Amaran Warren Buffett Mengenai ‘Kesilapan Nombor Satu Ibu Bapa’ Berkenaan Kewangan

Jika kita boleh petik seseorang bagi menyatakan betapa ‘pentingnya mengajar anak-anak mengenai celik kewangan’, individu tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Warren Buffett. Kita semua tahu, sebelum beliau menjadi CEO Berkshire Hathaway, beliau bermula sebagai seorang peniaga seawal usia 6 tahun.

Di antara produk perniagaan beliau pada masa itu ialah Coca-Cola, surat khabar dan chewing gum yang dijual dari pintu ke pintu. Menurut temubual beliau bersama CNBC pada 2013, dia dari awal hingga kini sangat menyanjung tinggi ayahnya sebagai role model.

Tambah beliau lagi, perkara yang paling penting beliau pelajari pada seawal usia dari 6 tahun melalui tauladan dan didikan ayahnya ialah bersikap yang sepatutnya terhadap dunia kewangan, contohnya menyimpan wang untuk  keperluan masa hadapan.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Apabila diutarakan persoalan kepada beliau mengenai kesalahan terbesar ibu bapa yang paling banyak di lakukan ketika mengejar anak-anak mengenai wang, beliau menekankan:

“Sikap sambil lewa ibu bapa yang menunggu anak mereka menjadi remaja barulah nak didik mengenai dunia kewangan, berbanding memulakan pada peringkat anak mereka masih di pra-sekolah lagi”

Warren Buffett juga turut meluahkan rasa kesal beliau bahawa ‘kebanyakan ibu bapa sebenarnya tahu betapa pentingnya mengajar anak-anak mereka mengenai cara mengurus wang dengan betul, namun terdapat jurang perbezaan di antara mengetahui dan mengambil tindakan’.

Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Universiti Cambridge, 80% pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku pada usia 3 tahun. Dalam erti kata lain, kanak-kanak boleh memahami konsep asas ketika berusia sekitar 3 atau 4 tahun.

Oleh yang demikian, konsep asas berkaitan tingkah laku kewangan sangat sesuai untuk mula diterapkan ke dalam jiwa kanak-kanak ketika dalam lingkungan usia tersebut.

Manakala berdasarkan kajian T.Rowe Price yang dijalankan pada tahun 2018, yang menemubual 1,014 pasangan ibu bapa (kepada kanak-kanak yang berumur dari 8 hingga 14 tahun) dan menemubual lebih dari 1,000 orang dewasa (18 hingga 24 tahun) telah mendapati bahawa:

  • 4% ibu bapa berbincang mengenai topik kewangan dengan anak-anak mereka sebelum berumur 5 tahun
  • 30% ibu bapa mula mendidik anak-anak mereka mengenai wang, ketika sudah berusia 15 tahun atau lebih
  • Selebihnya tidak pernah membincangkan apa-apa mengenai dunia kewangan dengan anak-anak

Bayangkan kita di Malaysia, apakah bentuk pendidikan kewangan yang kita terapkan kepada anak kita semasa mereka masih belum bersekolah?

Adakah ianya sudah dimulakan atau sebaliknya?

“Nah dua ringgit, duit belanja sekolah. Baki nanti simpan…”

Dulu itu adalah ayat keramat yang biasa kita dengar dari mak ayah kita. Pesan orang dulu-dulu kita jadikan pedoman.

50 tahun lepas mungkin ianya sesuai diamalkan sebab majoriti masih hidup susah. Kalau 50 tahun lepas anak kita simpan dulu kemudian baru belanja alamatnya mungkin tak makanlah mereka dekat sekolah.

Tetapi zaman telah berubah. Maka jika perlu, kita juga harus berubah.

Kita semua sedar yang menyimpan duit bukan fitrah semulajadi kita. Ini adalah tabiat yang perlu dibiasakan. Kena ulang-ulang buat.

Kepada yang bakal menjadi ibu bapa, mulakan tabiat ini dari awal demi masa depan anak-anak.

Jadi, berbalik kepada persoalan tadi, kenapa kita tak boleh ajar anak kita simpan duit baki?

Kami kongsikan video dari Datuk Hj Mohd Asri, mentor pelaburan saham yang tersohor di Malaysia untuk manfaat bersama. Setakat hari ini, video ini telah menerima sebanyak 7 juta views.

Jika ada masa, bacalah juga:

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.