Tahun 2019 kelihatan bermula dengan baik, dengan indeks FBMKLCI mencatatkan kenaikan untuk bulan Januari dan Februari. Namun apakan daya, ianya hanya untuk seketika kerana pasaran saham Malaysia kemudiannya jatuh sehingga menyebabkan Pasaran Saham Malaysia Merupakan Satu-satunya di Asia Yang Jatuh Tahun Ini.
Maka ramailah juga yang rugi besar akibat daripada sentimen pasaran yang tidak berapa nak elok. Tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan April 2019 di bawah:
Semua Dalam Senarai Rugi Besar Adalah Saham Bawah 50 Sen
Sekali lagi perlu ditekankan bahawa saham bawah RM1 berpotensi untuk untung besar, tetapi juga berisiko tinggi untuk rugi besar. Semoga kita semua dijauhkan daripada rugi besar, sebab itulah pentingnya untuk kita mempunyai Trading Plan dan Cut Loss apabila kita tersalah langkah.
Ini bagi membantu kita daripada mengalami kerugian yang lebih besar, kelak nanti menangis di bucu katil pula.
Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan April 2019 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.
Pelaburan dalam tawaran awam permulaan (IPO) sering menjadi peluang menarik bagi pelabur yang ingin memiliki saham syarikat sebelum ia mula disenaraikan di pasaran saham. Dengan platform CGS iTrade, proses memohon IPO kini menjadi lebih mudah, pantas, dan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian.
Artikel ini akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh memohon saham IPO menggunakan akaun CGS iTrade. Daripada pembukaan akaun hingga ke proses menerima saham selepas penyenaraian.
Persediaan Penting Sebelum Memohon IPO
Sebelum anda memulakan permohonan IPO melalui CGS iTrade, pastikan beberapa perkara asas ini telah disediakan:
1. Akaun CDS dan Akaun Trading Aktif
Untuk membeli saham IPO, anda perlu mempunyai akaun CDS (Central Depository System) dan akaun trading dengan CGS International Securities Malaysia (CGS iTrade). Akaun CDS berfungsi sebagai tempat penyimpanan saham anda selepas disenaraikan.
2. Dana Mencukupi
Pastikan akaun trading anda mempunyai baki yang mencukupi untuk menampung jumlah permohonan saham. Sebagai contoh, jika anda mohon 10,000 unit saham pada harga RM0.50 seunit, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM5,000 (tidak termasuk caj lain).
3. Fahami Maklumat IPO
Baca prospektus IPO yang disediakan. Anda boleh semak:
Harga tawaran IPO
Tarikh tutup permohonan
Tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia
Kategori permohonan (runcit atau institusi)
Risiko dan potensi pelaburan
4. Pastikan Maklumat Akaun Tepat
Jika anda belum mengemaskini maklumat e-invoicing atau butiran akaun, hubungi remisier atau cawangan CGS terdekat.
Masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda. Pastikan akaun anda aktif dan tiada isu keselamatan atau penggantungan sementara.
Langkah 3: Pilih Saham IPO
Klik pada nama syarikat yang ingin anda mohon. Paparan ringkasan akan menunjukkan:
Harga IPO
Tarikh tutup permohonan
Tarikh jangkaan penyenaraian
Dokumen prospektus
Langkah 4: Semak Maklumat IPO
Di sini anda boleh menyemak maklumat IPO dengan lebih terperinci. Setelah semua maklumat telah di semak, klik Continue untuk meneruskan pembelian IPO.
Langkah 5: Baca Terma Dan Syarat
Baca terma dan syarat di ruangan ini, pastikan anda faham terma dan syarat yang disediakan. Setelah habis, tanda pada kotak kecil dan klik Yes jika setuju.
Langkah 6: Baca Prospektus IPO
Baca dan semak prospektus dengan teliti. Setelah faham dan bersetuju, anda boleh klik Continue untuk meneruskan langkah seterusnya.
Langkah 7: Baca Terma Dan Syarat Selanjutnya
Anda akan dibawa ke laman terma dan syarat seterusnya. Baca sehingga habis, kemudian tanda klik Accept.
Langkah 8: Isi Butiran Permohonan
Isi borang permohonan dengan lengkap:
Bilangan unit saham yang ingin dibeli
Pillih bank
Isi nombor akaun untuk pembayaran
Semak semua maklumat sebelum meneruskan ke langkah seterusnya. Kemudian klik Submit.
Langkah 9: Masuk Trading Pin
Setelah selesai, masukkan Trading Pin anda kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembelian.
Langkah 10: Semak Status Permohonan
Apabila anda klik Confirm, itu menandakan permohonan IPO anda telah berjaya dihantar. Untuk menyemak status permohonan, anda boleh klik pada Application Status.
Selepas tarikh tutup permohonan, pihak penaja dan Bursa Malaysia akan mengumumkan keputusan peruntukan saham. Sekiranya anda berjaya, saham akan dikreditkan terus ke akaun CDS anda.
Jika permohonan anda tidak berjaya, bayaran akan dipulangkan (refund) ke akaun bank atau akaun trading anda mengikut kaedah yang ditetapkan.
Tip & Panduan Tambahan
Mohon awal sebelum tarikh tutup. Elak gangguan teknikal di saat akhir.
Periksa baki dana sebelum mohon supaya permohonan tidak ditolak.
Baca prospektus sepenuhnya untuk memahami risiko dan strategi syarikat.
Jangan mohon secara berganda menggunakan akaun berlainan, ia boleh menyebabkan pembatalan.
Gunakan akaun bank yang sah untuk refund, jika permohonan tidak berjaya.
Kesimpulannya, proses memohon saham IPO melalui CGS iTrade kini sangat mudah dan mesra pengguna. Dengan hanya beberapa langkah seperti log masuk, pilih IPO, isi permohonan, dan tunggu keputusan, pelabur boleh mengambil peluang untuk memiliki saham syarikat berpotensi tinggi seawal sebelum ia disenaraikan.
Sama ada anda pelabur baru atau berpengalaman, memahami langkah ini membolehkan anda bergerak lebih yakin dalam dunia pelaburan IPO yang semakin berkembang di Malaysia.