Apa Itu Saham Waran?

Adakah anda ingin memasuki dunia pelaburan? Bila mana anda terfikir akan pelaburan, sudah pasti anda akan mula terbayangkan untuk membuat pelaburan ke atas saham, unit amanah, ETF dan sebagainya.

Namun, tahukah anda terdapat satu instrumen yang kurang popular kewujudannya dikalangan masyarakat iaitu  Saham Waran. Saham Waran ini merupakan salah satu alternatif anda dalam melabur selain daripada saham-saham lain yang anda dengar selama ini.

Apakah Sebenarnya Saham Waran?

Para pelabur akan dapat membeli saham dengan harga yang lebih murah dengan menggunakan Saham Waran kerana waran adalah satu sijil atau hak untuk para pelabur untuk menukar waran kepada saham induk.

Walaubagaimanapun, dengan memegang waran sebenarnya tidak menjadikan anda sebagai pemilik syarikat berbanding jika anda memegang saham induk. Ianya hanyalah sekadar memberi pilihan untuk menukar kepada saham iniduk dan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk berpartipisi di dalam pelaburan.

Ini kerana, pemegang Saham Waran juga tidak akan diberikan sebarang dividen atau bonus daripada syarikat tersebut. Kurangnya pengetahuan pelabur dalam ilmu sebenar saham waran adalah merupakan salah satu penyebab kenapa saham waran tidak popular berbanding saham lain.

2 Jenis Waran

Terdapat dua jenis saham waran iaitu waran berstruktur dan waran syarikat.

1. Waran Syarikat

Waran syarikat atau dipanggil sebagai waran merupakan saham yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Ianya boleh dikenal pasti dengan melihat kod WA, WB, WC, WD, dan WE yang terletak di belakang nama kaunter saham. Jangka hayat bagi waran syarikat ialah selama 5 tahun.

Ianya juga boleh ditukarkan kepada saham induk. Ini kerana pergerakan waran syarikat adalah selari dengan saham induk.

2. Waran Berstruktur

Manakala waran berstruktur pula dikenali sebagai Call/Put Warrant. Waran berstruktur ini dikeluarkan oleh pihak ketiga atau pihak bank. Namun begitu, waran berstruktur berstatus tidak syariah.

Ianya juga boleh dikenali dengan adanya kod di belakang nama kaunter saham iaitu CA, CB, CE, dan CD bagi waran call dan HF,HG,HH adalah untuk waran put. Jangka hayat bagi waran berstruktur hanyalah diantara 6 bulan sehingga 5 tahun sahaja.

Saham Waran Berisiko?

Adakah anda tahu bahawa pelaburan dalam waran adalah berisiko dan ianya lebih mudah untuk turun naik berbanding saham umum? Bagaimanapun, jika anda meluangkan masa untuk betul-betul memahami produk ini, anda akan mendapati bahawa waran adalah satu pelaburan alternatif yang patut dipertimbangkan.

Anda boleh menjadikan waran sebahagian daripada portfolio pelaburan dan memberi ruang untuk kepelbagaian jika anda betul-betul memahaminya.

Antara kelebihan saham waran adalah seperti yang telah dinyatakan diatas, harga saham waran adalah lebih murah berbanding saham yang lain. Apabila anda akan mendapat keuntungan dengan modal yang sedikit, anda akan berpeluang untuk melabur dengan lebih banyak syarikat yang besar-besar.

Namun, terdapat juga kekurangan dalam melabur salam waran iaitu dari segi peratusan saham, waran merupakan lebih sensitif pada pergerakan saham berbanding aset-aset dasarnya kerana Saham Waran mempunyai risiko yang tinggi untuk pergerakan turun dan naik.

Akan tetapi, anda harus bersiap sedia apabila harga saham waran turun untuk sebarang kemungkinan dalam mengalami kerugian.

Bagaimana Nak Melabur Dalam Saham Waran?

Anda ingin melabur dalam waran? Anda haruslah mengetahui selok-belok produk dan risiko-risiko yang terlibat. Seperti mana diterangkan tadi, prestasi sesuatu waran selalunya dikaitkan dengan pergerakan harga aset-aset pendasarannya.

Oleh itu, jika anda merasakan harga pasaran akan naik dan anda yakin pada saham tersebut, maka peluang untuk meraih keuntungan dalam pelaburan waran adalah sangat tinggi.

Walau bagaimanapun, jika pasaran saham berada dalam keadaan menurun dan tempoh matangnya akan tiba tidak lama lagi, anda harus lebih berhati-hati dalam membeli waran tersebut. Ini kerana amat penting terutamanya apabila harga pasaran saham induk lebih rendah daripada harga laksana waran.

Anda dinasihatkan untuk melihat tarikh luput sebelum melakukan transaksi pelaburan.

Oleh kerana itulah Saham Waran adalah sedikit berlainan berbanding saham-saham lain.

5 Perkara Penting Dalam Menilai Saham Waran

Terdapat 5 perkara yang perlu anda titikberatkan dalam menilai dan meneliti apa itu Saham Waran.

1. Tarikh Luput

Saham waran mempunyai tarikh luput. Oleh itu, kita sebagai pelabur yang bijak perlulah meneliti tarikh luput sesebuah waran tersebut sebelum menukarkannya kepada saham induk.

2. Harga Laksana

Harga laksana ialah harga yang dibeli oleh pemegang saham berdasarkan nisbah laksana. Ianya perlu ditambah oleh setiap pelabur apabila mereka ingin menukarkan saham waran kepada saham induk.

3. Premium

Nilai premium yang negatif menunjukkan bahawa waran yang dimiliki oleh pelabur adalah dalam keadaan diskaun. Berikut merupakan cara pengiraan premium:

[Harga saham induk – (harga waran semasa + harga laksana)] / harga saham induk x 100%

Jika nilai premium menunjukkan nilai negatif (diskaun), ianya memberi maksud bahawa keuntungan yang lumayan akan diperoleh oleh pelabur jika mereka menukarkannya kepada saham induk. Namun begitu, jika nilai premium menunjukkan nilai yang positif, pelabur akan mengalami kerugian jika mereka menukarkan saham waran tersebut kepada saham induk (In the money).

4. Conversion ratio

Conversion ratio bermaksud nisbah pertukaran di antara saham waran dan saham induk. Kebiasaannya nisbah pertukaran antara saham waran dan saham induk adalah 1:1, namun ianya bergantung kepada kaunter saham yang anda pilih.

5. Gearing

Gearing juga mempunyai formula pengiraan seperti berikut:

(harga saham induk / harga waran semasa) x 100%

Nilai gearing pula menunjukkan potensi keuntungan/kerugian yang bakal diperoleh oleh pelabur saham waran. Semakin tinggi nilai gearing, semakin tinggi potensi untuk mendapatkan keuntungan yang banyak atau kerugian yang besar.

Cara yang lebih berdisiplin untuk melabur dalam waran ialah dengan menetapkan tempoh masa bagi saham induk untuk mencapai harga yang telah disasarkan. Jika tidak mencapai harga sasaran, anda perlu memikirkan semula kepentingan melabur berdasarkan profil risiko keuntungan dan kerugian anda

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk web waran berstruktur di https://www.malaysiawarrants.com.my/

Kesimpulan

Saham waran merupakan salah satu saham yang memberikan keuntungan yang tinggi kepada pelaburnya juga dalam masa yang singkat.

Namun begitu, anda perlulah bijak dalam mengatur strategi kerana kerugian yang bakal ditanggung adalah 100%! Apabila harga saham terus menurun dan waran adalah “Out of the Money”.

Justeru itu, anda perlu memilih waran dengan tempoh matang yang lebih lama dan memilih waran yang mempunyai saham induk yang kukuh, mempunyai prospek perniagaan yang cerah dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun seperti yang disarankan oleh pakar pelaburan sebelum mencapai tempoh matangnya.

Penulis boleh dihubungi:

Siti Najihah binti Shamsulbahari
Nur Amirah Shazwana Binti Mohamad Suhaimi
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Miliki Panduan Lengkap Cara Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam Combo webinar + video + ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.