Simpan Dalam ASB atau Tabung Haji Lebih Untung?

Artikel ini diambil daripada posting FB Tuan Afyan Mat Rawi, yang sudi berkongsi dengan kami dapatan kajian yang telah beliau jalankan, siap dengan gambar sebagai bukti.
Sebelum tengok gambar, baca ini dahulu:

Perbandingan Prestasi ASB dan Tabung Haji Bagi 5 Tahun

Berikut adalah rekod prestasi pulangan ASB dan Tabung Haji dalam masa 5 tahun bermula 2012 hingga 2016.

ASB
2012 – 7.75%
2013 – 7.70%
2014 – 7.50%
2015 – 7.25%
2016 – 6.75%
*Dividen sahaja, tidak termasuk bonus

Tabung Haji 
2012 6.50%
2013 6.00%
2014 6.25%
2015 5.00%
2016 4.25%
*Hibah TH sahaja, tidak termasuk bonus atau Hibah Haji.

Senarai di atas, hanya untuk keuntungan melalui dividen tahunan sahaja (atau di TH dipanggil hibah TH), tanpa bonus.

ASB dan TH mempunyai bonus (di TH dipanggil Hibah Haji) yang diberikan kepada mereka yang layak selain daripada dividen yang diberikan setiap tahun.

Jika dilihat rekod di atas, pulangan ASB setiap tahun mengatasi TH sekitar, paling minima 1.25% dan pernah sampai 2.5% perbezaan iaitu pada tahun lalu, 2016.

Berikut ialah perbezaan peratusan keuntungan bonus ASB melebihi hibah Tabung Haji dari 2012 hingga 2016;

2012 – 1.25%
2013 – 1.70%
2014 – 1.25%
2015 – 2.25%
2016 – 2.50%

Tapi, tahukah anda bahawa ada satu perbezaan yang nyata di antara ASB dan Tabung Haji, iaitu zakat simpanan.

Di Tabung Haji sudah difatwakan sejak 1979 bahawa pendeposit Tabung Haji tidak perlu lagi untuk membayar zakat simpanan kerana ia sudah ditunaikan oleh Tabung Haji sendiri.

Jadi, perkiraan ini perlu diambil kira dalam membuat perbandingan pulangan kedua-dua instrumen kewangan ini.

Sebelum ini saya ada membuat simulasi perbandingan pulangan dengan dimasukkan faktor zakat dengan andaian keuntungan ASB 7.5% dan Tabung Haji 5%.

Dalam simulasi tersebut, dengan modal RM100,000, selepas diambil kira keuntungan dan zakat, hasil yang didapati selepas 5 tahun adalah sama. Kali ini, saya sertakan pula simuasi sebenar berdasarkan pulangan sebenar ASB dan Tabung Haji dalam masa 5 tahun; 2012 hingga 2016.

ASB vs Tabung Haji – Hasilnya Adalah Mengejutkan

Nota: Abaikan dlm kurungan yg bertulis “dengan andaian untung”

 

Kalau rasa bermanfaat, silakan share dengan kawan-kawan dan silakan untuk follow Afyan Mat Rawi untuk banyak lagi tips kewangan.

Nota : Kalau kata ASB, Tabung Haji ataupun KWSP beri pulangan rendah setiap tahun, bersyukurlah. Rendah-rendah pun dapat juga + return. Bukannya kita RUGI. Untung tak banyak saja. Baca juga 10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua 2017

Dapatkan eBook 30 Tips Bijak Merancang Wang

TAJUK MENARIK DALAM EBOOK

Pelajari konsep-konsep teras dalam pengurusan kewangan dengan ebook ini.

Aliran Tunai Kewangan Cash Flow

Merupakan asas dalam perancangan kewangan yang meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan melalui formula I-E=S supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan setiap bulan dan tahun.

Nilai Bersih Aset Nett Worth

Formula A>L supaya dapat menyediakan aset dan dana yang cukup untuk menghadapi masa hadapan serta hutang yang terkawal supaya ia tidak membebankan hari tua kelak.

Simpanan Kewangan Saving

Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan simpanannya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain.

Perlindungan Kewangan Protection

Dalam kita bekerja untuk memperoleh pendapatan, dan menghasilkan aset, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi perlindungan melalui takaful.

Pelaburan Kewangan Investment

Inflasi akan menurunkan nilai aset kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat pelaburan sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi.

Banyak Lagi Others

Pelbagai lagi topik menarik yang bakal dikongsikan bersama anda di dalam ebook ini. Pelaburan yang paling utama adalah pelaburan ilmu.

Khusus untuk pembaca Majalah Labur, dapatkan diskaun sebanyak 40% untuk eBook ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Boleh Beli Jual (Trade) Emas Macam Saham?

GOLDETF: Emas Digital Patuh Syariah di Bursa Malaysia

Ramai yang suka trading saham pun tak perasan yang sekarang dah boleh “trade emas” terus di Bursa Malaysia, sama seperti beli saham biasa. Tak perlu buka akaun khas, tak perlu simpan jongkong emas dalam peti besi. Cukup guna akaun trading sedia ada dan cari kod GOLDETF (TradePlus Shariah Gold Tracker).

Bila harga emas tengah menaik (bullish momentum), ETF emas bagi peluang: masuk ikut setup kau sendiri: breakouts, pullbacks atau DCA. Semuanya boleh di-chart real‑time.

Ramai trader XAUUSD suka “trade gold” melalui platform CFD (Contract for Difference) macam MetaTrader, Exness, IC Markets. Masalahnya, instrumen CFD tidak patuh Syariah.

Sekejap, Apa Itu ETF?

ETF (Exchange-Traded Fund) ialah dana yang mengumpulkan duit pelabur untuk membeli aset tertentu seperti emas atau indeks saham. Ia diniagakan seperti saham di Bursa Malaysia sebab harga bergerak sepanjang hari dan boleh dibeli atau dijual melalui akaun trading biasa. Objektif ETF adalah untuk menjejak (track) prestasi sesuatu indeks atau komoditi, bukan memilih saham secara aktif.

Kos pengurusan ETF biasanya lebih rendah berbanding unit trust, walaupun masih ada caj kecil.

GOLDETF: Emas Digital Patuh Syariah di Bursa Malaysia

ETF emas dianggap sebagai ’emas digital’ kerana ia mengikuti harga emas dunia, tetapi diniagakan di Bursa Malaysia. Ini bermaksud pelabur boleh membeli dan menjual unit ETF ini sama seperti membeli saham menggunakan akaun trading biasa. Jika anda mencari pelaburan yang senang diurus, patuh Syariah, dan tidak perlu simpan emas fizikal, TradePlus Shariah Gold Tracker (GOLDETF) ialah pilihan menarik untuk dipertimbangkan.

Sejak Januari hingga kini, ETF emas ini telah mencatatkan kenaikan sekitar +26% sebelum mengambil kira kos dan yuran pengurusan.

Kelebihan

  • Tidak perlu menyimpan emas fizikal (tiada risiko kehilangan atau kos storan).
  • Boleh dijual bila-bila masa pasaran dibuka — seperti saham.
  • Patuh Syariah, sesuai untuk pelabur Islam.
  • Kos pengurusan lebih rendah berbanding unit trust aktif.

Risiko

  • Risiko kadar pertukaran mata wang USD kerana harga emas global ditetapkan dalam USD.
  • Untuk penebusan emas fizikal, terdapat syarat minimum dan kos logistik serta insurans yang perlu ditanggung pelabur.
  • Harga emas sangat dipengaruhi oleh faktor global seperti inflasi, kadar faedah, dan geopolitik.

Kesimpulan

Jika anda mahu pendedahan kepada pelaburan emas tanpa perlu memegang emas fizikal, GOLDETF ialah pilihan yang mudah dan patuh Syariah. Namun seperti biasa, pelaburan yang bijak bermula dengan ilmu, bukan kerana FOMO.

Disclaimer

Artikel ini bertujuan untuk pendidikan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan. Sila buat penilaian sendiri atau rujuk penasihat pelaburan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Sumber rujukan utama: laman rasmi TradePlus, Bursa Malaysia dan prospektus GOLDETF. Maklumat prestasi (26% YTD) adalah berdasarkan data semasa diakses dan tertakluk kepada perubahan pasaran.