3 Teknik Popular Dalam Value Investing

Selalu dengar value investing? Value investing adalah kita melabur secara santai dengan melabur dalam saham di bawah nilai sebenar. Teknik ini biasanya digunakan oleh Warren Buffett, pakar pelaburan yang terkenal di dunia.

Teknik value investing amat mementingkan kemahiran dalam analisa fundamental.

Baca: 8 Tips Pelaburan Daripada Warren Buffett Kepada Pelabur Baru

Berikut disenaraikan 3 teknik yang kebiasaannya digunakan dalam value investing:

1. Top Down dan Bottom Up

Top down adalah menganalisa secara makro sebelum membuat analisa secara terperinci berkenaan prestasi syarikat. Sebagai contoh ketika pandemik Covid-19, syarikat-syarikat yang berkaitan dengan sarung tangan dan penjagaan kesihatan mula menjadi tumpuan.

Apabila permintaan terhadap sarung tangan meningkat, pendapatan syarikat meningkat, keuntungan meningkat. Hasilnya, harga saham syarikat juga meningkat.

Jadi, kita boleh memilih kaunter berkaitan sarung tangan yang mempunyai fundamental yang kukuh dan berpotensi berkembang untuk membuat pelaburan.

Bottom up pula adalah menganalisa prestasi syarikat sebelum mengambil kira faktor makro yang boleh mempengaruhi pergerakan harga saham.

Baca juga Apakah Maksud Pendekatan Top-Down dan Bottom-Up Dalam Analisa Fundamental, Dan Perbezaan Di Antara Keduanya?

2. Sektor

Pemilihan sektor yang sedang meningkat naik adalah amat penting agar dapat memaksimumkan keuntungan. Sebagai contoh, kerajaan telah mengumumkan keutamaan kepada bidang automasi, pendigitalan, dan teknologi hijau dalam Belanjawan 2021.

Secara tak langsung ianya mempengaruhi kaunter-kaunter tenaga hijau seperti Samaiden, Solarvest, dan Cypark.

Baca juga Apa Itu Sectoral Play Dan Cara Pelabur Memanfaatkannya

3. Saham Undervalue

Kaedah untuk mencari saham undervalue adalah dengan menggunakan PE Ratio. PE Ratio adalah nisbah harga saham syarikat berbanding nilai pendapatan per saham. Nilai PE ratio biasanya boleh dilihat di trading platform masing-masing atau juga di Bursa Marketplace.

Pelabur akan menggunakan PE Ratio untuk melabur dalam saham yang murah tetapi berpotensi berkembang di masa hadapan. PE Ratio negatif menunjukkan syarikat sedang mengalami kerugian manakala positif menunjukkan keuntungan. PE Ratio yang baik adalah < 15 tetapi pastikan tidak <1.

Baca juga Pengenalan Nisbah Kewangan (Financial Ratio)

Kesimpulannya, seorang value investor adalah pelabur yang sanggup menunggu untuk mendapatkan hasilnya. Pelabur dalam kategori ini mungkin pelabur yang masih bekerja sepenuh masa dan tiada masa untuk melihat carta setiap hari.

Value investor juga perlu mempunyai mindset seorang ahli perniagaan. Kita kena rasional, sabar dan memandang ke hadapan kerana seperti kita tahu, pelaburan saham penuh dengan permainan emosi sama ada emosi nak untung cepat atau emosi takut melihat turun naik harga.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Teknik CANSLIM boleh membantu para pelabur untuk mengenal pasti sama ada sesebuah syarikat itu bagus atau tidak. Jom tonton video ini sampai habis untuk mengenali CANSLIM dengan lebih mendalam.

Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: