India Mula Memboikot Minyak Sawit Malaysia

Sawit merupakan tanaman komoditi utama Malaysia yang dieskport ke luar negara. Malaysia dan Indonesia merupakan negara pengeluar sawit utama dunia yang mana telah menyumbangkan sebanyak hampir 85% keluaran minyak sawit dunia.

Hari ini harga komoditi sawit telah naik dengan positif semenjak bulan Oktober tahun lepas.

Harga minyak sawit pada tahun lepas agak tidak menentu akibat daripada permintaan yang rendah dan sekatan penggunaan minyak sawit dunia oleh benua Eropah. Mereka mendakwa penanaman pokok sawit telah merosakan ekosistem alam sekitar dan juga tindakan dari Negara China yang mengurangkan bekalan import sawit dari Malaysia.

Dengan harga yang tidak menetu di pasaran, sawit dilihat telah menjejaskan pendapatan pekebun kecil dalam negara.

Pertelingkahan Malaysia-India

Kini Malaysia berdepan pula dengan tindakan agresif Kerajaan India yang telah mengumumkan untuk tidak membeli minyak sawit dari Malaysia.

India di bawah pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi telah memberi kata putus akibat Malaysia yang lantang mengkritik hak asasi manusia yang berlaku di Jammu dan Kashmir serta berkenaan undang-undang baru yang dilaksanakan oleh Kerajaan India mengenai hak kerakyatan baru negara mereka.

Presiden Modi dilihat kurang mesra dengan penganut agama islam di India

India telah membuat penguguman mengejutkan dunia terhadap wilayah kedaulatan Jammu dan Kashmir. Ia merupakan sebuah wilayah yang menjadi rebutan di atara dua negara iaitu India dan Pakistan.

Peperangan yang melibatkan kedua-dua negara ini telah berlaku sebanyak 4 kali. Jammu dan Kashmir adalah kawasan dengan majoriti penduduknya adalah orang Islam.

India telah mendakwa wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah mereka, manakala penduduk Jammu dan Kashmir lebih suka untuk berada di bawah pengaruh Negara Pakistan.

Modi yang baru-baru ini telah menggubal undang-undang baru yang mana kerajaan India telah menghapuskan kedaulatan wilayah tersebut. Sebelum ini, wilayah tersebut diberi hak untuk menggunakan bendera mereka sendiri dan mengubal undang-undang untuk wilayah tersebut dengan sendiri.

Dengan pengumuman tersebut, penduduk di wilayah Jammu dan Kashmir telah membuat demostrasi membantah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan India.

Tun Dr Mahathir dilihat lantang mengkritik dasar baru yang digubal oleh Kerajaan India

Malaysia yang tidak berkecuali turut membantah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan India terhadap penduduk wilayah tersebut. India yang begitu bengang dengan tindakan Malaysia, telah memutuskan untuk tidak membeli minyak sawit dari Malaysia pada bulan September tahun lepas.

India merupakan negara pengimport minyak sawit negara kita yang terbesar buat masa ini, iaitu sebanyak 4.1 juta tan setakat bulan Oktober 2019.

Krisis ini dapat diselesaikan oleh Perdana Menteri kita dengan menawarkan harga diskaun $5 bagi setiap tan. India yang nampak keuntungan membeli minyak sawit dari Malaysia, telah menyambung membeli minyak sawit kita. Meraka yang tertarik dengan tawaran yang diberikan oleh Malaysia berbanding dengan negara jiran kita iaitu Indonesia.

Namun, krisis ini tidak berakhir di situ. Negara India sekali lagi mengambil  tindakan yang kurang menyenangkan terhadap umat Islam. Presiden Modi telah mengetatkan prosedur orang Islam untuk menjadi warganegara India.

Malaysia yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir, lantang mengkritik dasar kewarganegaraan yang dibuat oleh India berhubung dengan isu tersebut di persidangan Muslim World Leader yang baru-baru ini diadakan di Kuala Lumpur.

Kemuncak ketegangan isu ini sekali lagi melibatkan minyak sawit Malaysia, dan India telah menghentikan pembelian minyak sawit Malaysia. Bukan itu sahaja, India juga menggesa negara lain supaya tidak membeli minyak sawit dari Malaysia.

Harga komoditi sawit yang terus meningkat sejak 3 bulan lepas

Dengan tindakan tersebut, harga komoditi sawit belum menampakkan sebarang kesan buruk. Adakah dengan tindakan yang dikenakan oleh India ini, bakal menjejaskan harga sawit dunia dan ekonomi negara kita?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.