Harga Minyak Mentah Dunia Susut Akibat Wabak Koronavirus

Serangan Koronavirus telah menjadikan kehidupan masyarakat dunia khususnya Negara China menjadi huru-hara.Virus ini dipercayai tersebar di sebuah pasar basah yang berada di Wilayah Hubei yang berasal dari binatang eksotik seperti ular dan kelawar.

Ianya telah meragut lebih 360 nyawa di China nyawa (setakat artikel ini ditulis) dan telah menjangkiti seramai 17,205 di seluruh dunia.

Suasana panik yang menimpa China yang merupakan salah satu negara kuasa ekonomi dunia, telah menyebabkan harga minyak mentah dunia jatuh dengan mendadak. Sejak dari bulan lepas sehingga sekarang, harga minyak mentah dunia telah jatuh akibat permintaan yang rendah sejak serangan virus ini ke atas Negara China pada awal tahun ini.

Sumber: TradingView

China merupakan negara pengimport minyak mentah yang tertinggi di dunia sejak tahun 2016 dan telah memintas kedudukan Amerika Syarikat selaku negara pegimport minyak mentah terbesar dunia sebelum ini.

Serangan wabak tersebut telah menjejaskan permintaan minyak mentah dan dipercayai yang paling teruk sejak kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2008. China yang megimport secara kasar sebanyak 10 juta tong sehari dan kini telah mengurangkan jumlah import minyak mentah sebanyak 20%  sehari. Tindakan ini dibuat kerana permintaan terhadap minyak mentah di dalam negara tersebut telah berkurangan akibat serangan virus ini.

Syarikat penerbangan telah mengurangkan jumlah penerbangan ke Wilayah Wuhan dan ada sesetengah penerbangan dari luar telah mengharamkan syarikat mereka daripada memasuki wilayah ini untuk menjaga keselamatan para penumpang mereka. Industri pelancongan wilayah ini telah terjejas teruk dan ekonomi mereka hampir lumpuh.

Bukan Kali Pertama China Diserang Wabak

Pada tahun 2003, China telah digemparkan dengan serangan SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) yang telah membunuh seramai 329 orang dan menjangkiti seramai 5,327 orang.

Virus ini dipercayai berasal dari kelawar yang mana merupakan binatang yang mempunyai pelbagai virus yang unik di dalam tubuhnya. Apa yang uniknya tentang kelawar ini, walaupun mempunyai pelbagai virus didalam tubuhnya, binatang itu kebal dari dijangkiti penyakit yang dibawa oleh virus tersebut.

Serangan pertama koronavirus ini adalah di Daerah Wuhan dan kali pertama dikesan pada 31 Disember 2019 yang lalu. Pada permulaan penyebaran virus ini, ia bermula dari pekerja yang bekerja di pasar basah di Wuhan yang mengalami sindrom pneumonia dan seterusnya wabak ini telah menjangkiti  40 orang  pekerja yang berada d isitu dalam tempoh yang singkat.

Kes kematian pertama yang melibatkan virus ini adalah pada 9 Januari 2020 di mana lelaki berusia 61 telah dijangkiti ketika pulang dari membeli barangan basah di pasar berkenaan. Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia disebabkan jantungnya gagal berfungsi akibat jangkitan virus ini.

Kerajaan China mengarahkan penutupan pasar basah berkenaan kerana virus yang merebak ini telah berjaya menjangkiti manusia melalui udara dan sentuhan secara langsung.

Walaupun pasar basah ini telah ditutup, ia tidak dapat mengahalang virus ini daripada merebak kepada manusia. Ini disebabkan oleh sesiapa yang dijangkiti virus ini tidak dapat tahu bahawa beliau dijangkiti sehinggalah tempoh dua minggu.

Dengan keadaan yang tidak menentu ini, harga minyak juga telah menjadi tidak menentu. Ini kerana pasaran dunia bergantung kepada China yang merupakan pengimport terbesar dunia. Negara pengeluar minyak dunia iaitu OPEC yang diketuai Rusia akan mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan isu ini dengan tujuan menstabilkan harga minyak di pasaran.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata bursa telah menolak permohonan ICB untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan pelan penyusunan semulanya.

Melainkan rayuan dikemukakan pada atau sebelum 2 Okt, sekuriti syarikat itu akan dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia pada 7 Okt.

Menurut Bursa Malaysia, sebarang rayuan yang dikemukakan selepas tempoh masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya rayuan dibuat dalam tempoh masa itu, penyahsenaraian akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan.

“Bagaimanapun, Bursa Securities akan meneruskan untuk menggantung dagangan sekuriti syarikat pada 3 Okt, walaupun keputusan rayuan syarikat masih belum selesai,” kata ICB.

Sebaik sahaja dinyahsenarai, sekuriti ICB akan ditarik balik daripada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, dengan syarikat itu terus mengekalkan maklumat pemegang sahamnya dalam daftarnya.

ICB berkata syarikat itu akan menjadi entiti tidak tersenarai dan kekal dapat beroperasi serta meneruskan penstrukturan semula korporat.

Hak pemegang saham akan kekal dilindungi di bawah Akta Syarikat 2016, walaupun saham mereka tidak lagi disebut harga atau didagangkan di Bursa Malaysia.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat itu melaporkan bahawa ia telah gagal membayar balik pinjaman berjumlah RM1.04 juta kepada Hong Leong Bank Bhd (HLBB) dan AmBank (M) Bhd.

ICB berkata kemungkiran bayaran itu berkaitan dengan kemudahan pembiayaan yang asalnya diberikan kepada bekas anak syarikat milik penuhnya, Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd (IECSB), yang telah menamatkan operasi.
— BERNAMA