah dari segi perbandingan harga hartanah mengikut tahun, perbandingan harga hartanah mengikut jenis rumah, analisa kawasan, kisah pelabur hartanah dan juga strategi hartanah.

Buat anda yang masih tidak tahu, Hartabumi mempunyai produknya yang tersendiri. Produk tersebut dalam bahasa mudahnya ialah instrumen untuk memberi kesedaran kepada golongan Bumiputera tentang pemilikan hartanah di Malaysia.

Produk Hartabumi merangkumi Buletin yang dikeluarkan setiap bulan, e-book yang dikeluarkan setahun sekali, portal carian hartanah dan ilmu hartanah.

HARTABUMI ALTERNATIF TERBAIK

Di Malaysia terdapat tiga jenis kategori pembeli hartanah iaitu orang yang masih mencari ilmu hartanah, orang yang ingin membeli hartanah dan orang yang ingin membuat pelaburan hartanah jangka panjang.

1. MENCARI ILMU HARTANAH

Jika anda tergolong dalam kelompok ini, janganlah risau kerana anda boleh dapatkan ilmu hartanah merangkumi artikel, tips & strategi dan berita hartanah yang dikongsikan secara harian di channel Facebook, Telegram, Twitter dan website Hartabumi. Moga-moga dengan perkongsian ini, dapatlah anda memperoleh ilmu berkenaan hartanah.

2. MEMBELI HARTANAH

Bagi yang mencari hartanah pula, anda sememangnya berada di tempat yang betul kerana Hartabumi adalah enjin carian hartanah. Anda boleh dapatkan hartanah jenis baru, subsales dan juga lelong mengikut kemampuan gaji anda.

3. PELABURAN HARTANAH JANGKA PANJANG

Kebiasannya golongan ‘otai’ ini ingin menambah hartanah mereka atas kapasiti pelaburan dan mereka memerlukan data dan informasi bagi strategi hartanah. Jika anda merupakan pelabur hartanah, anda boleh dapatkan Buletin Hartabumi atau membuat pembelian e-book Hartabumi dengan kupasan secara holistik dan terperinci akan rahsia hartanah di sesebuah kawasan sasaran anda.

Natijahnya, Hartabumi menepati keperluan setiap golongan Bumiputera di Malaysia berkenaan hartanah bermula yang ingin mencari hartanah sehingga kepada yang ingin membuat pelaburan hartanah jangka panjang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan e-book KITAB HARTANAH HOTSPOT MRT jangan ragu-ragu untuk klik di sini: https://buletin.hartabumi.com/ebook/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman