Perbezaan Waran dan Options Trading (Global)

Ramai yang masih keliru nampaknya dengan beberapa istilah dan terma yang ada dalam pelaburan saham. Dan terbaru, ada yang kurang faham berkenaan dengan Waran dan Options Trading – sehingga ada yang merasakan kedua-duanya adalah benda yang sama.

Apa persamaan mereka berdua? Kedua-duanya adalah instrumen derivatif; kontrak kewangan yang digunakan sebagai alat untuk melindung nilai dan macam roti Gardenia, ada expiry date.

Waran (Malaysia)

Waran adalah salah satu instrumen pelaburan yang sah dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui Bursa Malaysia.

Pemegang waran tidak layak terima sebarang DIVIDEN, BONUS yang syarikat akan berikan dan tidak layak mengundi bagi sesi mesyuarat agung tahunan syarikat.

Waran terbahagi kepada dua:

1. Waran Syarikat

  • Diterbitkan oleh syarikat dengan tujuan untuk mendapatkan modal tambahan kepada syarikat (konsep macam IPO).
  • Selalunya mempunyai tempoh matang yang panjang iaitu sehingga 10 tahun.
  • Selepas tempoh matang, pelabur ada pilihan untuk tukar kepada saham induk (mother share)

Jika ‘emak’ waran patuh Syariah, biasanya ‘anak’ waran juga patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada WA, WB, WC, WD.

Contoh: SERBADK-WA

Serba Dinamik (SERBADK) baru-baru ini bagi waran percuma kepada pemegang saham mereka. Maka waran yang dikeluarkan oleh SERBADK akan menjadi SERBADK-WA, WB, WC dan seterusnya. A, B, dan C menunjukkan waran keberapa yang dikeluarkan oleh SERBADK.

Seperti contoh di atas, SERBADK-WA berharga RM0.185 sen. Jadi minimum pembelian 1 lot bersamaan 100 unit = RM18.50. Esok harga waran naik 1 sen jadi RM0.195 sen, kita pun untung dalam 5.4%

Berbanding dengan mother share SERBADK yang berharga RM1.55 seunit, nak beli 1 lot = RM155. Esok harga naik 1 sen jadi RM1.56, kita pun untung dalam 0.6%

2. Waran Berstruktur (Opsyen Beli)

  • Diterbitkan oleh broker/institusi kewangan (3rd party) bagi saham yang tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.

    Contoh berita :
    1) Maybank IB issues 8 new call warrants
    2) Kenanga’s first ‘put’ warrant
  • Berbeza dengan waran syarikat, waran berstruktur ni bukan tujuan untuk mendapatkan modal tambahan kepada syarikat. Broker/institusi kewangan terbit benda ni sebab nak beri alternatif untuk pelabur jual beli.
  • Kebiasaannya akan matang dalam jangka masa lebih pendek iaitu kurang dari setahun.
  • Tiada underlying shares. Selepas tempoh matang, pelabur tidak boleh tukar kepada saham induk (mother share)

Walaupun ‘emak’ waran patuh Syariah, ‘anak’ waran tidak patuh Syariah. Kalau ‘emak’ waran tak patuh Syariah, sah-sah ‘anak’ waran pun tidak patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada C diikuti dengan nombor.

Contoh: SERBADK-C1, SERBADK C-2, SERBADK C-3

SERBADK-C1 berharga RM0.025 sen. Jadi minimum pembelian 1 lot bersamaan 100 unit = RM2.50. Esok harga waran naik 1 sen jadi RM0.035 sen, kita pun untung dalam 40.0%

Options Trading (Global)

Kalau orang tu sebut dia ‘main’ option, itu maksudnya Options Trading. Kalau nak tahu Waran juga ada di pasaran saham global, cuma tak berapa popular.

Options dekat U.S ni mirip-mirip macam Waran Berstruktur (3rd party) dekat Malaysia.

Options diterbitkan dan dikawal selia oleh Options Clearing Corporation (OCC).

Bukan syarikat yang terbitkan Options ni. Options yang diterbitkan oleh syarikat dipanggil waran. (Rujuk gambar balasan emel dari TD Ameritrade di bawah)

Contohnya Facebook Options tu bukan diterbitkan oleh Facebook.

All option contracts traded on U.S. securities exchanges are issued, guaranteed and cleared by The Options Clearing Corporation (OCC) – Sumber : CBOE

The Options Clearing Corporation (OCC) is an organization that acts as both the issuer and guarantor for options and futures contracts. The OCC operates under the jurisdiction of the U.S. Securities and Exchange Commission (SEC) and the Commodities Futures Trading Commission (CFTC). Under its SEC jurisdiction, the OCC clears transactions for put and call options, stock indexes, foreign currencies, interest rate composites, and single-stock futures. – Sumber : Investopedia

Lepas tu dia akan masuk ke pasaran / exchange seperti U.S Chicago Board Options Exchange (CBOE). (It’s basically the New York Stock Exchange of options)

Exhchange yang lain adalah seperti:
#2 – Boston Options Exchange
#3 – Montreal Stock Exchange
#4 – Eurex Exchange
#5 – NYSE Arca
#6 – International Securities Exchange (ISE)

Maka fahamlah kita bahawa Options bukan diterbitkan oleh syarikat induk tetapi pihak ketiga. Kemudian broker-broker seperti Saxo Bank, TD Ameritrade, Interactive Brokers dan lain-lain tu adalah tukang jual.

Options ni bermaksud kita diberi hak sama ada nak beli atau jual pada harga yang ditetapkan sebelum tarikh luput. Ia membolehkan kita mengambil keuntungan daripada kenaikan harga dengan risiko terhad, dan kos lebih rendah daripada membeli saham induk.

Contoh: Kita beli satu option saham Intel ’25 call’ dengan harga saham semasa $25, dan kita bayar $1. Kemudiannya saham Intel tersebut naik jadi $28, jadi option kita dah untung sekurang-kurangnya $2 dalam nilai, memberikan kita keuntungan 200%, berbanding kenaikan 12% jika kita beli saham Intel tadi.

Contoh Mudah Faham:

  • Kita baru beli Kereta Honda bernilai $100,000
  • Nak bawa kereta tersebut kena ada Insurans untuk melindungi risiko kereta
    vs
  • Kita baru beli 1,000 Saham Apple pada harga $100 seunit yang bernilai $100,000
  • Kita boleh beli Put Option, untuk melindungi risiko tadi

Put Option di sini bermaksud kita beli untuk ‘melindungi risiko’ pembelian saham tersebut.

Senario#1 Put Option

  • Kita beli 100 Saham Apple pada harga $100 seunit yang bernilai $10,000
  • Kita beli Put Option berharga $50, untuk melindungi risiko saham
  • Saham Apple naik menjadi $107 seunit, kita untung $700
  • Tolak kos Put Option berharga $50, jumlah keuntungan menjadi $650

Senario#2 Put Option

  • Kita beli 100 Saham Apple pada harga $100 seunit yang bernilai $10,000
  • Kita beli Put Option berharga $50, untuk melindungi risiko saham
  • Saham Apple turun menjadi $93 seunit, kita rugi $700
  • Disebabkan kita ambil Put Option, kita boleh jual semula saham Apple pada harga $100, jumlah kerugian menjadi $50

Options Trading di sini bermaksud kita tak beli pun saham yang didagangkan di pasaran saham, sebaliknya kita beli ‘risiko’ tersebut.

Options Trading di pasaran global buat masa ini tidak patuh Syariah ya, boleh ikuti penjelasan Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam video di bawah.

Kalau ikut Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman memang terus kata ianya tak syariah tetapi ulasan Datuk Dr Mohd Daud Bakar lebih halus.

Ramai kata “Tu Facebook Options, mother share dia kan ke patuh syariah..?” Memang betul mother share dia patuh syariah tetapi siapa yang terbitkan Options tu? Facebook Inc kah?

Dan berikut merupakan jawapan daripada pihak Saxo Bank dan TD Ameritrade, broker global yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

Miliki Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam Combo webinar + video + ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

Previous ArticleNext Article

4 Comments

  1. Kita beli option / risiko / kontrak maksudnya jadi milik kita betul?
    Jadi kat mana yg tak syariahnya bila kita dah akad utk beli kontrak dari penjual dgn harga sekian2?
    Mohon pencerahan tuan.

    1. Options ni instrumen antrabangsa. Ulamak Fiqh sedunia buat masa ini berpendapat Options tidak dianggap sebagai harta.

    2. milik ape tuan, boleh tuan jelaskan ape yang tuan milik jika tuan beli options/risk/kontrak?

      1. salam

        maaf kalau saya kurang arif. ada kawan saya dia beli option US, lepas tu dia exercise jadi stock. sama macam waran di malaysia boleh tukar jadi stock sebelum tamat tempoh.

        kalau kes macam ni kira patuh shariah ke tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kini Anda Boleh Melabur Saham-Saham di Indonesia Terus Dari Malaysia

Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.

Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.

1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade

Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX).
Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.

Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.

2. Akaun & Dokumen Diperlukan

Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia.
Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian.
Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.

3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX

Kadar brokerage online:

  • Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
  • Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
  • Brokerage minimum: IDR185,000

Kadar brokerage offline:

  • Semua nilai kontrak → 0.70%
  • Brokerage minimum: IDR200,000

4. Caj Tambahan Lain

Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:

Jenis CajKadar / Amaun
Bank ChargesRM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy0.0433%
Value Added Tax (VAT)0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)0.1%

5. Dividen Saham Indonesia

Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee.
Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10. Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.

6. Status Saham Patuh Syariah

Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade. Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.

7. Data Pasaran IDX

Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit. Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.

8. Deposit Minimum

Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX. Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil.

9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang

Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:

  • MYR, atau
  • IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.

Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.

Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR.
Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.

10. Tempoh Penyelesaian Urusniaga (Settlement)

Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.

Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)

Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk pelbagaikan portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:

1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN

Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.

2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar

Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.

3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti

IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Telkom Indonesia, Unilever Indonesia dan Pertamina Geothermal Energy.

4. Diversifikasi Portfolio

Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.

5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal

Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik. Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.