Bursa Malaysia Derivatives Lancar Kontrak Hadapan Indeks Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FM70)

Anak syarikat Bursa Malaysia Bhd, Bursa Malaysia Derivatives Bhd, dijadual melancarkan kontrak niaga hadapan mini pertama, Kontrak Hadapan Indeks Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FM70) pada Isnin ini.

FM70 adalah kontrak niaga hadapan berdenominasi ringgit yang menjejaki Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FBM Mid 70) sebagai instrumen pendasarnya, memberikan pendedahan kepada semua 70 syarikat FBM Mid 70 melalui kontrak niaga hadapan tunggal.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata FM70 direka untuk membuat dagangan dalam pasaran derivatif boleh diakses oleh asas pelabur runcit yang lebih meluas dengan margin permulaan atau kos permulaan pelaburan yang agak rendah.

“Oleh kerana ia menjejaki FBM Mid 70, kontrak FM70 pada dasarnya membolehkan pelabur untuk berdagang dan melabur dalam potensi gabungan kumpulan syarikat ini yang membentuk sebahagian daripada 100 syarikat teratas yang tersenarai di bursa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nilai kontrak bersamaan dengan mata indeks FBM Mid 70 yang didarab dengan RM2, yang pada masa ini membawa nilai kontrak kepada kira-kira RM30,000.

Menyasarkan pelabur runcit, FM70 mempunyai margin awal yang rendah sebanyak RM800, berbanding dengan produk niaga hadapan indeks ekuiti lain seperti kontrak Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI) pada margin awal sebanyak RM4,000.

“Kontrak niaga hadapan mini ini tidak memerlukan kerja untuk menyelidik sesuatu syarikat individu untuk melabur dan sesuai untuk pelabur sibuk mencari pilihan pelaburan alternatif di luar pasaran sekuriti. Ia selaras dengan hasrat kami untuk mengembangkan rangkaian produk dalam ruang derivatif ekuiti,” kata Tajuddin.

Pelabur juga dapat menjual pendek FM70 dan memanfaatkan peluang arbitraj yang timbul daripada perbezaan harga antara FM70 dan indeks pendasar.

Selain itu, FM70 boleh digabungkan dengan FKLI untuk pendedahan bersama kepada 100 syarikat teratas di Malaysia, atau digunakan untuk hubungan atau penyebaran dagangan dengan FKLI untuk memanfaatkan tempoh penyebaran dan penumpuan kedua-dua indeks pendasar.

-BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Kami juga bawakan sedikit info daripada Bursa Marketplace berkenaan FM70 ini seperti di bawah:

How to Long (Buy) an FM70 contract?

How to Short (Sell) an FM70 contract?

Hubungi Broker Derivatif Anda Hari Ini

Sumber: Bursa Malaysia

*Kontrak Hadapan Indeks Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FM70) tak Patuh Syariah ya, boleh tengok produk-produk derivatif yang lain termasuklah Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) yang Patuh Syariah.

Mulakan Langkah Pertama Dalam FCPO

Nak tahu lebih mendalam mengenai FCPO, dalamilah ilmu terlebih dahulu. Di antara perkara yang bakal dikongsikan dalam Combo Ebook Berani Trade hasil tulisan Tuan Shafie Bustan.

  • Macam mana nak buka akaun
  • Di mana nak buka
  • Berapa brokerage fee
  • Apa platform guna
  • Cara key-in position
  • Analisis teknikal
  • Teknik setup yang simple
  • Risk management
  • Cut loss

Beliau merupakan seorang sifu hartanah, yang memang famous dalam pasaran lelong terutamanya. Tetapi kini beliau akan kongsikan pengalaman beliau dalam dunia FCPO.

Mulakan langkah pertama anda dalam FCPO, dapatkan Combo Ebook Berani Trade sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mr DIY Group Memberi Dividen Tinggi Luar Jangkaan

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baru MYR2.20 daripada MYR1.87, potensi kenaikan harga 18% dan kadar dividen kira-kira 4% untuk FY26F. Keputusan kewangan FY25 yang dicatat oleh Mr DIY Group dilihat menepati jangkaan disebabkan oleh faktor dorongan margin untung kasar (GPM) yang dikekalkan dan usaha pengembangan kedai yang kukuh. Kami berpendapat bahawa harga saham YTD masih berpeluang untuk menaik lagi, kerana Mr DIY berkedudukan baik untuk meraih manfaat daripada kenaikan perbelanjaan bukan keperluan dan sentimen sektor yang positif sekarang. Pengembangan pulangan ekuiti (ROE) disebabkan bayaran dividen yang tinggi juga patut mewajarkan jurang penilaian yang lebih kecil berbanding syarikat-syarikat pesaing bermodal besar lain.

Keputusan FY25 Mencapai Jangkaan

Untung bersih teras sepenuh tahun bernilai MYR636j (+12% YoY) merangkumi 100% ramalan kami dan konsensus. Selepas keputusan diumumkan, kami tidak membuat pindaan ketara pada perolehan FY26- 27F dan mengemukakan unjuran untuk FY28 (+7% YoY) dalam laporan ini. Namun begitu, kami mengambil peluang ini untuk mengubah sedikit andaian risiko DCF kami bagi mengambil kira ROE lebih ringgi dan jangkaan positif kami berkenaan perbelanjaan bukan keperluan oleh pengguna. Dengan itu, TP kami menaik kepada MYR2.20 (termasuk premium ESG 4%), yang bermakna P/E mencecah FY26F 29x – penilaian ini lebih tinggi sedikit berbanding paras purata lima tahun saham ini.

Rumusan Keputusan

Secara YoY, hasil FY25 menokok 7% kepada MYR5bn, terutamanya diperkukuh oleh penambahan bersih 121 buah kedai baru manakala SSSG mencecah -2%. Sementara itu, GPM FY25 berkembang 0.6ppt kepada 47.3% ekoran kadar FX yang menguntungkan dan skala lebih besar, yang memberikan kenaikan untung kasar sebanyak 10% untuk FY25. Dengan kenaikan opex seiring dengan untung kasar akibat gaji minimum lebih tinggi, untung bersih teras FY25 bertumbuh 12% kepada MYR636j. Secara QoQ pula, jumlah jualan 4Q25 meningkat 7% disebabkan oleh faktor kemusiman akhir tahun yang positif, tetapi untung bersih melonjak naik 18% – disebabkan oleh keumpilan operasi, kawalan opex yang ketat, dan perubahan kadar cukai berkesan atau ETR. DPS FY25 ialah 8 sen (FY24: 5 sen), yang menandakan nisbah bayaran mencecah 120%.

Prospek

Sentimen pengguna mungkin meningkat pada 2026 apabila melihat pada pertumbuhan gaji yang baik, keadaan makroekonomi yang stabil, dan bantuan fiskal berterusan. Hal in patut mendorong perbelanjaan bukan keperluan ke paras lebih tinggi, yang memberikan peluang baik kepada MRDIY, kerana ia mempunyai
tawaran barangan yang meluas dan rangkaian kedai yang kukuh di seluruh negara. Walaupun begitu, potensi kenaikan GPM disebabkan oleh nilai MYR yang kukuh mungkin terbatas, kerana pihak pengurusan berhasrat untuk giat menjalankan promosi harga bagi menarik kunjungan pelanggan. Oleh itu, kami kekalkan andaian SSSG FY26 pada 1%. Sementara itu, sasaran pembukaan kedai barunya masih pada
155 cawangan (130 kedai Mr DIY dan 25 cawangan KKV). Ia juga merancang untuk mengubah suai >100 kedai sedia ada bagi meningkatkan tahap jualan. Bayaran dividen yang lumayan ini mungkin diteruskan pada FY26, memandangkan pihak pengurusan ingin mengekalkan struktur modal yang cekap dan memacu kenaikan
ROE.

Risiko negatif yang terhadap saranan kami termasuk pelan pengembangan berdepan kelewatan besar dan sentimen pengguna yang berterusan lemah.

Faktor Pemacu Utama

i. Pengembangan kedai
ii. SSSG kukuh
iii. Pertumbuhan bahagian pasaran

Risiko Utama

i. Gangguan bekalan
ii. Kejadian epidemik atau penularan jangkitan atau penyakit
iii. Persaingan yang rancak

Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.