Harga Minyak Dunia New High, Apa Khabar Saham Oil & Gas?

Bila dengar pasal harga minyak naik, kebanyakan orang pasti tak akan suka akannya. Tetapi tidak bagi mereka yang terlibat dalam pelaburan saham. Ini kerana ada peluang yang tak ramai orang tahu akan kewujudannya.

Dan baru-baru ini, harga minyak di pasaran dunia telah mencecah paras $82 US Dolar. Ianya merupakan paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini.

Sumber: Bloomberg

Persoalannya, apakah kesannya kepada saham-saham yang terlibat dalam Oil & Gas ni?

Kenali Industri Oil & Gas

Sebelum tu, kita kena tahu serba sedikit dulu pasal industri Oil & Gas ni.

Secara ringkasnya, kita ada 3 sektor utama iaitu:

  • Upstream / Huluan – Proses mencari dan mengeluarkan minyak daripada dasar laut
  • Midstream / Pertengahan – Dibawa ke pelantar minyak sebelum dihantar untuk pemprosesan
  • Downstread / Hiliran – Tapis minyak dan dijadikan produk untuk dijual kepada pengguna

Untuk penerangan yang lebih mendalam, boleh rujuk Nak Beli Saham Syarikat Oil & Gas? Kenali Industri Ini Dengan Lebih Dekat.

Jom kita tengok pula carta bagi saham-saham oil & gas seperti berikut:

Upstream

DELEUM BERHAD

Sumber: Bursa Malaysia

VELESTO ENERGY BERHAD (UMW OIL & GAS)

Sumber: Bursa Malaysia

HIBISCUS PETROLEUM BERHAD

Sumber: Bursa Malaysia

Midstream

ALAM MARITIM RESOURCES BERHAD

Sumber: Bursa Malaysia

BUMI ARMADA BERHAD

Sumber: Bursa Malaysia

DAYANG ENTERPRISE HOLDINGS BERHAD

Sumber: Bursa Malaysia

Downstream

DIALOG GROUP BERHAD

Sumber: Bursa Malaysia

PETRON MALAYSIA REFINING & MARKETING BHD

Sumber: Bursa Malaysia

PETRONAS DAGANGAN BHD

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Minyak Ada Pengaruh, Tapi Prestasi Syarikat Juga Penting

Memang tak dinafikan, harga minyak di pasaran dunia ada memberikan kesan yang besar kepada saham-saham dalam industri oil & gas ni. Tetapi prestasi syarikat juga memainkan peranan.

Dalam contoh di atas, harga saham Velesto & Alam Maritim saban tahun semakin menurun macam nak berkubur.

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Bursa Marketplace

Jawapannya terletak kepada prestasi syarikat yang mengalami kerugian setiap tahun, menandakan ada masalah besar dalam syarikat.

Sebaliknya pula yang berlaku kepada saham Dialog, PetronM dan Petronas Dagangan.

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat untung beratus juta dan berbilion Ringgit saban tahun, maka ianya menjadi kegemaran pelabur institusi yang juga bermodalkan beratus juta dan berbilion Ringgit.

Jadi nak beli saham murah ke saham mahal sekarang ni?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Suncon Dapat Kontrak RM253 Juta Perbaharui Sunway Carnival Mall

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Sunway Construction Sdn Bhd (SunCon) telah memperoleh kontrak RM253 juta daripada Sunway REIT Management Sdn Bhd untuk membaik pulih kompleks beli-belah empat tingkat dan pusat kebudayaan/komersial satu tingkat yang dikenali sebagai Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Projek selama lebih 24 bulan dari tarikh permulaan, 1 Julai 2023, dijangka siap menjelang 30 Jun 2025, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan SunCon Group bagi kewangan tahun berakhir 31 Dis 2023 dan seterusnya,” katanya lagi.

Jumlah projek baharu yang diperolehi oleh SunCon Group tahun ini termasuk projek yang dinyatakan di atas mencecah RM1.53 bilion

SunCon dan Sunway REIT mempunyai pemegang saham/pemegang unit utama yang sama, manakala Sunway Bhd ialah pemegang unit utama Sunway REIT.

Pada penutupan dagangan di Bursa Malaysia hari ini, harga saham SunCon turun satu sen kepada RM1.54 dengan 323,800 saham bertukar tangan.

— BERNAMA