Buat Refinance Rumah Dengan Overdraf (OD), Apa Fungsi OD?

Kami pernah bercerita mengenai Overdraf dengan panjang lebar dulu, dalam artikel bertajuk Kemudahan Overdraf – Bagus Atau Tidak? Secara ringkasnya, overdraf merupakan sejenis fasiliti oleh bank yang menggunakan harta sebagai cagaran seperti Sijil Fixed Deposit, Sijil ASB & Geran Hartanah.

Kebiasaannya akan dapat nsibah 1:1 atau pun 90% daripada nilai yang dicagarkan. Maksudnya kita ada rumah yang berharga RM500,000, kita dapat gunakan fasiliti sebanyak RM500,000.

Untuk kupasan lebih lanjut mengenai refinance rumah dengan mengambil overdraf, jom kita dengar Mr KY Tee yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang kewangan, perbankan, dan pelaburan hartanah lebih daripada 10 tahun.

Case Study Rumah RM400,000

Encik A ada sebuah hartanah dengan market value RM 400,000, installment setiap bulan RM 1200. Hutang pinjaman rumah ini tinggal RM 200,000. Jadi Encik A plan buat refinance ambil OD.

-Bank akan ikut market value RM 400,000 buat refinance dapat pinjaman 90%=RM 360,000. Bank akan tolak hutang rumah RM200,000= RM 160,000 adalah cash out dalam bentuk OD.

-Selepas process refinance jadi Encik A akan ada 2 account pinjaman :
Account A RM 200,000 housing loan
Account B RM 160,000 (OD)

-Ecik A cuma perlu bayar installment RM 1200 sebulan untuk Account A, Dia tidak perlu installment OD kalau Encik A tidak guna duit dapat account OD.

-Kalau kata Encik A dah guna duit dalam OD sebanyak RM50,000. Kiraan OD akan kira seperti:

RM50,000 x 6.88%=RM 3440 /12 bulan= RM286.66


Encik A perlu bayar installment RM 1200 untuk housing loan dan RM 286.66 untuk OD. Di sini ramai orang akan tanya berapa lama Encik A perlu bayar installment untuk OD?

-Encik A dah guna duit OD sebanyak RM 50,000 installment OD sebulan adalah RM 286.66. Kalau Encik A boleh tutup balik hutang OD RM 50,000 dalam tempoh masa 6 bulan, Encik A cuma perlu bayar installment OD selama 6 bulan.

-Kalau Encik A tidak sempat dah bayar hutang balik RM 50,000. Encik A perlu bayar instalment RM 286.66 untuk selama-lama.

Ini adalah fungsi OD, kalau anda pandai guna duit OD, ini boleh membantu dalam kewangan dan cash flow kita, Kalau tidak pandai nak guna duit OD, ini akan bebankan kita.

Kredit: FB KY Tee

Overdraf Patuh Syariah Ke Tak?

Kemudian timbul pula persoalan, adakah overdraf ini patuh syariah atau pun tidak? Ketahui jawapannya di dalam artikel bertajuk Adakah Overdraf Itu Patuh Syariah Atau Tidak? Penting untuk kita ambil tahu dalil berkenaan overdraf patuh Syariah.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. kalau saya ada rumah yang dah habis bayar. saya boleh buat overdraft juga ke. dan mereka perlukan slip gaji and mcm mohon loan seperti biasa ke? kena tengok komitment dan lain-lain ke mcamana ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Aktiviti Jual Beli Hartanah Berkurangan Pada Awal Tahun, Harga Rumah Stabil

Pasaran hartanah Malaysia memulakan tahun 2026 dengan momentum yang lebih sederhana apabila aktiviti transaksi menyusut susulan persekitaran ekonomi global yang lebih perlahan dan sentimen pasaran yang lebih berhati-hati.

Namun begitu, sektor kediaman terus menunjukkan daya tahan disokong oleh pertumbuhan harga rumah yang stabil, permintaan pemilik kediaman yang berterusan serta pelbagai insentif perumahan kerajaan.

Menurut Laporan Pasaran Harta Suku Tahun Pertama 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), jumlah transaksi hartanah keseluruhan menurun 8.0 peratus tahun ke tahun kepada 89,966 transaksi pada suku pertama 2026.

Nilai transaksi turut mencatat penyusutan marginal sebanyak 0.6 peratus kepada RM51.09 bilion. Walaupun prestasi ini lebih perlahan berbanding tempoh sama tahun lalu, aktiviti pasaran masih dilihat stabil dan trend yang dilihat sekarang merupakan suatu yang selaras dengan jangkaan dalam suasana ekonomi yang lebih mencabar.

Segmen kediaman kekal menjadi tunjang utama pasaran, dengan harga rumah terus meningkat meskipun momentum transaksi lebih perlahan.

Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun kepada 235.2 mata, menjadikan harga purata rumah di Malaysia sekitar RM507,533 seunit.

Pertumbuhan ini mencerminkan permintaan asas terhadap perumahan yang masih kukuh, khususnya di pusat bandar utama dan kawasan pinggir bandar yang berkembang pesat.

Kebanyakan negeri mencatat pertumbuhan harga rumah positif antara 0.3 peratus hingga 7.2 peratus, menandakan keyakinan pasaran yang masih baik walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi.

Dari segi jumlah transaksi kediaman, Malaysia merekodkan penurunan sebanyak 10.7 peratus dengan 52,936 transaksi bernilai RM22.60 bilion.

Walaupun kebanyakan negeri mencatat penyusutan aktiviti transaksi, empat negeri masih merekodkan pertumbuhan positif iaitu Kuala Lumpur sebanyak 0.2 peratus, Pahang (4.3 peratus), Terengganu (3.1 peratus) dan Sabah (2.4 peratus).

Mengikut jenis kediaman, rumah bertanah terus menjadi pilihan utama pembeli. Rumah teres dan rumah berkembar mendahului pertumbuhan harga dengan peningkatan masing-masing sebanyak 2.2 peratus, mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap produk kediaman bertanah.

Unit kediaman bertingkat tinggi turut mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 1.3 peratus, didorong oleh permintaan di lokasi bandar dan pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Namun begitu, segmen pembangunan kediaman mula menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan dari segi bekalan. Pelancaran baharu kediaman menurun kepada 9,112 unit berbanding 12,498 unit pada tempoh sama tahun lalu, iaitu penyusutan sebanyak 27.1 peratus.

Pemaju dilihat lebih berhati-hati dalam memperkenalkan bekalan baharu susulan kos pembinaan yang meningkat dan pembeli yang semakin selektif.

Pada masa sama, isu lambakan unit siap dibina tidak terjual terus menjadi cabaran utama pasaran. Jumlah kediaman siap dibina tidak terjual mencecah 32,801 unit dengan nilai RM16.37 bilion.

Apabila mengambil kira hartanah kediaman berstatus komersil seperti pangsapuri perkhidmatan dan SOHO, jumlah tersebut meningkat kepada 54,795 unit bernilai RM32.12 bilion pada suku pertama 2026.

Secara tahunan, jumlah lambakan meningkat 25.9 peratus dari segi bilangan dan 11.1 peratus dari segi nilai berbanding 43,510 unit bernilai RM30.71 bilion pada suku pertama 2025.

Mengikut julat harga, sebanyak 38.6 peratus unit tidak terjual terdiri daripada kediaman berharga antara RM200,001 hingga RM500,000 yang lazimnya dianggap dalam kategori mampu milik.

Sebanyak 23.4 peratus pula berada dalam julat RM500,001 hingga RM800,000, manakala hanya 13.2 peratus unit tidak terjual berharga melebihi RM1 juta.

Ini menunjukkan isu lambakan bukan semata-mata disebabkan faktor harga, tetapi turut dipengaruhi faktor lokasi, jenis produk dan padanan permintaan pasaran.

Subsektor pangsapuri perkhidmatan terus berdepan tekanan bekalan apabila unit siap dibina tidak terjual meningkat kepada 19,263 unit bernilai RM16.52 bilion berbanding 18,246 unit bernilai RM14.61 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Lambakan pangsapuri perkhidmatan meningkat 5.6 peratus, mencerminkan cabaran berterusan dalam menyerap pembangunan bercampur dan berorientasikan pelaburan, khususnya di kawasan dengan bekalan yang tinggi seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Melihat ke hadapan, prospek pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal berhati-hati tetapi stabil. Walaupun ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global boleh mempengaruhi sentimen pelabur, pelbagai inisiatif kerajaan dijangka terus menyokong sektor perumahan.

Antaranya termasuk lanjutan pengecualian penuh duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk rumah berharga sehingga RM500,000 sehingga akhir 2027.

Disokong oleh pembangunan infrastruktur dan inisiatif pembangunan berorientasikan transit di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pasaran kediaman negara dijangka terus berdaya tahan meskipun pertumbuhannya semakin sederhana dan akan bergerak seiring dengan paras kemampumilikan pembeli.

Penulis ialah Pengarah Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian