5 Sebab Kenapa Kita Perlu Melabur Saham

Sah, selamat, mudah patuh syariah
Melabur menambah rezeki…

Terngiang-ngiang pula lagu iklan seminar saham ni.

“Nak melabur saham buat apa? Orang dulu-dulu simpan duit bawah bantal pun boleh hidup…

Memang boleh hidup, tetapi adakah kita rasa duit yang disimpan itu cukup?

Inflasi adalah di mana nilai RM500 pada tahun 1980 mungkin hanya bernilai RM100 pada tahun 2030. Rasa takut nak melabur saham tapi bila dividen ASB dan hibah Tabung Haji ciput, kita marah-marah.

Salah satu financial goal yang setiap orang kena ada adalah mempunyai pendapatan yang cukup selepas bersara. Sebab ramai yang lepas bersara nanti akan masih ada loan (pembiayaan) bank dan tanggungan. Dah tentu-tentu majoriti dari kita akan menggunakan duit KWSP untuk selesaikan ansuran hutang.

Jadi kita kena mula fikir dari sekarang. Macam mana nak ada pendapatan yang cukup selepas bersara?

Salah satu caranya adalah dengan melabur.

Ini 5 sebab kenapa kita perlu melibatkan diri dalam pelaburan saham.

1. Senang

Sumber : thestar.com.my

Suasana trading gallery di RHB Investment Bank. Sumber : thestar.com.my

Sekarang ini semua benda di hujung jari. Kita boleh melabur hanya dengan menggunakan smartphone. Apa yang kita perlukan adalah talian internet. Ini bukan macam zaman dulu-dulu nak tengok harga saham kena pergi pejabat broker atau baca suratkhabar.

Sekarang ni, semua broker ada menyediakan online trading platform di mana kita boleh memantau harga dan membuat jual beli saham di mana-mana sahaja.

Panduan percuma:

2. Peluang Bisnes

Antara fakta yang susah nak disangkal, kalau nak kaya memang kena berniaga.

Saham juga adalah perniagaan. Kita boleh terlibat dalam perniagaan tanpa menyewa premis dan menyimpan stok. Tetapi masih perlu dapatkan modal (cash) dan ilmu.

Apa yang perlu dibuat adalah membuat kajian untuk membeli saham berpotensi. Buat permulaan buat kajian saham yang mudah difahami seperti MYEG atau Mr DIY. (Ini contoh yang ramai faham model perniagaan mereka)

Yang penting sekali kalian perlu ingat, saham adalah pemilikan dalam syarikat dan bukan beli nombor. Pastikan juga saham yang dipilih adalah patuh syariah.

Tanpa modal yang besar, premis, dan stok barang yang perlu disimpan, kalian kini adalah seorang pemilik bisnes.

Panduan percuma:

3. Kecairan

Cuba fikir bisnes apa lagi yang mudah dicairkan dengan hanya tekan button buy & sell sahaja? Lebih menarik kita boleh menjual sebahagian atau menjual kesemua unit saham yang kita miliki hanya dengan menggunakan smartphone.

Jika kita seorang pelabur hartanah, kita memerlukan seorang pembeli atau penyewa bagi mendapatkan keuntungan. Untuk mendapatkan pembeli atau penyewa, mungkin akan memakan sedikit masa.

Saham ni senang nak dibeli dan dijual malah prosesnya mudah dan cepat.

Cuma buat masa ini dengarnya proses nak buka akaun saham agak perlahan disebabkan permintaan yang tinggi.

Baca Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

4. Pulangan Lebih Baik

Konsep ‘High risk high return’ cukup sinonim dengan pelaburan saham. Untung itu rezeki, rugi itu pasti.

Jangkaan pulangan adalah jauh lebih tinggi berbanding instrumen pelaburan lain. Ini memang sudah terbukti.

Nak pulangan 10%, 30% atau 100% adalah tidak mustahil. Musim PKP menjadi saksi. Ada yang berjaya meraih ribuan peratus hasil daripada saham-saham healthcare.

Baca juga :

Kebanyakan dari kita sudah tentu mempunyai KWSP atau Tabung Haji (TH). Untuk makluman KWSP dan TH juga membuat pelaburan, perbezaannya adalah mereka akan menyimpan sebahagian dan sebahagiannya akan diberi kepada pencarum atau pendeposit.

Sebagai contoh, KWSP adalah shareholder dalam MYEG. Jika MYEG membuat keuntungan, KWSP juga akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen dan capital gain (kenaikan harga saham).

5. 2-Dalam-1

Dengan pelaburan saham, kita dapat menambah ilmu dan dalam masa yang sama dapat menambah pendapatan. Apa yang hebatnya, dengan pelaburan saham ini adalah kita hanya bergantung kepada diri kita sendiri. (walaupun di luar sana ramai yang bergantung dekat group buy call)

Kita tidak perlukan ilmu marketing atau kena follow up pelanggan. Apa yang perlu adalah ilmu fundamental dan teknikal analisis untuk membolehkan kita melabur ke dalam saham-saham yang berpotensi.

Selain itu, secara tak langsung kita dapat belajar bagaimana membaca income statement dan balance sheet sesebuah syarikat.

Anggap saja diri kita ini seolah-olah pengurus sebuah syarikat dengan objektif untuk menjana keuntungan.

Jadi apa lagi, cepat-cepat buka akaun CDS dan trading untuk memulakan pelaburan saham. Biarkan duit bekerja untuk kita.

Sebelum itu, belajar dulu perkara asas.

Baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Tapi ingat, sebagai seorang Muslim laburlah dalam saham yang patuh shariah. Dah untung, jangan lupa berzakat saham. Zakat pun tak bayar macam mana nak kaya?

Adat perniagaan ada untung, ada rugi. Semoga bermanfaat.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain

Kami Nak Mengajak Anak Muda Terlibat Dalam Pelaburan Saham

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” dan masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.