Coretan Berkenaan Tokoh Ilmuwan Datuk Dr Daud Bakar, Pandangan Al Faqir

Bagi mereka yang tidak mengenali beliau, Datuk Dr. Mohd Daud merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan bagi Amanie Advisors, sebuah firma penasihat Syariah terkemuka di dunia. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Jom dengarkan coretan daripada Ustaz Fauwaz Fadzil mengenai tokoh kewangan hebat ini.

Saya bersyukur kepada Allah Taala sentiasa memberi peluang kepada saya mengenali tokoh ilmuan yang besar dan mempelajari ilmu daripada mereka.

Di antara tokoh besar yang saya mengenali dengan dekat dan dapat menimba ilmu daripadanya walaupun beberapa kali dan membaca buku bukunya adalah al faqih al usuli al mufakkir al Islami dato Dr Daud Bakar حفظه الله.

Dahulu sering saya menulis tokoh tokoh ilmuan diruangan majalah al Ustaz yang mana saya menjadi ketua editornya. Namun majalah sudah tiada. Maka cukup saya menulis di sini sebagai tatapan dan coretan.

Sepanjang pergaulan saya yang baru berusia dua tahun dengan dato Dr Daud saya dapati beliau seorang yang faqih terutama fiqh muamalat , ekonomi Islam yang mungkin sedikit kewujudan dibumi Malaysia bahkan di negara negara Islam.

Ketajaman berfikir, keberanian memberi pandangan di antara keistimewaan Dato Dr Daud. Diantara sifat yang mengagumkan saya adalah tawaduk dan mesra yang menjadikan beliau besar lagi di mata saya.

Tokoh sebegini adalah satu nikmat kepada kita kerana kita boleh mengambil pandangan dan fatwanya yang dipercayai dan beliau dianggap thiqah pada pandangan dan penyampaian ilmu oleh beliau seperti perawi hadis yang terdapat thiqah dan tidak thiqah.

Saya melihat Dr Daud seperti sheikh Mustafa Al Zarqa yang begitu hebat di dalam bidang ilmu waqi di zamannya walaupun imamah Shiekh Zarqa ini hebat di dalam fiqh Hanafi dan fikh Turath namun Dr Daud dengan konsep datanya yang beliau terlibat secara langsung di dalam penggunaannya walaupun dari sudut penerokaan fikh mazhab Syafie Dato Dr tidak menerokainya seperti sheikh Zarqa menerokai mazhabnya Hanafi secara kefahaman saya ketika saya menginterview beliau untuk majalah al Ustaz. Namun beliau adalah faqih yang unik kerana beberapa faktor:

1. Beliau menguasa bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
2. Beliau menguasai undang undang
3. Beliau memahami ilmu ilmu semasa
4. Beliau menguasai fikh Islam dan usul fikh
5. Beliau terlibat secara langsung di dalam industri dan perniagaan.

Ruh tajdid fiqhi yang wujud pada diri Dr menjadikan beliau sentiasa dihadapan dikalangan ulama Malaysia.

Walaupun disini cara penggunaan saya berbeza dengan guru saya di mana saya lebih suka kepada penggunaan kalimah fiqh dan saidi Dr Daud lebih gemar kepada penggunaan Syariah. Khilaf ini hanya berbeza dari sudut maudu’ dan natijah sepertimana ulama berbeza pandangan ketika meletakkan kalimah Al ilmu dan ma’rifah pada definisi fiqh.

Sifat penyayangnya adalah sifat yang melengkapkan Dato sebagai alim syarie seperti yang disebut oleh al Khatib al Bagdadi di dalam kitab al faqih wa al mutafaqih.

Kekuatan usul fiqh yang pada beliau menjadikan beliau sentiasa terpandu dan terurus sebagai seorang pakar Syariah. Beliau adalah faqih dan usuli yang bergerak dan seorang pemikir yang luar biasa.

Beliau juga beriman dengan konsep kekuatan minda yang menjadikan beliau lebih kehadapan dibarisan ulama. Al aql ini sering disalah fahami perananya sehingga terdapat ilmuan yang kurang minat dengan kekuatan aqal. Beliau lebih dekat kepada madrasah Ibnu Ruysdi Al Hafid di dalam isu penggunaan akal.

Di antara perkara yang menjadikan Dato dekat dihati saya berbanding ulama lain di Malaysia dan mudahan saya pun dekat dihatinya adalah ruh taisir di dalam fatwa dan penyampaian serta keimanan tinggi kepada aqal. Beliau begitu terserlah di dalam dua perkara ini.

Banyak lagi keistimewaan yang boleh kita coret berkenaan dengan guru kita ini yang wajib kita mengambil istifadah daripadanya samada melalui ceramah atau buku dan penulisannya. Saya bertuah menjadi pengedit tulisan beliau dalam al ustaz dan buku beliau “Membumikan Syariah” walaupun syaa tidak layak mengeditknya بمثله لا يقرأ.

Namun cukup sekadar ini saya coretkan seperti kata pepatah arab “ ما يكفي من القلادة في العنق” seperi sebuah kalung yang cukup membalut leher.

Mudah mudahan Allah Taala memberikan kesihatan dan umur yang panjang kepada guru kita dan memperbanyakkan sepertinya.

Sumber: FB Fauwaz Fadzil

Industri Pelaburan Dan AI Berpisah Tiada

Yang terkini, Datuk Dr Mohd Daud Bakar akan bersama-sama dengan ikon pelaburan saham, Tuan Haji Mohd Asri di Seminar Berani Melabur : Artificial Intelligence (AI) yang akan diadakan pada 21 Julai @ SACC, Shah Alam.

Dah tiba masanya untuk kita melabur saham dengan trend terbaru iaitu teknologi AI. Sampai bila nak guna cara manual? Pelabur lama dan newbies sesuai untuk datang.

Boleh klik sini untuk mendaftar ->


Kami di Majalah Labur juga akan buat special launching aplikasi SPEEDSAHAM dalam seminar itu nanti. Ia adalah sejenis algoritma-trading yang dapat membantu memilih saham-saham yang berpotensi, sesuai untuk para pedagang dan pelabur (rasanya tak sesuai untuk newbie).

Nak tahu saham apa untuk Buy Today Sell Tomorrow (BTST)? Sesuai untuk para traders yang nak buat untung dalam masa sehari atau 2-3 hari.

Atau nak tahu saham mana yang sesuai untuk Swing? Sesuai untuk mereka yang nak meraih keuntungan dalam masa beberapa minggu.

Bagaimana pula dengan mereka yang nak simpan dan peram? Jangan risau, kami juga ada pilihan saham yang boleh anda beli dan tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk meraih pulangan.

Amacam, best tak? Klik link ini dan masukkan nama dan emel, nanti kami hantar details >

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.