Tawaran baharu akan menjadi yang pertama seumpamanya untuk pasaran OTC
NEW YORK, 23 Mei (Bernama) —OTC Markets Group Inc. (OTCQX: OTCM), pengendali pasaran kewangan terkawal untuk 12,000 sekuriti A.S. Dan global hari ini memperkenalkan OTC Semalaman, tawaran baharu yang akan menjadikan sekuriti ekuiti OTC tersedia untuk dagangan pada hari Ahad hingga Khamis di antara 8 PM dan 4 AM waktu timur.
Sekuriti aktif merentas peringkat pasaran OTC, termasuk jenama global seperti Roche, Air Canada dan Techtronic Industries, akan layak untuk berdagang dalam sesi semalaman oleh pelanggan broker-peniaga dalam dolar A.S. Pasaran OTC menjangkakan bahawa OTC Semalaman akan tersedia dalam suku kedua tahun ini di Sistem Dagangan Alternatif NQB Pautan OTC. Ini membolehkan pedagang untuk menjejak dan mendagangkan beribu-ribu sekuriti ekuiti global semasa jam pasaran Asia, di pasaran terbuka Eropah dan semalaman di A.S.
Dagangan semalaman akan meluaskan dengan ketara kebolehcapaian dan liputan data pasaran yang komprehensif untuk pasaran OTC. Apabila lebih ramai pelanggan menyambung ke platform dan permintaan untuk dagangan semalaman meningkat, OTC Markets Group merancang untuk mengembangkan tawaran kepada sekuriti tambahan dalam rangkaiannya. Syarikat terus aktif mengambil langkah untuk mewujudkan dirinya sebagai pasaran global yang memenuhi keperluan pelabur, peniaga broker dan penerbit di semua peringkat.
“Kami telah melihat peningkatan permintaan daripada pelabur, broker-peniaga dan peserta pasaran lain yang ingin mengakses pusat kewangan terbesar di dunia dalam zon waktu masing-masing,” kata Matt Fuchs, Naib Presiden Eksekutif Data Pasaran di OTC Markets Group. “Kami mempunyai kedudukan yang unik untuk membolehkan ini dan mencipta tahap peluang baharu untuk beribu-ribu ekuiti global.”
Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.
Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.
1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade
Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX). Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.
Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.
2. Akaun & Dokumen Diperlukan
Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia. Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian. Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.
3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX
Kadar brokerage online:
Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
Brokerage minimum: IDR185,000
Kadar brokerage offline:
Semua nilai kontrak → 0.70%
Brokerage minimum: IDR200,000
4. Caj Tambahan Lain
Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:
Jenis Caj
Kadar / Amaun
Bank Charges
RM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp
0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy
0.0433%
Value Added Tax (VAT)
0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)
0.1%
5. Dividen Saham Indonesia
Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee. Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10. Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.
6. Status Saham Patuh Syariah
Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade. Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.
7. Data Pasaran IDX
Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit. Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.
8. Deposit Minimum
Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX. Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil dan berkembang secara berperingkat.
9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang
Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:
MYR, atau
IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.
Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.
Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR. Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.
10. Tempoh Settlement
Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.
Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)
Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk diversifikasi portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:
1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN
Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.
2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar
Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.
3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti
IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Bank Central Asia (BCA), Telkom Indonesia, dan Unilever Indonesia antara nama besar dengan asas kewangan yang stabil.
4. Diversifikasi Portfolio
Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.
5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal
Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik. Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.