GST Sifar Bermula 1 Jun 2018

Baru-baru ini Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Siaran Media bagi mengesahkan bahawa Pengenaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan Pada Kadar Sifar seperti berikut:

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Ini selari dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji untuk menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Ini bermakna komponen GST masih kekal, cuma kalau dulu kita dikenakan GST sebanyak 6% dan ada barang yang 0%, kini semuanya menjadi 0%. Peniaga masih perlu mengeluarkan Inbois Cukai atau Tax Invoice, perlu menghantar penyata cukai mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.

Kami ada membincangkannya secara lebih mendalam dalam Persediaan Peniaga Apabila GST Dimansuhkan.

Peniaga, Pengguna Dan Penguatkuasa Perlu Mainkan Peranan

Wahai peniaga-peniaga sekalian, pastikan barangan yang dijual tanpa GST itu harganya turun. Kalau sebelum ni dijual pada harga RM5.30, turunkan jadi RM5.00.

Wahai pengguna-pengguna sekalian, pastikan barangan yang dijual turun harganya apabila GST menjadi sifar bermula 1 Jun. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk melaporkan kepada pihak berkuasa, sekiranya kita mendapati harga barang masih di paras lama. Jangan sibuk komplen di media sosial saja.

Wahai pengkuatkuasa-penguatkuasa sekalian, jalankan tanggungjawab anda untuk menyiasat aduan yang diterima dan mengambil tindakan yang sepatutnya, jika benar didapati berlakunya kesalahan.

Bersama-sama kita bekerjasama bagi memastikan harga barang turun, selari dengan perlaksanaan GST sifar agar dapat mengurangkan kos sara hidup seluruh rakyat Malaysia.

Diharap selepas ini simpanan bulanan rakyat pula akan naik 6%!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CKHT: Transaksi Pertukaran Pemilikan Hartanah Perlu Dilapor Kepada Hasil

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Kedua-dua pihak yang melaksanakan sebarang transaksi melibatkan pertukaran pemilikan hartanah di Malaysia perlu melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASIL) dalam tempoh 60 hari dari tarikh transaksi bagi tujuan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).


Ketua Penolong Pengarah Jabatan Operasi Setem & Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)) HASIL Azman Muhammad berkata sebagai contoh, transaksi jual beli, pindah hak, pindah milik dan serah hak hartanah perlu dilakukan menerusi portal MyTax.


“Tanggungjawab pelupus (penjual) dan pemeroleh (pembeli) untuk melaporkan pelupusan dan pemerolehan aset kepada HASIL… ada juga yang lapor tetapi lewat, kalau lewat (lapor) akan dikenakan penalti lewat di bawah Seksyen 29 (3) Akta CKHT.

“Tindakan pendakwaan pula boleh diambil bagi yang gagal menghantar Borang Nyata CKHT, denda tidak melebihi RM5,000 dan boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika menjadi tetamu Bernama Radio untuk program Klinik Cukai bertajuk Pelajari Ilmu CKHT, hari ini.


Azman berkata antara tujuan pewujudan CKHT adalah untuk membantu tingkatkan hasil negara, mendidik masyarakat tentang tanggungjawab percukaian dan mengawal spekulasi dalam pasaran hartanah.

“CKHT ini cukai yang dikenakan kepada keuntungan modal, keuntungan modal sepatutnya tak kena cukai tetapi dalam kes ini tak patut dikecualikan sebab bernilai tinggi dan aktiviti spekulasi yang memang tinggi.

… rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan rumah kediaman ini terpaksa membeli dengan harga yang mahal oleh kerana aktiviti spekulasi yang ada dalam transaksi (penjualan) hartanah. Justeru, kerajaan berpandangan kita perlu stabilkan pasaran hartanah di Malaysia untuk membantu rakyat (menerusi CKHT),” katanya.


Azman berkata kadar CKHT dikira berdasarkan tempoh pegangan hartanah dan kadar cukai akan berkurang mengikut tempoh pegangan hartanah itu, bergantung kepada kategori pelupus.


Sebagai contoh, beliau berkata individu yang menjual hartanah dalam tempoh tiga tahun pertama akan dikenakan kadar cukai yang agak tinggi, iaitu 30 peratus, diikuti penjualan pada tahun keempat (20 peratus), manakala bagi tahun kelima (15 peratus).


Bagi tahun keenam dan seterusnya, individu yang menjual hartanah tidak lagi dikenakan cukai.


Beliau berkata perincian kadar CKHT untuk lain-lain kategori termasuk individu, syarikat dan warga asing boleh disemak menerusi laman rasmi HASIL di www.hasil.gov.my.


— BERNAMA