5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Indonesia Stock Exchange

Selalu beli saham Bursa Malaysia dan konsisten buat duit di pasaran saham tempatan? Mungkin sekarang tiba waktunya untuk anda menerokai pasaran saham negara lain untuk merasai pengalaman serta cabaran yang baru.

Salah satu pasaran saham yang ingin saya cadangkan adalah Indonesia Stock Exchange ataupun Bursa Saham Indonesia. Indonesia Stock Exchange ditubuhkan melalui penggabungan Jakarta Stock Exchange dan Surabaya Stock Exchange. 

Disebabkan masih ramai yang kurang mendapat pendedahan mengenai bursa saham ini, jom kita lihat lima perkara yang anda perlu tahu tentang Indonesia Stock Exchange.

1. Trading Hour / Waktu Dagangan

Sumber: CGS-CIMB
Sumber: CGS-CIMB

Bursa Saham Indonesia mempunyai waktu dagangan yang agak pendek berbanding bursa saham yang lain. Bagi hari Isnin sehingga Khamis, pasaran saham Indonesia dibuka daripada jam 10 pagi sehingga 5 petang. Pasaran berehat seketika dari jam 1 petang sehingga 2.30 petang.

Hari Jumaat pula pasaran saham Indonesia beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 4 petang sahaja. Namun, hari Jumaat tempoh rehatnya adalah lebih lama iaitu daripada 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang. 

Untuk makluman anda, waktu yang tertera di dalam gambar di atas adalah berdasarkan waktu Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk menukar waktu Indonesia ke waktu Malaysia lagi.

Perkara yang paling menarik adalah perbezaan waktu Malaysia dan Indonesia yang tidak jauh beza membolehkan kita melabur ketika waktu siang juga.  

2. Tick Size/ Bid

Sumber: IDX

Di pasaran saham Indonesia, pembelian dan penjualan saham adalah berdasarkan 1 lot ataupun bersamaan dengan 100 unit. Minimum saiz bid adalah berbeza bergantung kepada harga saham.

Seperti yang dinyatakan pada jadual di atas, bagi saham bernilai kurang daripada IDR200, minimum saiz bid adalah IDR1.

Bagi saham berharga IDR200 sehingga IDR500 pula, minimum saiz bid adalah IDR2.

Minimum saiz bid terbesar adalah IDR25 bagi harga saham berharga IDR5,000 dan ke atas.

*IDR = Rupiah Indonesia

3. Indeks

Indeks utama yang menjadi petunjuk kepada prestasi semasa bursa saham Indonesia adalah IDX Composite. Setakat 4 Oktober 2023, IDX Composite berada pada paras 6,886.58 mata.

Sumber: Investing.com

Untuk mencari saham-saham yang tersenarai di Indonesia Stock Exchange, anda boleh layari laman sesawang itu sendiri di IDX. Klik “Market Data” dan kemudian klik “List of Stocks” untuk mencari saham yang anda mahukan.

Sumber: IDX

4. Jumlah Saham Tersenarai

Setakat 4 Oktober 2023, sejumlah 852 saham yang tersenarai di bursa saham Indonesia. 

Sumber: IDX

5. Ada Ke Saham Patuh Syariah?

Sama seperti Bursa Malaysia, sudah pasti ada saham-saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Indonesia ada yang patuh syariah. Pelbagai screener yang anda boleh gunakan untuk menyaring status syariah saham di Bursa Saham Indonesia contohnya seperti Islamicly, Ideal Rating dan banyak lagi. 

Trading platform broker yang anda gunakan untuk membeli dan menjual saham juga sudah tentu ada menyediakan status syariah setiap kaunter yang disenaraikan.

Jom kita lihat beberapa contoh saham patuh syariah yang didagangkan di Bursa Saham Indonesia menurut CGS-CIMB Securities Sdn Bhd. 

Kemaskini 2022

Kategori yang memaparkan symbol “SYR” menunjukkan status saham tersebut adalah patuh syariah.

Untuk pengetahuan anda, panel syariah bagi CGS-CIMB adalah Refinitiv. Harus diingatkan bahawa saham-saham yang tertera di atas adalah hanya sebagai satu bentuk perkongsian dan bukannya saranan belian ataupun jualan. Urusan pembelian dan penjualan saham adalah menjadi tanggungjawab masing-masing.

Jika anda hendak mula melabur di pasaran saham Indonesia, tunggu apa lagi. Buka akaun CDS global anda sekarang juga. Nak langkah mudah, ikut tutorial di bawah.

Baca: Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Previous ArticleNext Article

Kini Anda Boleh Beli Saham Indonesia Terus Dari Malaysia — Melalui CGS iTrade!

Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.

Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.

1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade

Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX).
Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.

Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.

2. Akaun & Dokumen Diperlukan

Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia.
Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian.
Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.

3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX

Kadar brokerage online:

  • Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
  • Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
  • Brokerage minimum: IDR185,000

Kadar brokerage offline:

  • Semua nilai kontrak → 0.70%
  • Brokerage minimum: IDR200,000

4. Caj Tambahan Lain

Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:

Jenis CajKadar / Amaun
Bank ChargesRM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy0.0433%
Value Added Tax (VAT)0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)0.1%

5. Dividen Saham Indonesia

Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee.
Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10.
Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.

6. Status Saham Patuh Syariah

Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade.
Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.

7. Data Pasaran IDX

Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit.
Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.

8. Deposit Minimum

Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX.
Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil dan berkembang secara berperingkat.

9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang

Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:

  • MYR, atau
  • IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.

Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.

Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR.
Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.

10. Tempoh Settlement

Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.

Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)

Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk diversifikasi portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:

1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN

Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.

2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar

Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.

3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti

IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Bank Central Asia (BCA), Telkom Indonesia, dan Unilever Indonesia antara nama besar dengan asas kewangan yang stabil.

4. Diversifikasi Portfolio

Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.

5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal

Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik.
Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.