9 Pengasas Syarikat Teknologi Bawah 35 Tahun Yang Bergelar Jutawan

Menjadi seorang usahawan pada usia muda pasti menjadi impian semua orang bukan? Tetapi bukan mudah untuk menuju ke arah status jutawan, namun ia juga bukan mustahil. Sebagai contoh, Mark Zuckerberg sendiri menjadi usahawan sewal usia 23 tahun!

Kini semakin ramai golongan muda menjadi multi-jutawan dengan produk internet. Berikut merupakan 9 orang tech founder yang menjadi jutawan pada usia yang muda.

1. Pavel Durov (Rusia)

Sumber gambar : www.fortune.com

Adakah anda mempunyai aplikasi Telegram? Kalau anda nak tahu, jejaka kelahiran Rusia inilah pemilik kepada rangkaian app Telegram. Pada usia belum usia belum pun menjangkau 30 tahun, beliau telah digelar sebagai Mark Zuckerberg Rusia kerana memperkenalkan laman sosial VK di negaranya.

2. Patrick dan John Collison (Ireland)

Sumber gambar : www.fortune.com

Pasangan adik beradik ini telah memperkenalkan perisian yang diberi nama Stripe pada tahun 2010. Stripe ini fungsinya seperti Paypal. Ia memudahkan sebarang transaksi kewangan melalui internet. Mereka turut digelar “Mark Zuckerberg Ireland”.

Pada usia 28 tahun, syarikat mereka ini telah pun bernilai berbillion dolar!

3. Quek Siu Rui (Singapura)

Sumber gambar : www.epochtimes.today

Anda penah dengar nama Quek Siu Rui? Kalau anda nak tahu, lelaki inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan aplikasi Carousell, salah satu aplikasi yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Melalui aplikasi ini anda boleh menjual ataupun membeli pelbagai jenis barangan preloved dengan lebih mudah.

Lelaki yang baru berumur 30 tahun ini sanggup berhenti belajar semata-mata untuk membangunkan aplikasi ini.

4. Yoshikazu Tanaka (Japan)

Pada usia 26 tahun, Tanaka telah memperkenalkan rangkaian sosial yang diberi nama SNS Gree. Pada tahun 2010, beliau telah menjadi pemilik syarikat termuda yang berjaya meletakkan syarikatnya di Tokyo Stock Exchange.

Pada waktu itu, usianya baru sahaja menjangkau 33 tahun, dan kini aset beliau dianggarkan bernilai sekitar $1.7 bilion Dolar.

5. Michael Litt (Kanada)

Sumber gambar : www.fortune.com

Semuanya bermula pada tahun 2010 untuk projek tahun akhir pengajian Litt di University of Waterloo. Beliau telah mengasaskan Vidyard, Ia meupakan satu platform kepada para peniaga untuk memperkembangkan perniagaan mereka melalui penggunaan video.

Anggaran kekayaan beliau adalah sekitar $26 juta!

6. Daniel Ek (Sweden)

Daniel Ek merupakan pengasas aplikasi Spotify. Kalau anda hendak tahu, Spotify bukanlah syarikat pertama yang ditubuhkan oleh lelaki ini. Sebelum ini beliau telah menjual syarikatnya kepada TradeDoubler dan juga eBay.

Sewaktu berusia 33 tahun, beliau dianggarkan telah memilik kekayaan sebanyak $400 juta!

7. Gustavo Caeno (Brazil)

Pada tahun 2004 lelaki asal Brazil ini telah menukarkan syarikat mobile-game-distribution kepada Samba Tech. Perubahan yang dilakukan ini telah memberi impak yang besar kepada lelaki 30-an itu. Kini syarikat tersebut menjadi platform video online terbesar di Amerika Latin.

8. Mubarak Muyika (Kenya)

Muyika merupakan seorang remaja yang sangat berbakat dalam bidang teknologi dan juga perniagaan. Seawal usia 16 tahun, beliau telah berjaya mendapat bayaran 6 angka hasil penjualan syarikatnya Hypecentury Technologies.

Kini beliau merupakan CEO bagi syarikat software Zagace

9. Deepak Ravindran (India)

Pada tahun 2008, lelaki ini mengambil keputusan berani berhenti daripada universiti. Beliau dan 3 lagi rakan telah menubuhkan Innoz, sebuah syarikat yang membantu rakyat India menggunakan carian Google dan juga Wikipedia melalui pesanan ringkas.

Disebabkan liputan internet di sana kurang meluas, teknologi yang mereka tawarkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Jadi, siapa kata anak muda tak boleh bergelar multi-jutawan?

Sumber Rujukan: Business Insider

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.