7 Perkara Ramai Pelabur Hartanah Tidak Beritahu Kita

Pasti di antara keluarga, sahabat, rakan dan mungkin juga kenalan kita di media sosial yang cenderung menjadikan hartanah sebagai satu cabang atau instrumen dalam pelaburan.

Kita lantas membuat andaian bahawa pelaburan dalam hartanah sememangnya menguntungkan dan berpotensi memberi keuntungan berlipat kali ganda.

Akan tetapi, sebenarnya bukan semua orang yang melabur dalam hartanah betul-betul membuat duit atau dalam erti kata lain, menjadi kaya dengan pelaburan hartanah.

Terdapat banyak perkara yang mereka rahsiakan daripada umum seperti komitmen bulanan, keuntungan hasil sewaan untuk pelaburan, kerosakan, dan kesukaran lain yang ramai pelabur hartanah rahsiakan daripada kita semua.

Baca : Kenapa Anak Muda Tidak Minat Beli Hartanah

Oleh itu, sebelum ingin berkecimpung dalam pelaburan hartanah, pastikan kita membuat pertimbangan dengan baik sebelum terkejut dengan pelbagai masalah lain yang bakal menjelma sejurus selepas kita membeli hartanah.

Jom kita sama-sama tengok 7 perkara yang ramai pelabur hartanah tak beritahu kita:

1. Niat

Jika kita memang membeli hartanah untuk didiami bersama keluarga atau insan tersayang, perkara itu sangat murni, baik dan sesuai.

Dan tidak salah pun jika kita membeli sebuah hartanah atas kapasiti pelaburan untuk menjana wang ringgit hasil daripada sewaan, flip atau untuk tujuan refinance.

Yang menjadi masalah adalah apabila kita tidak menetapkan sebarang pendirian atau prinsip ke atas pembelian hartanah tersebut.

Tidak sedikit pelabur hartanah yang tidak tahu atau barangkali terlupa dengan niat asal untuk membeli hartanah dan kesannya memakan diri sendiri.

2. Bayaran Ansuran Bulanan

Untuk komitmen bulanan selama 30 tahun, ramai rakyat Malaysia yang tersangkut dengan bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dari pihak bank.

Kesannya, rekod bayaran ansuran bulanan kita jadi tak cantik dan sekaligus menjejaskan reputasi kita sebagai peminjam. Ini akan mengurangkan peluang kita untuk memohon pembiayaan bank lain di masa hadapan.

Jika kita mempunyai masalah dalam disiplin kewangan, sila elakkan diri daripada menghadapi masalah di kemudian hari.

Baca : Awak, Ini Cara Nak Download Laporan CCRIS Secara Online.

Belajar ilmu kewangan dan kena ada disiplin kewangan yang kuat sebelum mengorak langkah memohon pembiayaan daripada institusi kewangan atau bank.

3. Komitmen Bulanan

Jangan sangka kita hanya perlu bayar ansuran bulanan kepada bank sahaja. Kita juga perlu bayar pelbagai kos-kos lain seperti deposit api, air, bil bulanan api, air, management fee, cukai tanah, cukai pintu dan juga sinking fund.

Ini belum masuk jika kita melanggan Astro, Coway atau Cuckoo, internet dan pelbagai servis lain lagi untuk meningkatkan taraf hidup kita dan keluarga.

4. Kiraan Rental Yield

Lambakan hartanah / bilik daripada hartanah jenis apartmen, kondominium dan servis residen di pasaran; menjadikan persaingan untuk mendapatkan penyewa adalah sengit.

Jangan terkejut jika kita dapati di sesetengah kawasan, pemilik rumah terpaksa menurunkan kadar sewa pada kadar yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada mereka.

Hari ini, kiraan rental yield adalah sesuatu yang sangat sensitif. Sekiranya seorang pelabur hartanah mempunyai penyewa dalam setiap hartanahnya, belum tentu dia berjaya membuat keuntungan.

Ada juga pelabur hartanah yang berdepan dengan negative cashflow untuk tiga tahun pertama dan ada juga yang untung RM50 setiap bulan untuk satu tempoh yang lama.

5. Sukar Berpindah

Apabila kita membeli sebuah rumah untuk didami di sesuatu kawasan, kita akan alami kesukaran untuk berpindah ke kawasan baru.

Kita tidak bebas daripada segi geografi kerana terikat dengan lokasi hartanah yang telah kita beli.

Baca : 12 Lokasi Hotspot Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Perkara ini mendatangkan stres kepada ramai pemilik hartanah, lagi-lagi yang tersilap membeli rumah di kawasan luar bandar kerana faktor penawaran harga yang jauh lebih murah berbanding hartanah di pusat bandar atau pinggir bandar.

6. Komuniti

Selepas beberapa lama kita mendiami satu kawasan, baru kita dapat lihat realiti sebenar komuniti setempat di kawasan tersebut.

Berkemungkinan komuniti tersebut yang dahulunya dipenuhi masyarakat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India; kini mula dihuni warga asing yang kadangkala kurang kesedaran daripada segi kebersihan, etika dan adab.

Perkara lain yang kita mungkin dapati adalah jalan utama kawasan tersebut yang mengalami kesesakan lalu lintas yang kronik pada waktu puncak, sukar mendapat parkir, kawasan setempat yang bising dan juga persekitaran yang tak bersih.

7. Faktor Pekerjaan

Mengikut laporan New Straits Times pada 18 November 2019 yang lalu, kadar pengangguran rakyat Malaysia kini telah meningkat ke paras 10.3%.

Dengan hampir 90% syarikat di Malaysia adalah Small Medium Enterprise (SME), tidak banyak pekerja yang ditawarkan sebagai pekerja tetap di sesebuah firma atau organisasi.

Kesannya, ramai pekerja berisiko untuk hilang pekerjaan kerana faktor politik semasa dan ekonomi yang tidak menentu.

Perkara ini merupakan mimpi ngeri kepada hampir semua orang yang perlu membayar ansuran bulanan pembiayaan pinjaman perumahan dari pihak bank.

Baguslah Kita Dah Tahu

Kesimpulannya, beli rumah adalah tidak salah dan tidak berdosa sama sekali. Akan tetapi, kita perlu peka dan ketahui bahawa membeli rumah juga mempunyai sisi gelap yang tidak diceritakan kepada umum.

Baca : 8 Langkah Mengurus Kewangan Dengan Bijak Dan Sistematik

Samada kita suka atau tidak, rumah tetap menjadi keperluan nombor satu rakyat Malaysia. Sungguhpun trend menyewa berbanding membeli semakin meningkat sejak kebelakangan ini, jauh di dalam hati ramai anak muda di Malaysia – mereka pasti menanam azam untuk memiliki rumah sendiri lambat laun.

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.