10 Saham Patuh Syariah Terpaling Untung Tahun 2021 (Edisi Global)

Setiap kali untung di pasaran saham biasanya memang akan senyum sampai ke telinga.

Bagaimanakah prestasi pelaburan saham di Wall Street pada tahun lepas? Adakah untung mahupun rugi?

Kami percaya anda semua berjaya membuat keuntungan yang baik pada tahun lalu. Tahniah!

Bagi yang tidak berjaya membuat keuntungan tidak mengapa kerana anggap sahaja ianya sebagai satu proses pembelajaran. 

Sebelum kita melihat kepada saham-saham yang membuat kenaikan tertinggi, mari kita lihat apa yang terjadi pada indeks Dow Jones terlebih dahulu. 

Pada hari pertama dagangan 2021, Dow Jones dibuka pada 30,627.47 mata. Pada hari terakhir dagangan 2021, Dow Jones ditutup pada 36,338.30 mata. Kenaikan sebanyak 5,710.83 mata tersebut merupakan sesuatu yang positif bagi pasaran Wall Street.

Sumber: 

Jika indeks pun dah naik sebanyak itu, pastinya banyak saham lain turut ikut naik juga kan?

Jom kita lihat apakah 10 saham patuh syariah yang paling untung di pasaran saham Wall Street pada 2021.

1. DESTINATION XL GROUP INC (DXLG)

Sumber: RetailWire

Destination XL Group Inc adalah peruncit pakaian lelaki yang bersaiz besar dan tinggi. DXL mempunyai 225 outlet di seluruh Amerika Syarikat dan 2 outlet di Kanada. 

Syarikat ini beroperasi di bawah 5 jenama iaitu Destination XL, Casual Male, Rochester Clothing, ShoesXL dan LivingXL.

2. LIGHTWAVE LOGIC INC (LWLG)

Sumber: Lightwave Online

Lightwave Logic adalah syarikat platform teknologi yang membangunkan elektro-optik polimer yang meningkatkan kecekapan infrastruktur internet dengan menukar data kepada isyarat optik dan membolehkan lebih banyak data dihantar pada tahap kelajuan yang lebih tinggi.

3. ICECURE MEDICAL LIMITED (ICCM)

Icecure Medical Limited beroperasi sebagai syarikat peranti perubatan. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2006 dan mempunyai kepakaran dalam tumor kanser. 

Teras teknologi syarikat ini adalah berdasarkan cryoablation, satu proses yang menggunakan suhu sejuk yang sangat rendah untuk menghapuskan sel tisu.

4. AEHR TEST SYSTEMS (AEHR)

Sumber: AEHR

AEHR Test Systems merupakan penyedia pengujian sistem dan ibu pejabatnya terletak di California. AEHR menyediakan penyelesaian pengeluaran bagi aliran pembuatan produk. 

5. VERTEX ENERGY INC (VTNR)

Vertex Energy Inc merupakan pakar dalam menapis bahan mentah alternatif. Vertex turut memasarkan produk petroleum berketulenan tinggi. Vertex ialah salah sebuah syarikat pemprosesan minyak motor terpakai terbesar di Amerika Syarikat dan mempunyai kapasiti pemprosesan lebih 115 juta gelen setiap tahun. 

6. BIOTRICITY INC (BTCY)

Sumber: Biotricity

Biotricity ialah sebuah syarikat teknologi perubatan moden yang memberi tumpuan pada penyelesaian pemantauan biometrik jarak jauh yang inovatif kepada pasaran perubatan dan pengguna. 

Ia termasuk penyelesaian diagnostik dan pasca-diagnostik untuk keadaan kronik penambahbaikan gaya hidup. 

7. DIGITAL WORLD ACQUISITION CORPORATION (DWAC)

Digital World adalah sebuah syarikat Special Purpose Acquisition Company (SPAC) yang membawa Trump Media and Technology Group ke pasaran awam melalui public merger. Syarikat ini mengumpul dana daripada pelabur dengan tujuan untuk mencari syarikat untuk dibeli. 

8. INTERCURE LIMITED (INCR)

Intercure Limited adalah syarikat yang bertapak di Israel dan terlibat dalam industri kanabis. Syarikat ini mempunyai lesen menghasilkan kanabis dan merupakan salah sebuah syarikat terawal menawarkan produk perubatan gred farmaseutikal yang berasaskan kanabis. 

9. SMITH-MIDLAND CORPORATION (SMID)

Sumber: Smithmidland

Smith-Midland ditubuhkan pada tahun 1960 bertindak sebagai ibu pejabat korporat bagi kilang pengeluaran konkritnya yang terletak di Virginia. Syarikat ini terlibat dalam pengeluaran konkrit pra-tuang. 

10. RAMACO RESOURCES INC (METC)

Sumber: InvestersObserver

Ramaco adalah pengendali dan pengeluar arang batu metalurgi yang berkualiti tinggi dan kos rendah. Ramaco dianggap sebagai syarikat tulen arang batu metalurgi serta mempunyai kira-kira 250 juta tan rizab arang batu metalurgi berkualiti tinggi.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Jika belum bermula, jangan risau sangat. Boleh ikut pelbagai panduan percuma yang telah kami sediakan.

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Di Sebalik Kenaikan Saham Bursa Indonesia: Eksport Arang Batu dan Ledakan AI

Bayangkan sebuah lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia.
Pagi masih gelap, mesin sudah mula beroperasi. Tanah digali, batu hitam diangkut ke lori, kemudian ke pelabuhan dan akhirnya belayar merentasi lautan.

Di seberang sana, batu-batu hitam itu akan tiba di China, India, Jepun dan Korea Selatan.
Bukan untuk disimpan tetapi untuk dibakar, menyalakan turbin dan menjana elektrik.

Data terkini menunjukkan bahawa Indonesia berada di tangga teratas sebagai pengeksport arang batu terbesar dunia. Baca lagi Indonesia Leads Global Thermal Coal Trade as Exports Hit Record Highs in 2024.

Sebahagian besar hasilnya dihantar ke negara yang sangat bergantung pada arang batu untuk menjana elektrik terutamanya:

  • China
  • India
  • Jepun
  • Korea Selatan
  • negara Asia Tenggara lain

Pada masa yang sama, kita sedang memasuki era ledakan kecerdasan buatan (AI). Dari pusat data (data center), cloud computing, hinggalah teknologi seperti ChatGPT dan automasi semuanya memerlukan tenaga elektrik yang sangat besar.

Lebih banyak teknologi berasaskan AI dibangunkan → lebih banyak pusat data dibina → permintaan tenaga meningkat.

AI mungkin nampak macam teknologi digital yang “tak nampak oleh mata kasar”. Tapi hakikatnya, di belakang tabir, ia memerlukan ribuan komputer berkuasa tinggi yang beroperasi 24 jam dan setiap satunya memerlukan tenaga yang stabil. Di negara yang masih bergantung pada arang batu, ini bermaksud permintaan arang batu kekal tinggi dan inilah sebab kenapa banyak saham tenaga Indonesia terus menjadi perhatian pelabur.

Menurut laporan statistik perdagangan dan S&P Global Commodities, eksport arang batu Indonesia ke China pada tahun 2023 adalah sekitar 215.7 juta tan metrik. Ini menjadikan China sebagai penerima tunggal terbesar arang batu Indonesia dalam tahun tersebut.

Banyak syarikat yang terlibat dalam komoditi terutamanya arang batu dan tenaga telah mencatat kenaikan harga saham yang sangat besar.

Berikut antara saham tenaga yang menonjol dan tersenarai di Bursa Indonesia (IDX), bersama prestasi terkini mereka:

1️⃣ PT Energi Mega Persada Tbk (ENRG)

Syarikat tenaga ini menunjukkan prestasi kukuh sepanjang setahun kebelakangan dengan lonjakan lebih 600% dalam tahun 2025. Kenaikan jangka pendek (1–6 bulan) juga masih positif, menandakan minat pelabur kekal tinggi. Sehingga artikel ini ditulis, saham ini dikategorikan sebagai saham patuh syariah.

Fakta menarik:

Pendapatan meningkat: USD495 juta (2024) → USD550 juta (2025)
Keuntungan operasi melonjak: USD120 juta → USD167 juta

Risiko:
Harga sudah naik tinggi

2️⃣ PT Darma Henwa Tbk (DEWA)

Saham syarikat perkhidmatan perlombongan ini melonjak hampir 588% dalam setahun. Dalam tempoh 3–6 bulan, prestasinya juga terus menunjukkan kekuatan. Sehingga artikel ini ditulis, saham ini dikategorikan sebagai saham patuh syariah.

Fakta menarik:

Pendapatan meningkat: USD402 juta (2024) → USD415 juta (2025)
Keuntungan operasi melonjak: USD9.7 juta → USD28.3 juta

Ini menunjukkan syarikat semakin efisien, dan jika aktiviti perlombongan kekal rancak, keuntungan tahun 2026 berpotensi akan terus meningkat.

Risiko:
Keuntungan sangat bergantung pada harga komoditi global.

3️⃣ PT Bumi Resources Tbk (BUMI)

Nama besar dalam industri arang batu. Walaupun harganya murah secara nominal, prestasinya tahun ini masih positif dengan lonjakan besar dalam tempoh jangka sederhana. Sahamnya melonjak 250% dalam tempoh setahun. Sehingga artikel ini ditulis, saham ini dikategorikan sebagai saham patuh syariah.

Fakta menarik:

Pendapatan meningkat: USD1.44 bilion (2024) → USD1.59 bilion (2025)
Keuntungan operasi melonjak: USD64.5 juta → USD129.9 juta

Dengan kedudukan sebagai pemain arang batu terbesar Indonesia, BUMI memasuki 2026 dengan potensi keuntungan yang lebih stabil sekiranya permintaan tenaga kekal kukuh.

Dari jauh, cerita arang batu kelihatan sederhana. Ia digali dari tanah, dihantar ke pelabuhan, kemudian digunakan untuk menjana elektrik. Tetapi apabila dilihat pada skala global, eksport ke China, India, Jepun, Korea Selatan dan negara Asia lain menjadikannya nadi penting dalam ekonomi moden.

Dalam era kecerdasan buatan, tenaga bukan lagi sekadar keperluan asas. Tenaga menjadi pemangkin persaingan. Semakin banyak pusat data dibina, semakin besar permintaan elektrik, dan secara tidak langsung syarikat tenaga Indonesia di IDX menerima manfaatnya.

Namun, sebagai pelabur kita perlu ingat:

  • harga komoditi boleh naik dan turun
  • polisi kerajaan dan ESG semakin ketat
  • keuntungan syarikat boleh berubah mengikut kitaran ekonomi

Kesimpulannya, saham tenaga Indonesia bukan sekadar cerita tentang harga saham yang sedang naik. Ia adalah cerita tentang rantaian panjang yang bermula di lombong Kalimantan dan berakhir di pusat data yang menggerakkan teknologi AI seluruh dunia. Sektor ini berpotensi menjadi peluang yang menarik untuk diperhatikan pada tahun-tahun akan datang.

CGS International (CGSI) adalah broker yang menyediakan akses kepada pelbagai pasaran saham global termasuk Indonesia Stock Exchange (IDX). Melalui platform CGS iTrade, pelabur dari Malaysia boleh:

  • Membuka akaun dagangan saham global dan pilih “Cross Border” supaya akses kepada pasaran luar negara termasuk IDX diaktifkan.
  • Membeli dan menjual saham Indonesia secara langsung melalui platform itu tanpa perlu buka akaun broker di Indonesia sendiri.
  • Untuk pelanggan sedia ada, fungsi “Cross Border” boleh diaktifkan melalui dealer atau remisier.

Berminat nak buka akaun CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.