Pelajar Sekolah Rendah di China Diajar Tentang Pasaran Saham

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita di sekolah sibuk belajar untuk menjawab soalan peperiksaan, lagi banyak A yang kita perolehi, lagi bagus.

Kalau tak dapat banyak A dalam peperiksaan, dikatanya budak tersebut tiada masa depan.

Lebih menyedihkan lagi, selama ini kita langsung tak didedahkan dengan subjek perancangan kewangan di peringkat sekolah atau universiti. Disebabkan inilah kita sering ketinggalan di belakang daripada segi ilmu berkaitan kewangan dan pelaburan. Mungkin subjek seperti Sains Kekayaan patut diperkenalkan bagi mendidik anak-anak kita cara yang betul dalam mengumpul kekayaan.

TERKINI : Kami dimaklumkan subjek Matematik Tingkatan 3 tahun ini (2019) mengandungi topik Matematik Pengguna: Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang.

Di negara China, Menteri Pendidikan mereka akan bekerjasama dengan pengawal selia bagi meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan anak muda.

Mula Dengan Pelajar Sekolah Rendah

Khabarnya, buku-buku teks sekolah rendah di China bakal mengandungi definisi-definisi terma seperti ROE, PE Ratio, DCF, Dividend Yield dan yang seangkatan dengannya. Ini selaras dengan langkah negara yang sedang mengadakan kempen kesedaran bagi para pelabur.

Kempen ini bertujuan untuk mengubah pandangan rakyat dan meningkatkan pemahaman orang ramai berkenaan pasaran sekuriti dan futures, bermula dengan buku teks peringkat sekolah rendah dan menengah.

Sudah bertahun lamanya, golongan pencen dan kurang ilmu berkenaan pelaburan di China, hilang wang mereka akibat daripada skim-skim pelaburan yang tidak sah. Malah ada juga yang membunuh diri akibat daripada kerugian hampir $40,000 kerana ditipu.

Sumber: The Guardian

Sama Macam Apa Yang Berlaku Di Malaysia

Percaya atau tidak, Malaysia juga mengalami masalah yang serupa di China. Akibat kurangnya ilmu berkaitan kewangan, maka rakyat Malaysia seringkali gagal merancang kewangan sendiri dan keluarga.

1. Tak Percaya Dengan Perlindungan Takaful

Mengikut statistik, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Ianya adalah satu statistik yang sangat menyedihkan. Perlindungan merupakan perkara yang paling asas patut ada, tapi masih ramai lagi yang tidak mempunyainya.

Salah ejen Takaful ke? Atau salah produk Takaful?

2. Tak Percaya Dengan Simpanan

Kita disarankan untuk mempunyai simpanan sebanyak 3-6 bulan daripada gaji bulanan kita. Kalau kita mempunyai gaji sebanyak RM3,000, pastikan ada simpanan sebanyak RM9,000 ke RM18,000 untuk bersedia dengan sebarang musibah.

Tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri menyatakan bahawa: 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM1,000 jika berlaku kecemasan.

Salah telefon pintar mahal ke? Salah kereta mahal ke? Atau salah gaji minimum?

3. Senang Percaya Dengan Skim Cepat Kaya

Bila bercerita tentang pelaburan, memang mengujakan. Boleh dikatakan topik yang paling hangat untuk dibawa perbincangan adalah topik menggandakan duit (pelaburan). Habis tu kenapa kita masih nak pergi join skim cepat kaya?

Tak dapat beza lagikah antara pelaburan dengan peleburan? Cuba baca lagi berkenaan Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah. Kalau ada kenalan kita atau saudara mara yang dah kena tipu, janganlah ‘dibodohkan’ mereka, ajaklah mereka baca MajalahLabur.com.

Hampir sejuta rakyat Malaysia tertipu dengan skim-skim penipuan. Ini yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan agak-agaknya banyak lagi tak?

Salah scammer ke semua tu?

Berjinak-jinaklah Dengan Pelaburan Saham Patuh Syariah

Kalau betul nak buat duit, kita ada 689 saham PATUH SYARIAH yang boleh dipilih dekat Bursa Malaysia. Nak mula melabur kena ada akaun CDS je. Dah ada akaun CDS ke belum?

Kalau belum, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.