Pasaran Hartanah Kediaman Dijangka Meningkat Dalam Tempoh 12 Bulan – Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — Pasaran hartanah kediaman Malaysia dijangka meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan harga dan sewa berkemungkinan naik dengan ketara, menurut Indeks dan Kaji Selidik Hartanah Suku Ketiga 2022 yang dikeluarkan oleh Juwai IQI Malaysia.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari dalam satu kenyataan berkata tinjauan dalam kalangan ejen hartanah di seluruh negara menjangkakan pertumbuhan harga kediaman yang ketara dalam tempoh 24 bulan akan datang.

“Ejen-ejen berkenaan percaya harga kediaman akan meningkat di seluruh negara sebanyak 11.8 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang. Pertumbuhan akan berlanjutan pada tahun berikutnya dengan harga mencapai 16.5 peratus lebih tinggi dalam tempoh 24 bulan akan datang,” katanya.

Menurut Kashif ejen-ejen tersebut yakin dengan perkembangan positif pasaran hartanah kediaman tersebut kerana mereka bersikap optimistik terhadap ekonomi.

“Kira-kira 45 peratus ejen percaya ekonomi akan menjadi lebih kukuh dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya.

Menurut tinjauan itu, ejen mengunjurkan harga kediaman di Pulau Pinang akan menyaksikan pertumbuhan 17 peratus dalam tempoh dua tahun, Johor (18.1 peratus), Kuala Lumpur dan Selangor (15.9 peratus) dan Sabah (14.7 peratus).

“Kami telah menjalankan Indeks dan Kaji Selidik Hartanah Juwai IQI sejak 2019 dan angka-angka ini membentuk unjuran pertumbuhan harga kediaman paling kukuh yang belum kami rekodkan.

“Jangkaan telah berubah dengan ketara sejak suku ketiga 2021. Ejen mengunjurkan penurunan lima peratus pada harga rumah kediaman dan perkembangan terkini menunjukkan jangkaan itu adalah hampir tepat,” kata Kashif.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/pasaran-hartanah-kediaman-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-12-bulan-juwai-iq/

Previous ArticleNext Article

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.