Sifu Saham Tak Berlesen Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun Dan Didenda Tak Melebihi RM10 Juta

Sejak Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lalu, kita semua terpaksa menghabiskan banyak masa di rumah. Kerja dari rumah, meeting pun dibuat dari rumah, shopping pun kebanyakannya dilakukan secara online saja.

Salah satu hikmah di sebalik PKP ini, semakin ramai yang menggunakan masa di rumah untuk belajar tentang pelaburan saham. Hasilnya, Bursa Malaysia menyaksikan peningkatan transaksi daripada segi volume dan juga nilai yang didagangkan setiap hari.

Semasa PKP mula-mula dilaksanakan, pasaran saham Malaysia dan global merudum. Maka ramai jugalah yang mengalami kerugian pada waktu itu. Namun, pasaran saham mula meningkat naik bermula dari April sehinggalah ke hari ini.

Sempena peningkatan penglibatan orang ramai dalam saham inilah, munculnya ramai sifu-sifu saham yang muncul. Dan majoriti daripada mereka ini tak berlesen atau mempunyai tauliah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Nak Beri Nasihat Pelaburan Perlu Ada Lesen

Seseorang yang ingin memberi nasihat berkenaan pelaburan perlu mempunyai lesen daripada SC.

Ini kerana industri kewangan dan pelaburan di Malaysia dikawalselia oleh kerajaan Malaysia dengan begitu rapi, bagi memastikan kita semua dilindungi daripada perkara yang tak diingini.

Nasihat pelaburan ini termasuklah daripada pelbagai sumber termasuklah laporan penganalisa, media sosial seperti Facebook dan juga laman web.

Tujuan lain adalah untuk membanteras scammers yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Seseorang yang ingin mendapatkan lesen perlu mengikuti kursus dan menjalani ujian yang telah ditetapkan. Maknanya, bukan mudah juga untuk mendapat tauliah daripada pihak SC.

Mereka ini juga akan tertakluk kepada pelbagai peraturan. Jadi tak gunalah SC perkenalkan peraturan sebegini sedangkan mereka yang tidak berlesen pula boleh bebas bertindak sesuka hati.

Kita sebagai pelabur pun pastinya berasa lebih yakin sekiranya kita dengar nasihat daripada mereka yang berlesen ini. Kerana mereka terikat dengan undang-undang.

Kredit: The Edge

Jangan lupa baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.