Sejarah Wall Street Bermula 400 Tahun Yang Lalu

Lebih kurang 400 tahun yang lalu, Wall Street adalah jalan yang tidak penting. Namun hari ini, sejarah telah mengubah daripada landskap lorong yang kotor, menjadi pusat kewangan dunia.

Wall Street mungkin merupakan jalan yang paling dikenali di seluruh dunia, namun ia juga tempat yang kurang difahami atau penuh misteri yang terselindung.

Artikel kali ini akan mengupas sedikit sebanyak mengenai Wall Street dan sejarahnya yang panjang.

Wall Street membawa maksud sebuah nama jalan atau lorong, yang terdapat di bandar New York dan juga arah jalan untuk menuju ke Roosevelt. Ianya terletak berhampiran dengan Gereja Trinity yang lama di timur sungai tersebut.

Tapi jika anda bertanyakan soalan ‘Bagaimanakah Wall Street bekerja?’ atau soalan ‘Apa Itu Wall Street?’ sekaligus skop jawapan tersebut berubah.

Wall Street adalah sebuah pasaran (Market Place). Pasaran yang menyediakan perkhidmatan aktiviti perdagangan. Pedagang, ejen, pelanggan, dan ramai yang lain, akan bertemu untuk menjalankan aktiviti pembelian saham dan bon.

Ia terdiri daripada pelbagai lapisan, contohnya individu, komuniti, dan sebagainya untuk melakukan perdagangan. Segala aktiviti perdagangan atau perniagaan yang dijalankan di Wall Street akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Dan Bursa (Securities and Exchange Commission, SEC), yang diasaskan pada tahun 1934.

Disebabkan aktiviti ekonomi berkait rapat dengan nama Wall Street, maka Wall Street secara ringkasnya dirujuk sebagai penempatan atau perkumpulan bursa (exchanger) dan untuk memproses lelongan bagi pelbagai produk kewangan secara terus.

Di dalam Wall Street sendiri ada daripada pelbagai bursa, di antaranya NYSE (New York Stock Exchange), AMEX (The American Stock Exchange) dan juga rangkaian bursa yang lain seperti Nasdaq yang menyediakan perkhidmatan pasaran dua hala (over the counter).

Wall Street juga ditakrifkan sebagai tempat menyediakan perkhidmatan pasaran bagi utama (primary) dan sekunder (secondary). Pasaran utama merujuk kepada pasaran di mana syarikat menjual saham atau bon mereka terus kepada orang ramai. Proses ini digelar sebagai ‘going public’ atau pun lebih dikenali sebagai IPO (Initial Public Offering).

Selepas sebuah syarikat telah disenaraikan, saham seterusnya akan  didagangkan dalam pasaran sekunder. Ianya menyediakan peluang kepada pelabur dengan jumlah tawaran yang mencukupi, untuk membeli dan menjual saham mereka kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.

Setiap orang yang menggunakan pasaran kewangan di Wall Street mempunyai objektif yang sama, iaitu untuk menjana keuntungan. Pembeli mencari peluang untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang mencukupi hasil daripada jual beli saham atau melalui pembayaran dividen, atau kedua-duanya. 

Sebaliknya, penjual pula mereka yang sudah mempunyai keuntungan atau kerugian modal dan ingin mencairkan wang tersebut untuk digunakan atau dilaburkan di tempat lain. 

Usaha mereka secara keseluruhan, membentuk asas ekonomi dan dalam konteks mewujudkan industri baru, pekerjaan baru serta taraf hidup yang lebih tinggi.

Sejarah kewujudan nama Wall Street sebenarnya berasal daripada dinding tembok lorong tersebut yang diperbuat daripada tanah dan lumpur. Sejurus selepas New York diasaskan, tembok-tembok dinding di Wall Street telah dinaik taraf menjadi pagar kayu bagi kegunaan menyimpan lembu dan produk perdagangan yang lain.

Walaupun masih terlalu sedikit produk yang didagangkan pada tahun 1626, namun orang India adalah di antara yang terawal memasuki komuniti perdagangan di Wall Street. Di antara produk yang mereka dagangkan ialah batu permata, manik dan sebagainya.

Tahukah anda salah satu sisi hitam Wall Street, ialah memperdagangkan orang iaitu merujuk kepada hamba?

Wall Street kemudiannya sedikit sebanyak telah bertukar menjadi pusat aktiviti perdagangan yang lebih komersial, kerana menghubungkan perdagangan melalui sungai Hudson (Hudson River), dan arah sungai yang lain. Pedagang mula mempunyai minat melakukan aktiviti jualan dan belian pelbagai jenis barangan, di antaranya komoditi seperti bulu binatang, tembakau, garam dan sebagainya.

Apabila ianya semakin berkembang, produk perdagangan telah dipelbagaikan Contohnya, pedagang mula tertarik untuk menginsuranskan kargo mereka, dan tanah di sekitar Wall Street semakin laku kesan daripada aktiviti spekulator.

Namun, salah satu masalah yang dihadapi Wall Street pada ketika itu adalah ianya tidak mempunyai badan selia yang mengawal aktiviti perdagangan.

Pada tahun 1789, Kongres pertama Amerika Syarikat bertemu di Federal Hall, Wall Street; yang juga merupakan tempat George Washington diisytiharkan sebagai presiden. Mereka telah sepakat bagi membenarkan isu $80 juta bon kerajaan untuk menyerap kos perang.

Akibat daripada aktiviti perdagangan yang semakin rancak, ianya telah memberi kesan positif sehingga tertubuhnya bursa pertama Amerika Syarikat, iaitu pada tahun 1790 di Philadelphia.

Dua tahun kemudian, saham bank telah ditambah ke dalam pegangan bon kerajaan apabila Alexander Hamilton merangkap sebagai setiausaha perbendaharaan; telah menubuhkan bank pertama negara tersebut yang digelar Bank of the United States.

Mereka telah menawarkan saham kepada orang ramai. Selepas sekuriti saham diperkenalkan di Wall Street, masalah yang sama wujud iaitu apabila pasaran perdagangan tidak teratur.

Pelabur hanya berpandukan pelaburan daripada perbualan mulut ke mulut dan pengiklanan di dalam surat khabar. Namun, senarai sekuriti saham semakin berkembang dengan lebih banyak, saham bank dan syarikat insurans yang baru semakin banyak dibentuk, dan keperluan untuk pasaran terancang semakin mendesak.

Menjelang awal tahun 1792, Wall Street menikmati Bull Market yang pertama. Pedagang dan peniaga lebih bergiat aktif, kerana galakan positif yang semakin meningkat. Menyimpan sekuriti saham selama yang mungkin dengan melakukan aktiviti OTC (over the counter). Sedikit makluman, pasaran OTC mendapat namanya hasil dari aktiviti tersebut sehinggalah hari ini.

Perusahaan perniagaan semakin meningkat. Apabila mencapai jumlah 100 buah saham bank didagangkan dalam Wall Street, para pengusaha di Wall Street mula merancang untuk menjadualkan lelongan saham dan bond. Ini disebabkan komoditi mula didagangkan di dalam pasaran.

Tidak lama kemudian, para broker saham terkemuka telah menganjurkan lelongan berpusat di 22 Wall Street, di mana sekuriti saham didagangkan setiap hari, pada tengah hari.

This image has an empty alt attribute; its file name is Sejarah-Wall-Street-Bermula-400-Tahun-Yang-Lalu5.jpg

Ini telah mengakibatkan “Stock Exchange Office” terhasil. Ianya membolehkan pelanggan menerima komisen bagi setiap saham dan bon yang dijual, dan demikian juga berlaku terhadap ejen kepada pelanggan atau yang kita kenali hari ini sebagai broker, mereka juga akan mendapat komisen hasil daripada pembelian saham dan bon.

Pada 21 Mac 1792, para pemimpin di Wall Street telah bertemu di Hotel Corre dengan tujuan untuk membincangkan dan menubuhkan pasaran saham, bon dan komoditi dengan lebih baik; bagi kepentingan mereka dan orang ramai. Kemudiannya pada 17 Mei 1972, seramai 24 orang telah bersetuju menandatangani dokumen yang dipanggil sebagai “The Buttonwood Agreement”.

Perjanjian tersebut mempunyai matlamat, untuk sama-sama mempersetujui, perdagangan sekuriti saham, bon dan juga komoditi, yang hanya didagangkan di kalangan mereka sendiri. Selain daripada itu, mereka juga telah bersetuju untuk mengekalkan kadar komisen pada harga tetap dan hanya orang yang mempunyai keahlian NYSE (New York Stock Exchange) sahaja dibenarkan melakukan perdagangan di Wall Street.

24 orang yang telah menandatangani dokumen tersebut adalah ahli asal NYSE atau pemilik broker-broker saham utama di Wall Street pada masa itu.

Sejurus daripada itu, pada tahun 1793, mereka telah berpindah ke barat laut Wall Street iaitu bertempat di Tontine Coffee House, yang pada hari ini dikenali sebagai 40 Wall Street. Kemakmuran telah dicapai, mereka berhijrah ke tempat yang lebih besar dan luas.

Maka pada 8 Mac 1817, tertubuhlah ‘The New York Stock and Exchange Board’ atau pun hari ini lebih dikenali sebagai New York Stock Exchange (NYSE).

Setiap pagi senarai semua saham yang akan dilelong akan dibaca kepada ahli lembaga NYSE, yang di tulis pada papan hitam dan kemudian para pelanggan (ahli NYSE) akan membuat tawaran dan permintaan sambil duduk di kerusi. Hanya ahli yang dibenarkan untuk berdagang dan keistimewaan untuk ditempatkan sebuah kerusi adalah dengan bayaran penyertaan aktiviti lelongan sebanyak $25. 

Bayaran itu kemudian dinaikkan kepada $400.  Sehingga hari ini, seorang ahli NYSE dikatakan mempunyai “kerusi (merujuk kepada keahlian)” walaupun dia tidak pernah duduk semasa melakukan aktiviti perdagangan.

NYSE telah berpindah beberapa kali. Sehinggalah pada tahun 1863, mereka melakukan operasi di lokasi yang sama sehingga ke hari ini. Bangunan yang mereka duduki pada masa itu siap sepenuhnya pada tahun 1903.

Menjelang tahun 1850, pasaran di Wall Street mengalami sedikit kesukaran. Apabila para pelabur telah beralih tumpuan ke California. Ini disebabkan penemuan lombong emas yang berjaya mencuri tumpuan para pelabur.

Saham pembinaan landasan kereta api dan industri perlombongan lebih menarik perhatian pelabur. Lebih menyukarkan lagi pada Wall Street ialah, kekangan masalah perkhidmatan bursa-bursa di Wallstret yang tidak dapat memenuhi kemahuan para pelabur, kerana permintaan jauh lebih tinggi dari penawaran, Ianya menyebabkan elabur dan spekulator melakukan aktiviti pelaburan melalui broker-broker saham yang berkhidmat di tepi jalan.

Rentetan dari masalah ini, terlalu banyak isu yang timbul sehinggakan lembaga teratas di Wall Street menganggap saham yang diniagakan adalah terlalu spekulatif. Ruang pejabat di Wallstreet terlalu sempit, dan menjelang akhir 1870; sudut jalan yang bernama William & Beaver Street telah dipenuhi oleh broker saham yang berniaga saham, sama seperti aktiviti di trading floor.

Setiap hari ianya dibanjiri dengan kehadiran broker-broker saham atau dikenali sebagai ‘broker curbston’ dan pasaran mereka dikenali sebagai The Curb (pasaran saham yang terlalu bising seperti keadaan sebuah pasar).

Kerani bagi broker saham tersebut akan sentiasa memegang telefon, dan di dalam masa yang sama mengambil pesanan permintaan saham dari pelabur. Mereka seterusnya menyampaikan pesanan tersebut kepada broker mereka yang berada di bawah tanah.

Oleh kerana keadaan pasaran spekulatif yang terlalu bising dengan jeritan orang di sana-sini, maka mereka membangunkan bahasa isyarat menggunakan tangan (masih lagi digunakan sehingga hari ini), bagi melancarkan komunikasi di antara kerani saham dan broker tersebut.

Pada tahun 1908, Emanuel S. Mendels Jr iaitu merangkap broker Curbston yang paling terkemuka; telah menubuhkan Curb Market Agency. Ianya bertujuan untuk membangunkan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang. Kemudiannya pada tahun 1911, beliau dan penasihatnya menyusun satu perlembagaan dan membentuk The New York Curb Market Association.

Pada 27 Jun 1921, merupakan kemuncak bagi pasaran The Curb apabila Edward McCormick (pengurus pasaran pada masa itu), telah mencapai kata sepakat untuk membina trading floor yang di panggil sebagai New York Curb Exchange, di Trinity Place.

Sebelum pasaran dibuka, lagu “Star Spangled Banner” akan berkumandang. Dan seterusnya New York Curb Exchange telah ditukar namanya menjadi the American Stock Exchange (AMEX) pada tahun 1953.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.