Apa Beza ‘Main’ Saham Dengan ‘Main’ Forex?

Istilah ‘main’ saham dan ‘main’ forex masih lagi digunakan sampai sekarang. Tak tahu siapa yang mulakan. Benda yang serius ini kalau dibawa ‘main’, memang tak ke mana. Jadi berhati-hati dalam setiap patah yang keluar dari mulut kita.

Oh ya, kali ini nak bercerita tentang perbezaan di antara kedua-dua instrumen ini. Mari kita kupas terlebih dahulu apa itu Saham dan Forex.

Apa Itu Saham?

Saham ialah pemilikan dalam sesebuah syarikat. Jadi apabila kita membeli saham, maksudnya kita membeli pemilikan (ekuiti) dalam sesebuah syarikat, dan sebagai pelabur kecil kita juga adalah pemilik syarikat cuma tidak mempunyai kuasa penuh untuk menguruskannya.

Contoh saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah Nestle, F&N, Ajinomoto, Syarikat Takaful Malaysia, Padini, Poh Kong, DRB-Hicom, Top Glove dan banyak lagi.

Sebelum terlibat nak melabur saham, Kita perlu faham apa yang syarikat itu buat, kedudukan kewangan syarikat berkenaan dan juga menilai potensi masa depannya.

Dengan erti kata lain, kita perlu melakukan Fundamental Analysis terhadap syarikat tersebut. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu? Kena ambil tahu Formula 3M, Analisa Prestasi Kewangan Syarikat dan Magic Number.

Pemegang ekuiti perlu ada akaun saham (CDS) dan akaun trading dengan mana-mana syarikat sekuriti atau broker saham untuk mula terlibat dalam pelaburan saham.

Apa Itu Forex Trading?

Nama penuhnya, Foreign Currency Exchange (Forex) atau pertukaran mata wang. Contoh urus niaga, US Dollar (AS$) ditukar dengan Ringgit Malaysia (RM), RM ditukar dengan Rupiah, Rupiah ditukar dengan Yen dan seterusnya.

Urus niaga pertukaran duit ini berlaku dalam dua bentuk iaitu tunai dan hutang.

Forex yang bersifat tunai berlaku semasa pelabur ingin bercuti ke luar negara, mereka ke pengurup mata wang dan menukar RM dengan mata wang negara yang kita mahu pergi contohnya RM dengan AS$ apabila kita hendak ke Amerika Syarikat, RM dengan Riyal kalau ke Arab Saudi atau RM dengan Thai Baht kalau nak ke Thailand.

Harga mata wang berubah-ubah, oleh sebab itu kita berpeluang mendapat untung rugi daripada pertukaran mata wang ini, walaupun tidak mempunyai niat pun untuk menjadikannya pelaburan kerana kita memang menggunakannya semasa di negara orang.

Yang popular di kalangan orang kita (mud amudi) adalah Forex trading Online. Forex trading secara online yang ada hari ini merupakan instrumen yang tidak patuh syariah (bukan kami yang kata, sila rujuk sini).

Ini kerana urusniaga Forex trading tersebut tidak mematuhi beberapa syarat yang menyebabkannya tidak patuh syariah.

Syarat Online Forex Atau Transaksi Over the Counter Yang Mesti Dipenuhi:

  1. Pastikan broker adalah betul dan mempunyai mata wang ketika melakukan transaksi. Broker ada mata wang yang hendak kita tukarkan
  2. Ada duit sepenuhnya, modal USD1000 hanya boleh berniaga USD1000 dan tidak lebih (Leverage)
  3. Tiada margin terlibat
  4. Spot transaksi (Transaksi lani), ada yang dibenarkan sehingga 3 hari

4 syarat di atas wajib dipenuhi, kalau salah satu syarat pun tak dipenuhi, maka HARAM.

Untuk keterangan lanjut, boleh baca Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex – penerangan video durasi 12 minit oleh Associate Professor Dr. Aznan Hasan, seorang pensyarah UIA & Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Maybank Islamik.

Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex

Justeru sebagai muslim kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam instrumen yang berunsurkan riba, judi dan gharar.

Ini adalah antara perbezaan ketara yang boleh dilihat;

  1. Untuk jual beli saham, pelabur harus membuka akaun dan mendaftar dengan Bursa Malaysia melalui syarikat broker, manakala bagi Forex, hanya perlu daftar melalui broker Forex secara online.
  2. Melabur saham melibatkan syarikat-syarikat yang terdapat di Bursa Malaysia. Bagi Forex pula, ia melibatkan semua mata wang asing dunia seperti USD, EUR,JPY, GPB, WON dan sebagainya.
  3. Waktu operasi transaksi saham adalah pada waktu bekerja sahaja di Malaysia dari jam 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Tetapi urusan transaksi Forex berlaku selama 24 jam kecuali hujung minggu.
  4. Transaksi keluar masuk duit ke akaun mempunyai dua cara iaitu menerusi online banking dan juga melalui remisier/dealer saham yang berdaftar. Manakala Forex perlulah deposit melalui broker-broker yang ada dan semua urusan deposit atau withdraw hanya melalui broker secara online.
  5. Keuntungan saham adalah dengan melalui prestasi kaunter/ syarikat yang dibeli disamping sedikit pengaruh terhadap ekonomi dan politik manakala Forex pula berdasarkan prestasi terhadap mata wang dunia. Ia selalu melibatkan beberapa faktor politik, ekonomi dunia, dan lain-lain.

Sumber Rujukan:

Saham Dan Forex Nampak Serupa Tapi Banyak Berbeza

Sekarang dah tahu perbezaan di antara pelaburan saham dan forex, bolehlah membuat penilaian sendiri pelaburan mana yang harus diceburi dan yang mana yang harus difikir semula.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

2 Comments

  1. Suka2 ka forex tu haram…sedangkan masih lg mengunakan teknikal,fundamental dan sebagainya….yg di kata haram jika ko letak ko rasa nak naik tanpa mengkaji teknik dan fundamental….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.