Nak Ikut Influencer

Media sosial telah berkembang dengan begitu pesat. Maklumat dapat disebarkan secara meluas dan cepat melalui media sosial.

Pelbagai jenis platform media sosial terkenal yang digunakan oleh masyarakat hari ini. Antaranya adalah Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, TikTok dan lain-lain lagi.

Ada dalam kalangan masyarakat kita yang mempunyai puluhan ribu atau mencecah jutaan pengikut (follower) di laman media sosial kerana selalu menampilkan konten menarik atau berguna kepada masyarakat. Golongan-golongan ini boleh digelarkan sebagai influencer.

Ada lagi bakat-bakat baru yang mencuba untuk menjadi influencer di media sosial. Populariti yang mereka dapat kadangkala boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan.

Namun, influencer yang bagaimana yang kita sebagai masyarakat awam boleh manfaatkan?

Hidup ini penuh dengan pilihan. Kebanyakan perkara yang kita lakukan hari ini adalah pilihan yang kita pilih. Jadi, apa yang boleh dipilih dan memberi manfaat kepada kita?

Banyak jenis influencer di luar sana. Ada yang bercerita atau berkongsi akan kehidupan, ada yang menunjukkan kereta mewah yang baru dibeli. Bukan itu sahaja, ada yang berusaha untuk menyampaikan ilmu-ilmu secara percuma.

Tidak kisahlah ilmu kewangan atau perniagaan mahupun pelaburan. Sayangnya, ilmu-ilmu percuma sebegini jarang mendapat ‘apresiasi’ awam. Bukanlah bermaksud untuk menerima tepukan gemuruh, atau pujian setinggi Gunung Kinabalu, tetapi apresiasi yang dimaksudkan adalah dengan kita melihat, mendengar dan berkongsi ilmu-ilmu tersebut kepada yang lain.

Ilmu. Satu pelaburan kehidupan yang kekal buat selama-lamanya.

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy bersama Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Berjaya Food Sekali Lagi Rugi, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd mencatatkan satu lagi kerugian pada suku yang baru berakhir apabila kos dan perbelanjaan terus melebihi pertumbuhan hasil yang kecil.

Kerugian bersih bagi pemegang francais rangkaian kopi Starbucks itu berjumlah RM14.32 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2026, suku ke-10 berturut-turut syarikat berada dalam kerugian.

Namun begitu, kerugian lebih rendah berbanding RM37.19 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 hasil langkah kawalan kos dan penutupan kedai.

Hasil bagi suku dikaji meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM119.14 juta, sebahagian besarnya didorong oleh operasi luar negara.

Walau bagaimanapun, Berjaya Food Bhd kekal optimis terhadap prospeknya dengan menyatakan bahawa usaha-usaha terkini mula menunjukkan hasil.

“Kumpulan menjangkakan prestasi operasi dan kewangan akan terus kukuh, disokong oleh inisiatif pemasaran dan promosi yang berterusan, usaha rasionalisasi kedai yang sedang dijalankan, serta pendigitalan berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sama ada dalam talian mahupun di kedai,” katanya.

Berjaya Food kini giat mengembangkan operasi di luar negara sambil memperkukuh jenama lain dalam portfolionya termasuk Paris Baguette dan Krispy Kreme Doughnuts bagi mengekang kerugian berterusan.

Di pasaran tempatan pula, syarikat menutup cawangan Starbucks dan restoran Kenny Rogers Roasters yang tidak mencatatkan prestasi baik.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi kumpulan dan dijangka terus memberikan sumbangan positif pada suku akan datang, disokong oleh penambahbaikan lanjut dalam kecekapan operasi,” katanya.

— Berita Harian