Teknik Tangkap Pisau (Catching A Falling Knife)

Dalam keadaan pasaran saham yang tidak menentu ketika ini, kejatuhan harga saham yang mendadak pasti akan membuat pelabur mengelakkan diri dari membeli saham. Namun, bagi pelabur yang berani mengambil risiko, terdapat peluang untuk membuat keuntungan di sebalik kejatuhan harga saham.

Ini kerana kejatuhan harga saham secara mendadak bakal menyebabkan harga saham berada pada paras oversold dan berpotensi untuk membuat technical rebound.

Teknik tangkap pisau atau juga dikenali sebagai ‘catching a falling knife’ merupakan satu teknik yang boleh digunakan oleh pelabur sewaktu kejatuhan harga saham yang drastik berlaku. Ungkapan ini merujuk kepada pembelian saham pada ketika ini membawa risiko yang sangat tinggi.

Pelabur yang menggunakan teknik ini biasanya akan membuat belian ketika harga jatuh secara mendadak dengan beranggapan bahawa harga tersebut akan kembali naik. Jika belian dilakukan pada waktu yang betul, pelabur akan dapat membuat keuntungan yang tinggi.

Sebaliknya, jika belian dilakukan pada waktu yang salah, harga saham tersebut berpotensi untuk terus jatuh dan mengakibatkan kerugian pada pelabur.

Teknik ini tidak digalakkan bagi pelabur yang baru kerana ianya berisiko tinggi dan memerlukan pengalaman dalam reaksi pasaran terhadap sentiment. Pelabur boleh mengurangkan risiko dalam teknik ini dengan membeli apabila terdapat reversal signal.

Terdapat tiga perkara yang pelabur boleh lakukan untuk mengesan pergerakan reversal dengan lebih awal bagi harga saham yang telah jatuh secara mendadak.

1. Menggunakan Time Frame Lebih Rendah

Ketika saham berada dalam situasi tekanan jualan, harga saham kebiasaanya akan bergerak dengan laju. Bagi para pelabur yang cuba mengesan pergerakan reversal bagi saham tersebut, pelabur perlu menggunakan time-frame yang lebih rendah seperti 1 jam ataupun 30 minit.

Dengan menggunakan time-frame yang lebih rendah, signal reversal akan dapat dikesan dengan lebih cepat berbanding time-frame yang tinggi.

2. Mengesan Support

Pelabur perlu mengesan beberapa paras support bagi saham tersebut dan berikan perhatian pada paras support yang mempunyai permintaan belian yang tinggi.

Ini kerana harga yang jatuh akan cuba untuk memecahkan paras support dan apabila harga tidak berjaya melepasi paras support, ianya menandakan harga saham bakal membuat reversal akibat terdapat permintaan belian yang tinggi pada harga tersebut.

Moving Average kebiasaannya akan menjadi support yang kukuh jika berlaku tekanan jualan pada harga saham.

3. Menggunakan Relative Strength Index

Relative Strength Index (RSI) merupakan indicator yang dapat memberi signal apabila harga saham berada pada paras oversold ataupun overbought. Ketika berlakunya tekanan jualan pada harga saham, pelabur boleh menggunakan indicator ini bagi mengenalpasti paras oversold.

Kedudukan indicator pada zon oversold menandakan harga berada pada paras terlebih jualan dan pergerakan indicator keluar dari zon oversold pula memberi confirmation reversal pada harga saham.

Melalui teknik ini, pelabur boleh mengambil peluang untuk membuat keuntungan sewaktu harga saham sedang jatuh. Walaubagaimanapun, pelabur perlu sentiasa ingat bahawa setiap teknik mempunyai jumlah risiko yang berlainan.

Pelabur boleh memilih teknik yang mempunyai jumlah risiko bersesuaian dengan objektif pelabur.

Ini Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ilmu Teknikal Analisis: Reversal Bearish Tweezer Top

Kepada pelabur saham, Reversal Candlestick merupakan perkara yang tidak asing lagi untuk mereka gunakan apabila mengkaji dan menganalisis carta sesuatu saham. Antara Reversal Candlestick yang popular adalah seperti:-

  • Bullish/bearish engulfing
  • Morning star/evening star
  • Bullish/bearish harami

Artikel kali ini, kita akan mengulas tentang satu Reversal Candlestick yang jarang didendang. Reversal Candlestick tersebut adalah Tweezer Top dan Tweezer Bottom. 

Reversal Candlestick ini terbentuk daripada dua batang candlestick seperti gambar di atas. Tweezer Top merupakan Bearish Candlestick Pattern manakala Tweezer Bottom merupakan Bullish Candlestick Pattern. 

Bagi Tweezer Top Pattern, candlestick pertama adalah candlestick hijau yang ditutup tinggi pada hari berikut. Candlestick seterusnya dibuka sama tinggi dengan candlestick hijau hari sebelumnya kemudian jatuh lebih rendah berbanding harga pembukaan candlestick hijau pada hari sebelumnya. 

Tweezer Bottom pula merupakan Bullish Candlestick Pattern. Corak candlestick ini terbentuk apabila candlestick pertama berwarna merah panjang dan disusuli dengan candlestick hijau yang dibuka pada harga yang sama dengan harga penutupan hari sebelumnya. 

Untuk artikel kali ini, kita akan melihat contoh carta saham yang ada signal jualan apabila munculnya reversal Tweezer Top.

Tweezer Top Di Carta Time Dotcom

Sumber: TradingView

Jika kita perhatikan carta di atas, harga saham ini mulanya berada dalam bullish dengan kenaikan harga yang terus menerus. 

Apabila munculnya Tweezer Top seperti yang dibulatkan pada carta di atas, harga saham yang sebelumnya naik mula membuat penurunan harga atau pullback

Tweezer Top Di Carta Sedania Innovator

Sumber: TradingView

Sama seperti carta pertama tadi, carta saham Sedania Innovator ini sedang membuat kenaikan harga pada penghujung bulan November 2022, namun selepas munculnya candlestick Tweezer Top ini, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan meneruskan kejatuhan harga pada hari-hari berikutnya. 

Tweezer Top Pada Carta Reservoir Link Energy

Sumber: TradingView

Sama seperti dengan dua carta di atas, harga saham sedang berada di fasa bullish sebelum munculnya reversal Tweezer Top seperti yang dibulatkan di atas. 

Selepas reversal Tweezer Top, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan disambung dengan penurunan harga pada hari-hari berikutnya. 

Kesimpulan Tentang Tweezer Top  Pattern

Tweezer Top dan Tweezer Bottom ini adalah salah satu Reversal Pattern Candlestick yang ada dalam dunia pelaburan saham. 

Kewujudan pattern ini boleh dijadikan signal belian ataupun signal jualan sesuatu saham kepada pedagang saham. 

Signal ini juga tidak semestinya dijamin terjadi kerana pasaran saham ini sangat volatile dan ingat, bahawa “market” ini bukan kita yang punya. Jangan cuba melawan pasaran. 

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda. 

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.