Ekonomi Malaysia Berkembang 4.9% Bagi Suku Kedua (April-Jun) 2019

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh 4.9 peratus pada suku kedua 2019 meskipun berdepan persekitaran mencabar.

Pada suku pertama 2019, ekonomi negara berkembang 4.5 peratus, sekali gus menjadikan pertumbuhan ekonomi 4.7 peratus pada separuh pertama tahun.

Gabenor Bank Negara Malaysia,  Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata pertumbuhan kukuh itu disokong oleh pengembangan berterusan semua sektor ekonomi.

Beliau berkata, pemulihan gangguan bekalan komoditi dan kemajuan prestasi dalam sektor perkilangan dan pembinaan menyokong pertumbuhan.

Katanya, perbelanjaan swasta yang berterusan kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan.

“Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia suku kedua 2019 di sini hari ini. 

Nor Shamsiah berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka akan terus disokong oleh aktiviti sektor swasta.

Namun, katanya sektor luaran dijangka terus menerima kesan daripada pertumbuhan global yang lebih perlahan susulan ketegangan perdagangan yang masih berlarutan. 

Sumber: BH Online

FBM KLCI Turun 4.13% Bagi Tahun 2019

Sumber: Trading View

Walaupun petanda ekonomi menunjukkan peningkatan, indeks FBM KLCI mencatatkan penurunan. Puncanya adalah penjualan dana asing saham tempatan di Bursa Malaysia yang kelihatan tiada hentinya.

Angka ini meningkat kepada RM1.04 bilion minggu lalu, berbanding RM601.2 juta minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research.

Negara memerlukan catalyst yang dapat menarik kembali jerung-jerung asing untuk kembali melabur ke dalam negara. Mampukan kita melakukan sesuatu? Sama-sama kita nantikan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.