Top 10 Unit Trust patuh syariah (sehingga 25 November 2016)

Unit Amanah Patuh Syariah

“Bro, Unit Trust mana yang paling untung?”

Mesti itu soalan yang selalu kita tanyakan kepada mana-mana ejen Unit Trust. Mungkin senarai ini mampu membantu anda membuat keputusan memilih.

Niat nak labur dalam Unit Trust untuk dijadikan alternatif kepada simpanan ASB tu memang cantik bro. Pilih lah dana yang boleh mengatasi pulangan ASB.

SENARAI TOP 10 DANA UNIT AMANAH PATUH SHARIAH TERBAIK (Kategori Ekuiti Malaysia) bagi tempoh 5 tahun terkini (sehingga 25 November 2016).

  1. PMB Shariah Aggressive (89.81%)
  2. Eastspring Investment Dana Al-Ilham (74.53%)
  3. PMB Shariah Growth (62.39%)
  4. Affin Hwang Aiiman Growth (55.27%)
  5. Kenanga Islamic (48.64%)
  6. Kenanga Syariah Growth (48.12%)
  7. AmIslamic Growth (47.65%)
  8. CIMB Islamic Dali Equity (46.65%)
  9. CIMB Islamic Equity Aggressive (44.80%)
  10. RHB Dana Islam (43.56%)

Sumber : The Edge Malaysia / Lipper 5 Disember 2016

Agak mengejutkan kerana dari keseluruhan 47 dana Unit Trust patuh syariah dalam kategori Ekuiti Malaysia hanya 4 dana sahaja yang mencatatkan purata pulangan tahunan melebihi 10% ke atas.

Jadi, jika anda memindahkan simpanan Akaun 1 KWSP ke dana pelaburan Unit Trust dengan harapan memberikan pulangan lebih tinggi, elok semak sekali lagi.

.

Kalau ada duit, jangan letak dalam satu tempat sahaja. Pelbagaikan. Letak lah di beberapa tempat berlainan.

Nak tahu alternatif pelaburan patuh syariah lain yang boleh berikan pulangan 5%, 10%, 30%…dalam masa sebulan atau seminggu? Eh…..Ini bukan iklan skim cepat kaya. Baca dulu apa itu pelaburan saham

 

Senarai Unit Trust patuh syariah yang dikemaskini oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti boleh didapati di sini

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.