Jika Tiada Asas Analisa Teknikal (Technical Analysis), Jangan Gatal Beli Saham

Asas Technical Analysis Pelaburan Saham

Kalau sebelum ini, kita tahu ada 2 jenis ilmu yang kena tahu sebelum boleh mula jual beli saham.

  1. Apakah saham yang bagus untuk dibeli? (What to buy?)
  2. Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?)

Untuk menentukan saham apa yang bagus untuk dibeli (what to buy?), kita kena tengok kepada Fundemantal Analysis (FA) sesebuah syarikat tersebut. Kalau anda terlepas ilmu FA ini, boleh rujuk kepada artikel Apa itu Fundamental Analysis yang selalu sifu saham sebut tu?

Dah tahu saham apa yang bagus untuk dibeli, tibalah masanya untuk beli saham tersebut. Tapi bila masa yang sesuai nak beli saham ni? Salah timing, memang ke laut jawabnya. Jadi untuk bantu menjawab soalan ini, kita kena dalami ilmu Technical Analysis (TA).

Apa Itu Technical Analysis?

Secara ringkasnya, Technical Analysis bermaksud mengkaji pergerakan saham dengan memberi keutamaan kepada harga saham dan jumlah dagangan (price & volume) dengan menggunakan carta, bagi menjangka pergerakan harga dan trend.

Trend pula bermaksud hala tuju saham, dan ada 3 trend iaitu Uptrend (pergerakan menaik saham), Downtrend (pergerakan menurun saham) dan Sideways (pergerakan mendatar saham). Kebiasaannya ia akan bergerak secara zig-zag.

Dalam mana-mana trend sekalipun; akan ada dua elemen utama yang kita kena tahu iaitu:

1. Support (Harga Sokongan)

Harga saham bergerak secara zig-zag, sama ada ianya sedang menaik atau menurun. Support ini berguna tatkala harga sedang menurun.

Setiap saham anda kena kaji di mana nak letak Support, kerana anda perlu set alert jika ianya cecah harga tersebut; maka anda dah boleh bersedia untuk menjual. Ini penting supaya anda tidak alami kerugian yang melampau. (juga dikenali sebagai stop loss)

2. Resistance (Harga Rintangan)

Ianya adalah berlawanan dengan support, iaitu harga saham yang sedang menaik – akan ada satu rintangan kuat yang menghalangnya daripada terus naik.

Apabila ia telah memecah resistance, maka boleh dikatakan anda telah capai target harga yang anda nak. Jika harga saham menurun dan gagal memecah harga rintangan, sila jual. Jika ia berjaya melepasi harga rintangan, boleh beli lebih banyak dan ikut saja trend tersebut.

Support & Resistance Umpama Rumah Bertingkat

Bayangkan anda sedang duduk di dalam rumah botingkek-tingkek dan kini berada di tingkat bawah. Lantai di mana anda sedang pijak tersebut adalah Support atau harga sokongan yang sangat kukuh. Kalau harga saham memecah Support, maka anda jatuh ke dalam tanah, silap-silap rumah anda sekali runtuh. Seterusnya, untuk harga saham anda naik, ia perlu memecah Resistance atau harga rintangan. Ia memerlukan daya yang kuat untuk menujah naik atau erti kata lain, saham tersebut memerlukan volume yang banyak baru boleh pecah Resistance tersebut.

Apa Jadi Bila Resistance Pecah?

Kini anda telah berjaya naik ke tingkat 1 rumah tersebut, akibat daripada kombinasi harga + volume yang telah memecahkan resistance tadi. Sepertimana anda berada di tingkat bawah tadi, kini Support anda berada di lantai tingkat 1, manakala resistance pula berada di siling tingkat 1. Kalau pecah Support, anda jatuh ke tingkat bawah. Pecah resistance pula, anda naik tingkat 2.

Begitulah keadaannya berulang-ulang!

Kaji Chart + Asas Candlestick

Tadi kita ada maklumkan yang ilmu TA ini melibatkan aktiviti mengkaji chart, dan untuk itu kita juga perlu tahu apa itu candlestick. Jom kita tengok contoh-contoh chart:

Uptrend

saham uptrend

10 tahun tu saham Nestle dalam pergerakan Uptrend. Dah beli belum saham Nestle? Hehe…

Downtrend

saham downtrend

Saham UMW membuat downtrend sejak setahun yang lalu, tiba-tiba menjadi uptrend!

Sideways

saham sideways lama

Kita tengok pula saham Notion-WB, lama dia membuat sideways. Tapi apabila volume mula masuk, mulalah saham tersebut naik turun dengan aktif.

Setiap saham samada ianya sedang uptrend, downtrend atau sideways ke, akan menghasilkan candlestick. Oleh itu, kita juga perlu melihat kepada candlestick bagi memberi petunjuk arah pergerakan saham pada masa akan datang.

Asas Candlestick

asas candlestick

Biasa tengok candlestick ini? Ia terdiri daripada sumbu dan badan. Dengan berpandukan kepada candlestick tersebut, kita boleh menjangka samada saham tersebut akan bergerak naik atau sebaliknya pada keesokan harinya.

Nak cerita banyak-banyak pasal candlestick ni akan mengambil masa yang panjang. Ada jodoh nanti kita sambung lagi pasal candlestick ni.

Jika anda ingin belajar terus dari Technical Analyst yang bertauliah, tidak perlu mencari sampai ke Amerika, di Malaysia sendiri kita ada 100 orang lebih pakar dalam bidang ini. Antara mereka yang telah lulus Certified Financial Technician (CFTe) adalah Tuan Haji Zainal Ariffin, Tuan Hj Mohd Asri, Nik Ihsan, Cik Adibah Musa, Cik Farhana Aini Omar, Jaz Jamaluddin dan ramai lagi.

Saham apa patut beli?
Bila masa terbaik nak beli saham? 
Bila nak kena jual saham?

Khusus untuk pembaca kami, memperkenalkan

VIDEO CANDLESTICK SAHAM
bersama
Haji Zainal Ariffin Bin Osman

Kenali Speaker

Tuan Haji Zainal merupakan seorang pelabur yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam dunia pelaburan.  Beliau mempunyai Certified Technical Analyst dari United Kingdom Society Of Technical Analysts (UKSTA), Certified Financial Technician dari International Federation Of Technical Analysts (IFTA) dan merupakan Full Member Of The Malaysian Association Of Technical Analysts (MATA).   Beliau juga telah berkongsi dan mendidik ilmu pelaburan saham kepada lebih 10,000 orang, malah telah melahirkan seramai 170 Professional Certified Technical Analysts MSTA yang diiktiraf seluruh dunia. 

Durasi video ini adalah selama lebih 3 Jam!

Kami yakin video ini bernilai ribuan ringgit. Ini ilmu dari otai yang dah 35 tahun dalam industri kot! Bukan kaleng-kaleng.

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ thekapital.my/candlesticksaham
➡️ thekapital.my/candlesticksaham
➡️ thekapital.my/candlesticksaham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kini Anda Boleh Beli Saham Indonesia Terus Dari Malaysia — Melalui CGS iTrade!

Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.

Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.

1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade

Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX).
Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.

Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.

2. Akaun & Dokumen Diperlukan

Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia.
Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian.
Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.

3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX

Kadar brokerage online:

  • Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
  • Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
  • Brokerage minimum: IDR185,000

Kadar brokerage offline:

  • Semua nilai kontrak → 0.70%
  • Brokerage minimum: IDR200,000

4. Caj Tambahan Lain

Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:

Jenis CajKadar / Amaun
Bank ChargesRM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy0.0433%
Value Added Tax (VAT)0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)0.1%

5. Dividen Saham Indonesia

Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee.
Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10.
Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.

6. Status Saham Patuh Syariah

Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade.
Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.

7. Data Pasaran IDX

Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit.
Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.

8. Deposit Minimum

Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX.
Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil dan berkembang secara berperingkat.

9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang

Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:

  • MYR, atau
  • IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.

Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.

Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR.
Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.

10. Tempoh Settlement

Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.

Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)

Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk diversifikasi portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:

1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN

Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.

2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar

Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.

3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti

IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Bank Central Asia (BCA), Telkom Indonesia, dan Unilever Indonesia antara nama besar dengan asas kewangan yang stabil.

4. Diversifikasi Portfolio

Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.

5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal

Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik.
Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.