Bagaimana Kadar Sifar GST Memberi Kesan Kepada Peniaga?

Saya pasti kita semua menunggu-nunggu saat 1 Jun 2018, apabila negara kita akan menetapkan kadar sifar GST sepertimana yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Namun begitu, bagaimana pula dengan nasib peniaga? Apakah cabaran yang bakal dihadapi?

Untuk itu, kami berterima kasih dengan Slurp Point of Sale for Restaurants and Cafes yang sudi berkongsi dengan kami berkenaan isu tersebut.

Pengguna Nak Harga Turun

Sebagai pengguna, sudah semestinya kita nak harga sedia ada untuk turun pada tarikh 1 Jun 2018 tersebut. Kalau selama ini kita beli baju raya berharga RM106 dengan menanggung 6% GST, nanti kita nak bayar RM100 pula selepas ini.

Kalau kita perasan yang harga masih berada di paras yang lama, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Penguatkuasa Kena Tingkatkankan Pemantauan Dan Penguatkuasaan

Diharapkan pihak berkuasa yang terlibat pula, apabila menerima aduan daripada pengguna – bersegeralah untuk bertindak. Dengan ini, pihak peniaga yang tidak mematuhi undang-undang akan diberi amaran dan seterusnya dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Peniaga Pula Bagaimana?

Bagi pihak peniaga pula, tiada pilihan melainkan untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan. Kalau selama ini, perniagaan yang mengenakan 6% GST kepada pembeli, terpaksa menukarkannya kepada 0% GST pula.

Tetapi sebelum kita pergi lebih lanjut, apa kata kita fahamkan dulu perbezaan di antara sifar GST dan pemansuhan GST.

Sifar GST

Kalau selama ini kita ada dua klasifikasi, iaitu 0% dan 6%; lepas ini semua jadi 0% pula. Tapi kalau nak tahu, selama ini pun banyak juga barang sifar GST seperti makanan asas dan keperluan seperti:

  • Beras, daging, ayam dan telur ayam
  • Makanan laut seperti ikan, ketam, udang
  • Sayur-sayuran, buah-buahan, rempah ratus, tepung, gula, garam, minyak masak, roti, susu bayi dan banyak lagi
  • Semua jenis bahan bacaan, ubat-ubatan, bekalan air dirawat dan bekalan

Pemansuhan GST

Sekiranya kita mansuhkan pula GST, sistem sedia ada perlu ditukar. Mungkin ianya memerlukan masa yang lebih lama untuk kembali ke sistem asal iaitu SST.

Maka dengan menjadikannya sifar GST, akan lebih cepat untuk diimplementasi.

Apa Persediaan Peniaga Untuk Hadapinya?

Pertama, bawa bertenang terlebih dahulu. GST masih ada, cuma sekarang semuanya adalah pada kadar 0%. Maka, tak perlu tukar sistem sedia ada yang kita dah beli, dah pergi kursus, dah upah akauntan untuk prepare laporan dan invois.

Ini juga bermakna template untuk invoice dan laporan masih berjalan seperti biasa. Kalau sebelum ni kena finalizekan akaun setiap 3 bulan, ini juga kita kena maintain seperti biasa.

Habis Tu Apa Peniaga Kena Buat?

Bagi mereka yang menggunakan POS tradisional, perlu hubungi semula pembekal dan minta mereka update bahagian GST – daripada 6% kepada 0%. Dan juga beberapa bahagian lain sekiranya perlu.

Seterusnya, turunkanlah harga seperti mana yang dikehendaki pengguna. Kalau selama ini kita jual chicken chop pada harga RM10.60, bersedialah untuk menurunkannya kepada RM10. Nak turunkan lebih pun boleh, pelanggan mesti suka punya.

Tapi bagaimana pula dengan peniaga yang selama ini menanggung 6% GST bagi pihak pelanggan? Sebelum adanya GST, kita jual chicken chop pada harga RM10. Lepas GST pun, disebabkan kita sayang dan kesian pada pelanggan kita; kita masih menjual chicken chop pada harga RM10 termasuk GST, dengan harga sebenar RM9.40 dan 6% GST sebanyak RM0.60.

Dan lepas 1 Jun 2018 nanti, pengguna mesti nak kita jual RM9.40 pula kan? Adakah masih nak menanggung 6% tersebut?

Walaupun perit, namun itulah yang terpaksa kita lakukan. Sebagai peniaga, kita kena bersama-sama dengan pengguna dan penguatkuasa menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan harga turun.

Percayalah dengan rezeki dan ketentuan daripada Allah. Kerana sudah pasti selepas ini, dijangkakan poket pengguna akan menebal ekoran penurunan harga. Dan dijangkakan pengguna juga akan lebih berbelanja dengan penuh gembira.

Kalau nak tahu, industri Makanan & Minuman, Telur Ayam, Pakaian dan Kedai yang akan menerima kesan positif ekoran daripada perlaksanaan kadar sifar GST nanti. Tak percaya, tengok sendiri harga saham-saham syarikat seperti Nestle, Dutch Lady, QL Resources, CCK Consolidated, Bonia, Padini, Parkson dan Aeon. Semuanya naik belaka.

Kelebihan Slurp POS

Bagi yang menggunakan sistem Slurp POS ni pula, anda tidak perlu menerima kunjungan daripada pihak POS untuk mengemaskini data. Ini kerana Slurp POS merupakan sistem yang berasaskan awan, maka sebarang data akan dikemaskini secara automatik.

Tiada sebarang isu kelewatan perlaksanaan, tiada sebarang isu pembekal minta kita sejumlah wang untuk datang kemaskini data. Kalau tak bayar, sistem tak update pula nanti.

“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”

Kelebihan Lain Slurp POS

  1. Sistem Berasaskan Awan – Akses data dan laporan jualan walau di mana jua anda berada. Data anda dijamin selamat dan sentiasa terkini.
  2. Laporan Jualan – Analisis data jualan dan buat keputusan penting bisnes anda berdasarkan data.
  3. Pengurusan Meja – Reka susunan meja restoran terus ke dalam sistem Slurp bagi memudahkan anda melayan pelanggan dengan lebih baik dan perbaiki komunikasi pekerja anda.
  4. Pengurusan Inventori – Elak pembaziran dan kekurangan stok makanan dengan sistem pengurusan inventori yang sentiasa terkini.
  5. Pengurusan Rangkaian Restoran – Urus rangkaian restoran anda dengan mudah melalui satu sistem sahaja. Kemas kini maklumat harga, pekerja, inventori, dan analisa data kesemua rangkaian restoran anda.
  6. Mudah Untuk Digunakan – Denngan ciri antaramuka yang mudah dan intuitif, anda boleh jimat masa melatih pekerja. Gunakan masa berharga dan tenaga anda untuk tumpukan fokus kepada bisnes.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mencuba sistem ini secara PERCUMA, sila layari laman web Slurp POS hari ini.

Atau hubungi mereka di talian +60327702869 untuk menjadualkan demo percuma.

Pengguna, Peniaga, Penguatkuasa Mesti Bekerjasama Untuk Turunkan Harga Barang

Akhir kata, jom kita beramai-ramai bekerjasama utuk memastikan harga barang turun juga pada 1 Jun 2018 nanti.

Bagi pihak pengguna, dapat berjimat lebih kerana harga barang turun. Poket semakin tebal lepas ni.

Bagi pihak peniaga, pastikan harga barang turun seperti yang dikehendaki pengguna. Insyaallah apabila rakyat mempunyai kuasa membeli yang lebih besar, mereka juga akan lebih berbelanja di perniagaan kita.

Bagi pihak penguatkuasa, jalankan amanah yang telah diberi dengan jujur dan adil. Siasat mana-mana peniaga yang gagal turunkan harga barang, dan kenakanlah tindakan yang sewajarnya.

Semoga 1 Jun 2018 bakal memberi kita sinar harapan yang baru untuk Malaysia dan rakyatnya!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak