Ketidakstabilan Ekonomi: Kekal Melabur Atau Cabut Lari?

Semua orang melabur untuk dapatkan keuntungan. Beli ketika harga saham rendah, jual pada harga tinggi. Nampak mudah, hakikatnya pasaran saham sukar dijangka.

Sebabnya, keadaan ekonomi sentiasa berubah dan bergantung pada naik turun pasaran global. Kita hanya boleh mengandaikan pasaran berdasarkan data terdahulu. Sejak 1937, 76% pulangan pasaran adalah positif. Fasa (bull market) juga lebih lama berbanding fasa penurunan pasaran (bear market). 

Sumber: Franklin Templeton

Sebelum Melabur

Sebelum buat keputusan, periksa ‘kesihatan’ kewangan peribadi anda dahulu. Apa matlamat kewangan anda? Paling penting, berapa modal yang anda sanggup laburkan? Atau berapa banyak modal yang mampu anda ketepikan untuk pelaburan tanpa mengganggu tabung kecemasan?

Ingat, setiap pelaburan ada risiko yang tersendiri. Istilahnya, #CapitalAtRisk. Terpulang pada kita. Mahu yang mana?

Anda Pelabur Kategori Mana?

Pelabur jangka pendek matlamatnya hendak dapatkan pulangan cepat. Orang kata “high risk high reward”. Sebagai pelabur jangka pendek, perlu lebih rajin dan selalu tengok pasaran sebab bermain dengan masa dan risiko. Teknik ‘timing the market’ ini sangat berisiko tinggi.

Bagi pelabur jangka panjang, matlamatnya adalah mendapatkan pulangan yang lebih stabil pada risiko tahap medium. Jadi mereka sanggup tunggu lebih lama bagi merendahkan risiko. Matlamat mereka mungkin untuk menggunakan keuntungan pelaburan tersebut sebagai dana pendidikan anak-anak dan tabung untuk menunaikan rukun Islam kelima. Ibu bapa yang bijak akan membuat perancangan masa depan anak dengan melabur dari awal supaya anak tidak terikat dengan bebanan hutang apabila tamat pengajian.

Mereka tak perlu tengok carta secara kerap, cuma memerhati pasaran dari semasa ke semasa. Ini yang dikatakan kata “time in the market”. Melabur jangka panjang dan konsisten. Komitmen sebegini lebih tenang dan mantap.

Disiplin Melabur

Kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa pengorbanan. Ada kalanya kita mungkin terpaksa korbankan kemahuan kita hari ini untuk mencapai bahagia yang lebih besar di masa hadapan.

Melabur pun perlu ada disiplin. Ambil tahu yang mana kita boleh kawal seperti kos, masa dan risiko dengan yang tidak boleh dikawal iaitu pulangan pelaburan. Jadilah pelabur yang bijak sebelum mengambil keputusan untuk melabur. Perlu ada kira-kira risiko vs pulangan dengan strategi dan ilmu.

Secara amnya, mereka yang kekal melabur dalam jangka masa panjang dengan portfolio terpelbagai akan menjana keuntungan yang lebih baik berbanding pelaburan jangka pendek.

Pelaburan yang stabil adalah pelaburan jangka panjang, konsisten dengan pelaburan berkala serta ada pelbagai sumber pelaburan. Konsisten itu macam mana? Laburlah dengan sejumlah duit yang tetap secara bulanan atau mingguan. Sesuaikan dengan kemampuan anda.Pelbagaikan sumber pelaburan untuk meminimumkan risiko. Boleh ambil kombinasi seperti saham dan emas atau saham, sukuk dan REIT. Ada pelbagai lagi sumber pelaburan asalkan anda bijak mengagihkan modal pelaburan dan risiko. Di mana nak cari semua sumber ini? Sekarang, tidak sukar. Anda boleh terokai semuanya melalui Wahed Invest. Di Malaysia, servis ini dikendalikan oleh Wahed Malaysia.

Melalui Wahed Invest, anda akan didedahkan dengan pasaran saham global dan saham-saham syarikat terbesar di Amerika Syarikat dan China. Pendedahan kepada pasaran saham global ini meluaskan lagi pilihan sumber pelaburan. Paling penting, Wahed Invest adalah perkhidmatan kewangan digital patuh syariah. Tidak perlu risau-risau lagi. Modal pula tidak perlu tinggi, RM100 sudah cukup untuk modal permulaan.

Jangan risau, kos perkhidmatan platform Wahed Invest hanya dalam lingkungan 0.39% hingga 0.79% sahaja. Yuran pula murah dan tiada caj tersembunyi. Jika ada keperluan mendesak, anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa. Tiada lock-in period. Kita boleh lihat ciri-ciri patuh syariah dalam Wahed Invest. Kini sudah ada pelaburan halal di peringkat antarabangsa.

Seperti mana-mana perkhidmatan pelaburan digital lain, pastikan anda baca dahulu terma dan syarat pelaburan sebelum bermula di sini. Jika sudah faham dan anda ada RM100, jom #LaburCaraWahed.

Muat turun aplikasi Wahed Invest di: https://app.wahedinvest.com/go

Previous ArticleNext Article

Belum Rancang Masa Depan Anak? Ini Senarai Akaun Simpanan Dan Pelaburan Terbaik Untuk Anak Bawah 18 Tahun

Merancang simpanan dan pelaburan untuk anak sejak mereka kecil adalah langkah bijak bagi memastikan masa depan kewangan yang kukuh. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang boleh dibuka untuk kanak-kanak, termasuk bagi bayi yang baru lahir, remaja, dan juga mereka yang telah mula bekerja separuh masa.

Berikut adalah senarai akaun simpanan dan pelaburan yang sesuai, beserta had umur pembukaan, syarat, modal minimum, ciri utama, kelebihan dan kekurangan.

1. Tabung Haji (Akaun Kanak-kanak)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Patuh Syariah, dividen tahunan sekitar 2.5 hingga 3 peratus, tiada caj bulanan, pendaftaran haji awal boleh dibuat.

Kelebihan: Stabil, risiko rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan tujuan ibadah haji.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah berbanding instrumen pelaburan lain.

2. Akaun Simpanan Junior Bank

Contoh: Maybank Yippie-i Savings, CIMB Junior Savers, RHB Junior, Bank Islam Young Savers

Had umur pembukaan: Sejak lahir (kad ATM biasanya diberi pada umur 12 tahun ke atas)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM1 hingga RM20 bergantung kepada bank

Ciri utama: Kadar keuntungan/faedah rendah antara 0.25 hingga 1 peratus setahun, mempunyai buku simpanan dan kad ATM pada umur tertentu.

Kelebihan: Mudah diakses, sesuai untuk mengajar anak mengurus wang sejak kecil.

Kekurangan: Pulangan rendah dan tidak sesuai sebagai instrumen pelaburan utama.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2)

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit tetap, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun dan bebas cukai.

Kelebihan: Risiko rendah, pulangan stabil, sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Kekurangan: Terhad kepada Bumiputera sahaja.

Baca juga Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024 [KEMASKINI]

4. Unit Amanah ASNB (ASN Imbang, ASN Sara dan lain-lain)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit berubah mengikut prestasi pasaran, potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB.

Kelebihan: Sesuai untuk pelaburan jangka panjang, berpotensi memberi pulangan besar.

Kekurangan: Ada risiko kerugian jika harga unit jatuh.

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM20

Ciri utama: Dividen tahunan sekitar 3 hingga 4 peratus, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma.

Kelebihan: Sesuai untuk pendidikan anak, memberi manfaat cukai kepada ibu bapa.

Kekurangan: Kurang fleksibel untuk tujuan selain pendidikan.

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Had umur pembukaan: Minimum 14 tahun

Syarat: Mempunyai pekerjaan dan gaji, majikan perlu mendaftar caruman

Modal minimum: Tiada, caruman dibuat melalui potongan gaji

Ciri utama: Simpanan persaraan rasmi, dibahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun, termasuk perlindungan sosial.

Kelebihan: Modal terkumpul besar dengan caruman majikan, pulangan konsisten.

Kekurangan: Wang simpanan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.

Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2014 – 2024

Bagi anak bawah 18 tahun, pilihan akaun simpanan dan pelaburan bergantung pada tujuan utama simpanan. Jika matlamat adalah demi kestabilan, Tabung Haji, SSPN Prime dan ASB adalah pilihan utama. Bagi tujuan pelaburan jangka panjang dengan potensi pulangan lebih tinggi, Unit Amanah ASNB, robo-advisor dan pelaburan emas boleh dipertimbangkan. Untuk anak yang sudah mula bekerja, KWSP adalah simpanan wajib yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.