Zero Rate GST : Impak Kepada Ekonomi Negara

Mesti seronok kan apabila pengumuman GST Sifar Bermula 1 Jun 2018? Harga barang dijangka turun, kerana tiada lagi 6% GST untuk semua barang lepas ni.

Malah kami juga menerbitkan artikel bertajuk GST Sifar, Apa Kesannya Kepada Pasaran Saham? Kita dapat lihat bagaimana saham-saham dalam industri Makanan & Minuman (F&B), Telur Ayam, Pakaian dan Kedai; naik ekoran daripada pengumuman 0% GST.

Ini semua kerana kita dilihat akan mempunyai duit lebih untuk dibelanjakan, maka sektor konsumer akan meningkat.

Tetapi apa pula kesannya kepada ekonomi negara? Jom kita tengok kupasan Tuan Hisemudin Kasim, seorang CIkgu Matematik.

GST Menyumbang 23% Kepada Perbendaharaan Negara

Jika dimansuhkan GST, dari mana nak dapat duit bagi negara. Kini GST menyumbang 23% atau RM40 bilion kepada perbendaharaan negara.

Jika dikembalikan SST, ia akan trouble dengan sistem yang dah establish dengan GST. Sistem computer & software kena tukar, sistem percukaian kena tukar. Pelaksanaan kena ubah dan macam-macam lagi.

Saya PERCAYA, GST tidak akan dihapuskan. TETAPI kerajaan PH akan melakukan “zero rate” GST. Bermakna tak ada cukai GST tetapi masih menggunakan kaedah sedia ada.

Telahan saya 100% TEPAT. Kerajaan mengumumkan bermula 1hb Jun 2018 tiada lagi kutipan cukai 6%, tetapi masih menggunakan sistem GST sedia ada tetapi kadar diubah kepada 0%.

Sebelum pengumuman oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir itu, satu ulasan oleh Tan Sri Zeti Aziz yang merupakan ahli Majis Penasihat Kerajaan telah menyatakan yang pemansuhan GST mungkin akan mengambil masa lebih daripada 100 hari untuk dihapuskan.

Pada pandangan saya, ada dua senario.

Pertama, pengumuman 0% oleh Perdana Menteri adalah bersifat POPULIS bagi membuktikan kerajaan mengotakan janjinya semasa kempen PRU 14 dahulu. Ia harus dipandang dari sudut POLITIK.

Jika tidak dikotakan janji, ia akan mengundang kemarahan rakyat. Kerana isu GST yang menjadi senjata ampuh bagi PH utk memenangi PRU 14 yg lalu.

Kedua, kenyataan oleh Tan Sri Zeti Aziz adalah dari sudut KEWANGAN DAN EKONOMI negara. Beliau memahami bahawa pertukaran sistem pungutan cukai secara mendadak akan lebih memburuk pelaksanaannya.

Maka, satu “transition period” haruslah diberi bagi mengkaji secara makro terhadap sistem percukaian ini. Maka sebab itulah ia mengambil masa yang agak lama utk diubah sama ada untuk mengekalkan sistem GST tetapi dengan mengubah kadar, ataupun mengkaji untuk kembali ke sistem lama SST.

Berdasarkan DUA senario itu, maka saya ingin mengulas pula apakah impak terhadap dasar percukaian barang dan perkhidmatan untuk jangka panjang.

Biasanya sesuatu dasar atau keputusan berbentuk POPULIS adalah bersifat SEMENTARA. Ia tidak akan kekal lama dan jika digunakan terlalu lama, ia akan mengundang masalah yang lain pula. Kerana ia sebenarnya adalah satu “arus yang bertentangan dengan norma”.

Mengapa dikatakan begitu ?

Terdapat dua faktor, dalaman dan luaran.

Dengan 0% GST, ia akan memenuhi “emosi” rakyat. Kerana dikatakan sistem kutipan 6% GST membuatkan rakyat terbeban dengan kos sara hidup. Ia kekal sebagai KEMENANGAN politik.

Kerana faktor ini adalah dari sudut ekonomi mikro. Apa pulak terma “ekonomi mikro ni”. Rakyat tak faham bahasa ekonomi. Ok lah, dalam bahasa yang mudah, ekonomi mikro ialah duit yang keluar masuk dari poket rakyat. Saya tidak mahu menerangkan definisi yang lebih “memeningkan” rakyat.

Dengan 0% GST, mungkin akan “kembong” poket rakyat kerana dah tak perlu bayar GST.

Apa akan jadi dengan ekonomi makro ? Abendanya pulak tu “ekonomi makro” ? Senang je nak cakap, secara ringkasnya, ekonomi makro ialah duit yang keluar masuk dalam sesebuah negara. Ia meliputi semua jenis perkhidmatan, pembangunan, perbankan dan segala aktiviti negara. Jadi ia adalah secara menyeluruh.

Ekonomi mikro dah selesai, poket rakyat tak bolos lagi dek GST. Tetapi ekonomi makro akan menghadapi MASALAH.

Kini kutipan GST menyumbang sekitar 23% kepada perbendaharaan negara atau lebih kurang RM40 bilion setahun.

Sumbangan ini adalah yang tertinggi utk negara, kerana cukai pendapatan individi dan cukai korporat telah diturun sedikit demi sedikit. Malah hanya sekitar 2 juta daripada 30 juta rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan.

Pendapatan kedua negara ialah melalui sektor minyak dan gas yang menyumbang sekitar 13% utk negara. Itupun jika harga minyak masih tinggi, apa akan terjadi jika harga minyak mentah dunia jatuh mendadak. Dari mana nak cakau wang lagi ?

Dengan 0% GST bermakna kerajaan KEHILANGAN hasil negara sebanyak RM40 bilion setahun.

Hasil Kutipan GST Masuk Ke Consolidated Account Kementerian Kewangan

Ramai yang bertanya, ke mana perginya wang hasil GST tu ? Sebenarnya semua wang yang dikutip dari GST, cukai invididu & korporat, cukai eksais, denda, penjualan harta-harta kerajaan telah dimasukkan ke akaun yang disatukan atau consolidated account di Kementerian Kewangan.

Daripada akaun inilah bajet dibentang setiap tahun mengikut sasaran dan ia perlu disahkan melalui sidang Dewan Rakyat.

Daripada infor yang diumumkan melalui media bahawa amoun hasil kutipan GST dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan sosial, pembangunan, pendidikan, gaji kakitangan awam dan pesara serta lain-lain lagi.

Yang tipikal ialah semua orang sama ada miskin atau kaya membayar cukai GST, tetapi hanya mereka yang layak menerima BR1M saja yang dapat wang hasil GST. Dikatakan wang BR1M adalah sekitar RM7 bilion setahun.

Apakah selepas ini kita akan dapat BR1M lagi serta wang kad siswa ?

Apakah selepas ini kita masih lagi cuma membayar RM1 untuk perkhidmatan di klinik kerajaan ?

Apakah gaji kakitangan kerajaan dan pesara akan menikmati kenaikan dan elaun seperti sekarang?

Apakah selepas ini sekolah dan universiti serta kolej akan mendapat peruntukan yang lebih untuk pendidikan nasional ?

Apa pulak akan jadi dengan PTPTN setelah dasar baru kerajaan mengatakan peminjam hanya mula membayar pinjaman setelah gaji mencecah RM4000 sebulan. Dari mana PTPTN nak cari wang pusingan nanti dan peruntukan hasil GST juga tidak dapat disalurkan sebagai suntikan dana PTPTN ?

Kita tidak boleh mengharapkan hasil cukai komoditi terutamanya minyak dan gas serta minyak sawit untuk keperluan yang tersebut. Kerana cukai-cukai ini akan diperuntukan utk pembangunan infra rakyat dan lain-lain keperluan seperti pembinaan jalan raya, bangunan kerajaan dan sebagainya.

Rezab Negara Sebanyak RM443 Bilion

Apakah nanti, kekurangan wang dari hasil GST ini akan ditampung dari rezab negara ? Kini rezab BNM adalah sekitar RM443 bilion. Woow memang banyak tu. Kerajaan PH mewarisi kekayaan negara yang dikatakan nak muflis dahulu.

Selama mana kita nak gunakan rezab BNM untuk menampung kekurangan ini ? Kita mendengar saranan kerajaan PH bahawa mereka akan mengecilkan perkhidmatan awam dan menswastakan sesetengah ajensi.

Namun berapakah penjimatan ini dapat dilakukan berbanding kehilangan hasil cukai yang banyak ?

Kita harus faham dari sudut kewangan, dengan rezab BNM yang tinggi ia mampu untuk menjadi “penampan” terhadap serangan manipulasi nilai Ringgit dan krisis kewangan, jika ianya berlaku.

Ia juga menjadi penanda aras terhadap nilai Ringgit pada kacamata pelabur untuk pasaran tukaran wang asing. Dengan rezab BNM juga digunakan untuk menstabilkan nilai Ringgit di pasaran.

Agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s, Standard & Poor dan Fitch akan menilai status kewangan negara. Jika diturunkan penarafan ini, ia akan menjejaskan faedah bank, kadar pinjaman antara bank, bon dan sebagainya.

Mungkin akan mengakibatkan inflasi pula.

Selain daripada itu, kerajaan dijangka akan mengekalkan sistem GST. Tidak akan menukar kembali kepada sistem SST.

Kerana ia akan menjadi bahan “ketawa” oleh pihak luar dan seterusnya oleh agensi penarafan. Kerana kini terdapat lebih daripada 160 buah negara yang mengamalkan sistem GST.

Apakah Malaysia akan berpatah balik mengamalkan sistem SST yang dimansuhkan pada tahun 2015 dahulu. Sedangkan sistem GST sudah “on track” dan lengkap.

Apakah muslihat di sebalik pengisytiharan 0% GST dan mengekalkan sistem GST seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Pada pandangan saya, cukai GST akan dinaikkan kembali selepas ini. Mungkin selepas 6 bulan atau setahun lagi.

Jadi apakah “Tipah tertipu” dengan slogan NO GST.

Ditulis oleh :

Hisemudin Kasim
11:20 pagi, 17/5/2018
BSP, Selangor.

Sumber: FB Hisemudin Kasim

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend