
Sub Topik
Emas sering disebut dalam Al-Quran dan ia merupakan salah satu perhiasan syurga kelak yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Ianya boleh dikatakan menjadi kesukaan sesiapa sahaja dan amat bernilai harganya.
Namun, bagaimanakah konsep pelaburan emas dalam Islam yang sebenar?
Kini, pelaburan emas telah menjadi satu fenomena besar di kalangan masyarakat negara kita. Pelaburan emas ini dilakukan untuk mendapatkan keuntungan hasil dari peningkatan kadar nilai emas dari masa ke semasa.
Justeru, terdapat banyak pihak yang menawarkan pelbagai produk yang berasaskan emas.
Dalam agama Islam itu sendiri, wujud beberapa peraturan dan syarat yang harus kita patuhi bagi memenuhi syarat-syarat jual beli emas ini.
Bai’ al-Sharf, Transaksi Jual Beli Emas
Para ulama telah membahaskan isu transaksi jual beli emas yang dipanggil dengan nama Bai’ al-sharf. Ianya merupakan jual beli emas yang telah diiktiraf dan dibenarkan oleh syarak berdasarkan sumber daripada Al-Quran dan Hadis.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Ubadah bin al-Samit bermaksud:
“Jual beli atau pertukaran emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam, hendaklah dengan kadar yang sama (timbangan atau sukatan) dan hendaklah berserta penyerahan bersama (oleh kedua-dua pihak). Sekiranya ia berlainan jenis, maka berjual belilah sebagaimana yang anda mahu jika dibuat secara penyerahan dari tangan ke tangan (oleh kedua-dua pihak).” – Hadis Riwayat Muslim

Syarat Jual Beli Emas Bagi Tujuan Pelaburan
Terdapat beberapa syarat yang wajib dipatuhi dalam melaksanakan transaksi jual beli emas dalam pelaburan atau simpanan emas tersebut walaupun nilainya tidaklah begitu besar.
Antara syarat-syaratnya adalah haruslah berlaku proses penyerahan emas tersebut sebelum berpisah. Selain itu juga, transaksi jual beli emas ini haruslah bebas daripada penangguhan, hutang dan sebagainya.
Yang penting sekali adalah, nilai emas tersebut haruslah dengan kadar harga yang telah ditetapkan oleh berat timbangan.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Akhir kata, walaupun pelaburan emas ini dibenarkan dalam Islam namun kita juga harus berhati-hati. Ini kerana emas tergolong sebagai barangan ribawi, maka mudah untuk ia terjerumus ke dalam aktiviti riba jika kaedah transaksi yang digunakan tidak menepati syariah.
Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.
Prosesnya sangat mudah:
- Layari laman web https://www.kabgold.my
- Lengkapkan borang pendaftaran
- Verify emel
Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.
Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.