Apa Tu Opsyen Saham Atau Stock Option?

Ramai yang terlibat dalam dunia pasaran saham, mesti pernah dengar istilah opsyen saham atau stock option ni. Sebab dengan modal yang kecil pun dah boleh mula. Tapi tahukah anda apa bendanya ni?

Definisi Opsyen Saham

Di Malaysia, opsyen saham lebih merujuk kepada waran sebenarnya. Kita ada 2 jenis opsyen iaitu Waran dan Waran Opsyen Beli.

Waran atau waran opsyen beli pada asasnya memberi hak, tetapi bukan kewajipan kepada pemegangnya untuk membeli saham utama atau saham pendasar (underlying shares) pada harga yang tertentu dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ia adalah cara yang murah untuk melabur dalam saham syarikat tersenarai tanpa perlu membayar jumlah penuh.

Pemegang waran atau waran opsyen beli tidak mempunyai hak mengundi atau hak dividen sepertimana diberi kepada pemegang saham. Oleh sebab itu, anda mesti ingat bahawa sebagai pemegang waran atau waran opsyen beli, anda tidak layak untuk bersuara dalam keputusan-keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan syarikat.

Perbezaan Waran Dan Waran Opsyen Beli

WaranWaran Opsyen Beli
·         Dikeluarkan oleh syarikat dengan tujuan untuk mendapatkan modal syarikat terbabit.

·         Selalunya mempunyai tempoh matang yang panjang iaitu untuk tempoh 4 tahun sehingga 10 tahun.

·         Dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan bagi saham yang tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.

·         Kebiasaannya akan matang dalam jangka masa lebih pendek iaitu kurang dari setahun.

Waran Opsyen Beli Tak Patuh Syariah

Sekarang anda dah tahu apa itu opsyen saham yang digunapakai di Malaysia, tapi hanya waran sahaja yang boleh dibeli. Manakala waran opsyen beli pula tak patuh Syariah. Kenapa?

Ikuti penjelasan Dr. Zaharuddin Abd Rahman seperti di bawah:

Kontrak Opsyen

Islamic Fiqh Council No. 63 (1/7) : ‘’Option contracts – as they are known today in the global financial markets – are a new kind of contract that does not come under the heading of any kind of Shar‘i contracts.

Because the object of the contract is not a specific item or benefit, or a financial right that could be compensated with something else, this type of contract is not permissible according to Islam. As these contracts are not permissible in the first place, it is not permissible to deal in them.”

This is supported by the resolution of the seventeenth Barakah Conference on Islamic Economics, in which it says the following:

“Because options refers to the right to buy or sell a product on the basis of specific conditions in return for some compensation for that right, and the people involved in the contract have contradictory expectations regarding the fluctuation of prices, the conference, on the basis that what the two parties want and wish for is not something that can be subject to a contract, or be compensated for, reiterates the resolution of the Islamic Fiqh Council, no. 63 (1/7)”

Dr Sami Sweilem “What makes these contracts come under the heading of ambiguity is the fact that the entire function of the contract is connected to fluctuation in prices, to the extent that it does not allow both parties to win. In the case of the option to buy, the purchaser pays a specific amount (the premium) so that he will have the right to buy the share or shares for a fixed price during the option period. If the market price of these shares rises within the stated timeframe, the purchaser will go ahead and he will gain the difference between the market price and the actual price (the strike price).”

Kalau nak tahu lagi mendalam, jemput baca Pelaburan Saham & Hukum Beberapa Bentuk Urusniaganya.

Boleh Labur Dalam Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) Patuh Syariah

Kalau dah tak boleh tahan sangat nak juga melabur dalam opsyen, pilihan yang lain adalah dengan melabur ke dalam instrumen bernama FCPO. Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Pernah Dengar Pasal Derivatif? Atau FCPO?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Eco World: Jualan Terus Kukuh Seperti Biasa

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.78 dikekalkan, potensi kenaikan harga 32% dengan kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY26

Keputusan 2QFY26 (Okt) yang dicatatkan oleh Eco World dilihat menepati jangkaan. Hasil kembali normal selepas menerima sumbangan kukuh berkaitan dengan jualan tanah pusat data (DC) pada suku sebelumnya. ECW terus melaporkan jualan hartanah kukuh apabila jualan sepanjang tempoh tujuh bulan pertama pada FY26 (7MFY26) mencecah MYR3.28bn.

Jualan ini mencapai 82% daripada sasaran jualan MYR4bn-nya untuk tahun kewangan ini. Kami percaya ECW bakal melepasi sasaran ini menjelang akhir bulan Oktober, disebabkan oleh kadar ambilan yang tinggi seperti yang disaksikan pada pelancaran-pelancaran projeknya baru-baru ini.

Rumusan keputusan 2QFY26

Penurunan hasil dan perolehan secara QoQ rataratanya berpunca daripada sumbangan besar daripada selesainya penjualan:

i) tanah perindustrian seluas 138.5 ekar di Eco Business Park (EBP) I kepada Microsoft Payments

ii) tanah perindustrian berkeluasan 58.2 ekar di EBP V kepada Pearl Computing.

Penjualan-penjualan ini telah diiktiraf semasa suku tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun, margin EBIT syarikat ini berkembang semasa suku tersebut berikutan penjimatan kos lebih tinggi yang direalisasi berkaitan dengan beberapa fasa pelancaran yang selesai dan jualan-jualan tanah perindustrian. DPS interim kedua sebanyak 2 sen diumumkan, lalu membawa DPS 1HFY26 kepada 4 sen. Paras hutang bersih menokok kepada 0.25x daripada 0.20x pada suku sebelumnya

Jualan terus kukuh

Jualan hartanah ECW sepanjang tempoh 7MFY26 mencecah MYR3.28bn. Wilayah selatan Semenanjung Malaysia terus menjadi penyumbang utama apabila mencatat jualan berjumlah MYR1.66bn (atau 51% jumlah jualan). Unit perindustrian (EBP danQuantum) pula menyumbang 35% daripada jumlah itu, diikuti oleh projek perbandaran (36%).

Eco Botanic 3 di Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada Sep 2025, muncul sebagai penyumbang terbesar dalam segmen produk kediamannya dengan mengaut nilai jualan sebanyak MYR489j. Dalam bahagian perindustrian pula, EBP VII di Negeri Sembilan meraih jualan bernilai MYR796j pada 7MFY26. Projek ini dilancarkan pada Nov 2025, dan permintaan untuk kilang-kilang berkluster, jenis sebandung dan plot tanah perindustrian seluas 1 hingga 5 ekar kelihatan amat menggalakkan

Mungkin mengatasi sasaran jualan FY26-nya bernilai MYR4bn

Pelancaran Chateau II di Eco Botanic (GDV: MYR500j) baru-baru ini mendapat sambutan baik, dan semua lot rumah sebandung dan banglo bukan bumiputera habis terjual. Pihak pengurusan juga memberitahu bahawa sebaik sahaja ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali terkawal, projek perbandarannya bernama Eco Radiance di Semenyih akan memasuki pasaran hartanah (kerana harga minyak menjejaskan kos awal pembinaan). ECW juga berhasrat untuk melancarkan projek kediamannya yang bertingkat tinggi bernama WKND di Larkin, Johor (JV dengan JLand, GDV: MYR1bn) menjelang akhir tahun ini.

Hasil masa hadapan cecah paras tertinggi.

Kami bertindak mengekalkan ramalan perolehan untuk FY26-28. Hasil masa hadapan berada pada paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak MYR5.38bn (berbanding MYR5.11 setakat akhir Feb 2026). Satu lagi jualan bernilai MYR400-500j untuk tanah DC akan diiktiraf secara berfasa sebelum akhir FY26 manakala jualan tanah berjumlah MYR280.8j baru-baru ini kepada KNBDC Malaysia Five akan diiktiraf menjelang 1HFY27. TP kami yang sama diperoleh berdasarkan diskaun 10% pada RNAV, dengan premium ESG 2%.

Asas Penilaian

Potongan 10% pada RNAV, dengan diskaun syarikat pegangan sebanyak 10%

Faktor Pemacu Utama

Permintaan hartanah semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi ebih kukuh dan faktor pemangkin daripada pembangunan prasarana

Risiko Utama

Pertumbuhan ekonomi memperlahan tanpa dijangka menjejaskan permintaan untuk hartanahnya.

Profil Syarikat

Eco World mempunyai jejak kehadiran di semua wilayah ekonomi utama iaitu Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Produk-produk tawarannya termasuklah pembangunan bertanah dan kediaman bertingkat tinggi, hartanah komersial dan perindustrian.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.