Apa Khabar Saham Yang Meletop Sepanjang 5 Tahun Ini?

Sebelum ini, kita ada tengok beberapa saham yang meletop-letop. Memang best bila kita sudah mula melabur saham 5 tahun yang lalu, dan simpan sehingga ke hari ini.

Sumber: https://www.facebook.com/majalahlabur/photos/a.238009219942967/633657290378156/?type=3&theater

Terbaiklah siapa yang beli saham Lay Hong 5 tahun lepas dan peram sampai lebam. Pulangan adalah sebanyak 793% dalam tempoh 5 tahun, atau 158.6% setahun.

Kalau kita beli saham Ajinomoto pula 5 tahun lepas, pulangan adalah sebanyak 442% dalam tempoh 5 tahun, atau 88.4% setahun.

Mana nak dapat pulangan tinggi macam ni?

Itu Prestasi 5 Tahun (2014-2019), Bagaimana Pula Prestasi 3 Minggu (Jun 2019?)

Dalam jangka masa yang pendek iaitu 3 minggu, hanya dua saja saham yang masih mengekalkan momentum kenaikan, iaitu Syarikat Takaful Malaysia dan Time DotCom. 3 lagi saham mencatatkan penurunan.

Tapi kita kan melabur, so mungkin jangka masa pendek harga turun naik adalah normal. Selagi syarikat mempunyai Fundamental yang kukuh, selagi syarikat mencatatkan perolehan dan keuntungan yang meningkat, selagi itu kita boleh melabur bagi tempoh jangka masa panjang.

Kalau perasan, hanya satu saja saham yang berharga bawah RM1 iaitu Lay Hong.

Pelabur vs Pedagang

Dalam dunia saham ni, kita ada pelabur yang meraih keuntungan jangka masa panjang iaitu berbulan-bulan dan bertahun-tahun; dan ada juga pedagang yang meraih keuntungan jangka masa pendek iaitu berminggu-minggu dan berhari-hari.

Anda yang mana?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Terpaksa Pilih Satu: Melabur Dalam Saham atau Emas?

Pelaburan merupakan salah satu cara terbaik untuk membina kekayaan jangka panjang dan melindungi nilai wang daripada inflasi. Namun begitu, persoalan yang sering timbul di kalangan pelabur baharu ialah sama ada lebih baik melabur dalam saham atau emas.

Hakikatnya, saham dan emas bukan musuh.
Mereka adalah dua watak yang berbeza dalam cerita kekayaan kita (fuh!).

Saham beri peluang untuk kita buat banyak duit, tapi ada masa dia boleh jatuh tanpa amaran.
Emas pula jarang mengecewakan, tapi juga jarang buat kita rasa “wow” (kecuali akhir-akhir ini bila harga melambung).

Artikel ini akan menghuraikan perbezaan utama antara saham dan emas berdasarkan sifat aset, potensi pulangan, risiko, kecairan, jangka masa pelaburan, serta modal minimum.

Sifat Aset

Saham ialah pemilikan sebahagian kecil daripada sesuatu syarikat. Apabila seseorang membeli saham, secara asasnya beliau menjadi pemilik bersama syarikat tersebut. Nilai saham dipengaruhi oleh prestasi kewangan syarikat, pertumbuhan perniagaan, unjuran masa depan, serta sentimen pasaran.

Apa contoh saham yang boleh dimiliki?

  • Rasa nak minum susu, kita cari Farm Fresh.
  • Tekak haus, kita capai air Spritzer.
  • Perlukan barang RM2.60, kita masuk kedai Eco-Shop.
  • Nak barang murah, kita ke Mr DIY.
  • Nak minum kopi dan lepak-lepak, kita pakat beratur di Oriental Kopi.

Apa yang ramai tak sedar, semua jenama ini bukan sekadar tempat kita berbelanja tetapi adalah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang sahamnya boleh dimiliki oleh orang ramai.

Emas pula merupakan aset fizikal berbentuk komoditi yang diiktiraf di seluruh dunia. Ia tidak bergantung pada prestasi mana-mana syarikat. Harga emas lazimnya dipengaruhi oleh permintaan global, pengeluaran lombong, kekuatan dolar Amerika Syarikat, inflasi serta ketidakstabilan geopolitik.

Potensi Pulangan

Pulangan saham datang daripada dua sumber utama iaitu kenaikan harga (capital gain) dan dividen.

Sebagai contoh, seorang pelabur membeli saham sebuah syarikat pada harga RM2 dan lima tahun kemudian harga saham tersebut naik kepada RM4. Itu sudah memberikan pulangan 100%. Sepanjang tempoh lima tahun itu, katakan syarikat tersebut turut membayar dividen sebanyak 10 sen setahun. Jika pelabur memiliki 1,000 unit saham, beliau menerima RM100 setahun, atau RM500 sepanjang lima tahun. Dividen ini adalah wang tunai sebenar yang boleh digunakan atau dilaburkan semula, tanpa perlu menjual saham.

Gabungan kenaikan harga dan dividen inilah yang menjadikan saham sebagai salah satu instrumen paling berkuasa untuk membina kekayaan. Semakin lama saham dipegang dalam syarikat yang berkualiti, semakin besar peluang untuk menikmati kesan penggandaan hasil daripada pertumbuhan perniagaan dan pendapatan dividen.

Emas pula memberikan pulangan melalui kenaikan harga sahaja.

Sebagai contoh, seseorang membeli emas pada harga RM250 segram dan lima tahun kemudian harga naik kepada RM350 segram, pulangannya adalah sekitar 40%. Pelabur tidak menerima sebarang bayaran berkala sepanjang tempoh pegangan tersebut.

Risiko

Pelaburan saham membawa risiko lebih tinggi kerana harga boleh turun naik setiap hari. Ia dipengaruhi oleh prestasi syarikat, keadaan ekonomi, dasar kerajaan, malah sentimen global. Sebagai contoh, ketika pandemik tahun 2020, banyak saham jatuh mendadak sebelum kembali pulih.

Sebaliknya, emas dianggap aset selamat atau safe haven. Semasa krisis kewangan, harga emas sering naik kerana pelabur mencari perlindungan daripada kejatuhan pasaran saham. Namun emas juga boleh susut nilai apabila ekonomi stabil dan pelabur kembali kepada aset berisiko tinggi.

Kecairan

Pasaran saham sangat cair kerana pelabur boleh membeli dan menjual saham melalui broker atau platform dalam talian pada bila-bila masa ketika pasaran dibuka. Proses transaksi juga pantas.

Emas juga boleh ditukar kepada wang tunai dengan mudah, tetapi jika emas fizikal, pelabur perlu menjualnya semula kepada kedai emas atau pembeli. Spread harga beli dan jual emas fizikal biasanya lebih tinggi. Kini wujud alternatif emas digital melalui akaun pelaburan bank atau aplikasi yang membolehkan pelabur membeli emas dengan modal kecil dan menjualnya semula dengan lebih mudah.

Jangka Masa Pelaburan

Saham sesuai untuk pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang. Bergantung kepada strategi dan kemahiran pelabur.

Dalam jangka pendek, saham sering digerakkan oleh berita, sentimen pasaran dan aliran dana institusi. Pelabur yang berpengalaman boleh memanfaatkan turun naik ini untuk menjana keuntungan dalam tempoh seminggu atau sebulan. Namun pendekatan ini menuntut disiplin kerana pergerakan harga boleh berubah dengan cepat.

Sebagai contoh, seorang pelabur mungkin membeli saham selepas keputusan kewangan yang baik dan menetapkan sasaran keuntungan 15% serta had kerugian 3%. Jika harga naik dan mencapai sasaran, dia terus jual walaupun masih ada potensi untuk naik lagi. Jika harga jatuh dan menyentuh had kerugian, dia terus jual tanpa menaruh harapan harga akan naik. Inilah disiplin.

Dalam jangka sederhana dan panjang, perkara yang paling penting ialah prestasi sebenar syarikat. Pertumbuhan pendapatan, keuntungan dan kedudukan pasaran akan tercermin dalam harga saham dari masa ke masa. Di sinilah pelabur boleh menikmati kesannya apabila syarikat yang baik terus berkembang dan nilai pegangan mereka meningkat secara beransur-ansur.

Semakin lama saham dipegang dalam syarikat yang berkualiti, semakin tinggi kebarangkalian pelabur memperoleh pulangan yang mengatasi inflasi dan simpanan biasa.

Emas pula lebih sesuai sebagai simpanan nilai jangka panjang. Ia berfungsi sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi. Ramai pakar kewangan mengesyorkan agar pelabur menyimpan sekitar lima hingga sepuluh peratus daripada jumlah aset mereka dalam bentuk emas untuk menstabilkan risiko. Bank Negara Malaysia pernah melaporkan purata inflasi Malaysia sekitar dua hingga tiga peratus setahun, menjadikan emas sebagai pilihan lindung nilai yang relevan.

Modal Minimum

Pelaburan saham boleh bermula dengan modal serendah ratusan ringgit. Sebagai contoh, jika harga sesuatu saham ialah RM1.50 seunit dengan lot minimum 100 unit, pelabur hanya memerlukan RM150 untuk mula melabur.

Pelaburan emas digital boleh dimulakan serendah RM10 hingga RM100. Namun, bagi emas fizikal seperti jongkong atau syiling, pelabur biasanya memerlukan modal sekurang-kurangnya beberapa ratus ringgit.

Kesimpulan

Strategi yang lebih seimbang adalah dengan menggabungkan kedua-duanya dalam portfolio pelaburan. Sebagai contoh, 70 peratus dalam saham patuh syariah untuk pertumbuhan modal dan 30 peratus dalam emas sebagai aset pelindung inflasi. Dengan cara ini, pelabur bukan sahaja berpeluang membina kekayaan tetapi juga mengekalkan kestabilan kewangan. Namun peratusan ini hanyalah ilustrasi. Nisbah sebenar bergantung kepada umur, tahap risiko, matlamat kewangan dan situasi setiap individu

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Berminat nak buka akaun CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.