Navinder Sarao, Trader Yang Menggegarkan Pasaran Saham Amerika Syarikat Hanya Dari Bilik Tidurnya Di London

Sebelum ini, kita telah mengetahui secara terperinci bagaimana panik berlaku di pasaran Amerika Syarikat yang menyebabkan Indeks Dow Jones jatuh sebanyak 998.5 mata dalam tempoh yang sangat singkat. Peristiwa ini merupakan kejutan terbesar di era millennium selepas krisis kewangan pada tahun 2008.

Baca: Flash Crash 2010: Kejatuhan Indeks ‘Sepantas Kilat’

Pihak penyiasat mengambil masa beberapa tahun untuk mengesan dalang di sebalik krisis ini. Akhirnya pihak penyiasat dapat mengesan dalang yang menjadi punca kepada krisis ini dan amat mengejutkan ianya datang dari seorang trader yang berasal dari keluarga kelas pertengahan yang berasal dari Britain.

Apa yang menarik mengenai mengenai peristiwa ini adalah trader tersebut merupakan self-taught trader dan bergerak secara sendirian serta melakukan perkara tersebut hanya dari bilik tidurnya di London. Trader yang dimaksudkan adalah Navinder Sarao yang berasal dari United Kingdom.

Latar Belakang Navinder Sarao

Kredit Gambar: BBC

Tidak banyak maklumat yang diketahui oleh orang ramai kerana kehidupannya diselubungi misteri. Beliau yang pernah berkerja dengan sebuah syarikat broker yang dikenali sebagai Futex dari tahun 2003 sehingga 2008. Dari situ beliau mendapat pengalaman melakukan trading.

Navinder Sarao yang disahkan mengidap penyakit Asperger’s Syndrome yang menjadikanya kurang bergaul dengan rakan sekerjanya yang lain dan hanya melakukan trade berdasarkan apa yang dirasakan betul oleh dirinya berbanding trader lain yang berkongsi tips sesama mereka.

Disebabkan mempunyai autism, Navinder mempunyai kelebihan di dalam mempelajari sesuatu secara cognitive disebabkan perkara tersebut. Beliau kemudiannya telah berhenti bekerja dan mula membuat pelaburannya yang tersendiri menggunakan platform E-mini S&P 500.

Teknik Yang Digunakan Oleh Navinder Sarao

Beliau dapat membaca pergerakan pasaran saham dan membuat trading plan sendiri. Di antara teknik yang digunakannya dikenali sebagai teknik spoofing yang mana teknik ini adalah membuat order yang sangat besar tanpa ada niat untuk membeli tetapi lebih kepada spekulatif.

Kesan Kepada Pasaran Saham

Kredit Gambar: BBC

Disebabkan Navinder dapat membaca pergerakan pasaran dengan tepat, beliau mula melakukan pertaruhan di dalam pasaran Amerika Syarikat. Dengan menggunakan teknik ini, pada Mei 2010 ianya telah menyebabkan pasaran menjadi panik.

Navinder dipercayai telah berjaya memperolehi sebanyak USD40 juta hasil daripada spekulatif yang dijalankannya. Peristiwa ini dikenali sebagai “Flash Crash”.

Hukuman Yang Diterima Navinder Sarao

Akhirnya pihak penyiasat dapat membuktikan kesalahan Navinder yang melakukan spoofing. Teknik ini telah diharamkan di dalam pasaran saham Amerika Syarikat tetapi tidak Britain.

Beliau didapati bersalah di atas kesalahan memanipulasi pasaran yang dengan 22 pertuduhan ke atas dirinya. Jika didapati bersalah di atas semua kesalahan yang dihadapi, Navinder berdepan dengan hukuman penjara selama 380 tahun.

Walaubagaimanapun, beliau telah diikat jamin sebanyak £50,000. Beliau kemudiannya telah dipenjarakan di Penjara Wandsworth selama 4 bulan di atas kesalahan tersebut pada tahun 2015.

Kredit Gambar: BBC

Oleh kerana beliau telah melakukan kesalahan di Amerika Syarikat, Navinder telah diekstradisi ke sana dan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Agung Illinois. Mahkamah telah memutuskan bahawa Navinder bersalah dan telah dikenakan hukuman tahanan rumah selama satu tahun bermula dari pada awal tahun ini, dan bersetuju untuk membayar wang jaminan sebanyak £9.9 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Sumber Rujukan: The Wild $50M Ride of the Flash Crash Trader

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Verdant Solar Holdings Berhad Bersiap Sedia Untuk Debut Di Pasaran ACE, Lancar Prospektus IPO

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2025 – Verdant Solar Holdings Berhad (“Verdant” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (“EPCC”) serta Operasi dan Penyelenggaraan (“O&M”) untuk sistem fotovoltaik (“PV”) solar di Malaysia, hari ini telah melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (“IPO”). Acara ini menandakan langkah penting ke arah penyenaraian Syarikat yang dicadangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada 22 Oktober 2025.

Dengan potensi pertumbuhan kukuh di tengah pasaran hartanah kediaman yang sedang rancak, disokong oleh program solar yang dimulakan kerajaan serta rekod pencapaian terbukti lebih daripada sedekad, Verdant menyasarkan untuk mengumpul hasil kasar dianggarkan sebanyak RM44.02 juta melalui terbitan 142,000,000 saham biasa baharu pada harga IPO RM0.31 sesaham. Berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan Syarikat sebanyak 817,618,243 saham dan harga IPO, permodalan pasaran Verdant dianggarkan berjumlah kira-kira RM253.46 juta.

Hasil daripada IPO akan disalurkan bagi menyokong pengembangan perniagaan Verdant. Daripada jumlah tersebut, 31.80% telah diperuntukkan untuk membiayai penubuhan pejabat cawangan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan; 22.72% akan diperuntukkan untuk pengembangan melalui pelaburan strategik, peluang penggabungan dan pengambilalihan; dan 8.63% akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur digital Syarikat bagi memperkukuh kecemerlangan operasi. Baki selebihnya akan digunakan untuk modal kerja umum dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sebagai kontraktor EPCC, Verdant terlibat secara utama dalam penyampaian menyeluruh projek solar PV turnkey, meliputi reka bentuk dan kejuruteraan awal, pemerolehan peralatan, pemasangan di tapak, ujian dan pentauliahan, serta perkhidmatan selepas jualan O&M melalui aplikasi Verdant Home App. Syarikat juga menjalankan perdagangan produk solar, termasuk jenama sendiri bagi sistem pengudaraan solar, Verdant Star.

Lim Tzer Haur, Pengarah Urusan Verdant Solar Holdings Berhad berkata, “Penyenaraian kami yang dicadangkan di Pasaran ACE bukan sahaja menandakan satu pencapaian tetapi juga bukti hampir sedekad dedikasi dan kepakaran. Dari permulaan kami pada 2015 hingga menjadi penyedia penyelesaian dan perkhidmatan solar menyeluruh yang dipercayai, IPO ini akan menyediakan platform untuk Verdant Solar mengekalkan dan mempercepatkan pertumbuhan kami. Dipandu oleh tujuan kami untuk ‘Mengubah Cara Orang Mendapatkan Tenaga’, kami kekal komited untuk menjadikan penyelesaian solar dapat diakses oleh semua.”

“Dengan hasil yang diperoleh, kami merancang untuk memperkukuh kehadiran pasaran melalui pejabat cawangan baharu di Melaka, Kuantan, dan Ipoh, berkembang melalui pelaburan strategik serta penggabungan dan pengambilalihan, dan meningkatkan infrastruktur digital kami, termasuk sistem ERP dan CRM serta aplikasi Verdant Home App. Dengan Program Solar ATAP yang bakal memacu permintaan pemasangan solar pada 2026, kami percaya inisiatif ini akan menempatkan kami untuk memanfaatkan peluang ini di Malaysia dan memastikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” tambahnya lagi.

Bersempena pelancaran ini, tempoh permohonan untuk IPO Verdant Solar Holdings Berhad akan bermula hari ini (29 September) dan berakhir pada 7 Oktober 2025 jam 5.00 petang. Mercury Securities Sdn Bhd merupakan Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal, dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO ini.