Sub Topik
Sudah menjadi lumrah kehidupan, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. Tapi wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini benar-benar telah merubah landskap kehidupan kita semua.
Setahun yang lalu, tak ramai yang pernah dengar mengenai aplikasi Zoom ini. Dalam kategori video conferencing, lebih ramai menggunakan aplikasi oleh Microsoft iaitu Skype, Google dengan Hangout dan juga Cisco dengan WebEx.
Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown yang telah diadakan di kebanyakan negara, maka ramai yang terpaksa bekerja dari rumah. Maka untuk sesebuah syarikat berjalan dengan lancar, terpaksalah kita mengadakan mesyuarat secara alam maya.
Tengok saja peningkatan bilangan pengguna Zoom ini. Setakat Disember 2019, hanya 10 juta mesyuarat yang dijalankan setiap hari menggunakan aplikasi Zoom ini.
Menjelang Mac 2020, bilangan mesyuarat yang diadakan telah meningkat menjadi 200 juta sehari. Pada bulan April 2020 pula ia meningkat lagi menjadi 300 juta mesyuarat setiap hari menggunakan Zoom.
Inilah norma baharu yang terpaksa kita tempuhi bersama, maka bilangan pengguna dan bilangan mesyuarat juga dijangka meningkat; selagi tiada vaksin bagi Covid-19 berjaya ditemui.
Baca: Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan
Industri Penerbangan Pula Merudum
Sebaliknya pula yang berlaku kepada industri penerbangan. Apabila ramai orang terkurung di dalam rumah, maka tiada lagi permintaan terhadap penerbangan.
Walaupun harga minyak dunia sekarang tengah rendah, tapi kita nak pergi mana?
Kapal terbang semua terkandas di lapangan terbang, juruterbang pula tiada pesawat untuk dibawa, begitu juga halnya dengan pramugari dan semua yang terlibat dalam industri penerbangan ini.
Ada yang terpaksa diberhentikan, ada yang terpaksa dipotong gaji, ada juga yang terpaksa bercuti tanpa gaji. Amat seram sekali!
Baca: Malaysia Airlines Dan AirAsia Bakal Bergabung?
Zoom Kini Lebih Bernilai Dari 7 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia
Permintaan terhadap aplikasi Zoom meningkat, pengguna meningkat, bilangan mesyuarat yang diadakan sehari juga meningkat. Pendapatan syarikat meningkat, keuntungan syarikat meningkat, harga saham syarikat meningkat, market cap syarikat juga meningkat.
Sebaliknya, permintaan terhadap industri penerbangan merudum, bilangan pengguna merudum, bilangan penerbangan juga merudum. Ini menyebabkan pendapatan syarikat penerbangan merudum, keuntungan bertukar menjadi kerugian, harga saham syarikat merudum, market cap syarikat juga menurun.
Sumber Rujukan: Visual Capitalist
Baca juga 4 Kelebihan Trade Saham Global Dengan Akaun Islamik Daripada CGS-CIMB Securities