10 Start-Up Teknologi Di Peringkat Global Yang Patuh Syariah

“Mencari yang Halal itu adalah Fardhu, kita sudah terbiasa mendegar tagline tersebut. Ya, mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam walau dalam keadaan apa sekali pun. Industri halal ini bukan sahaja melibatkan makanan tetapi juga urusan harian seperti muamalat dan sebagainya.

Mari kita lihat 10 syarikat start-up di peringkat global ini dan mungkin ada di antara syarikat tersebut kita pernah dengar atau guna.

1. WhatsHalal

Kategori: Makanan

Nilai Syarikat: $3.2 juta

Syarikat yang diasaskan di Singapura yang mana berfokus dalam bidang makanan dan minuman. Objektif utama WhatsHalal adalah untuk memudahkan syarikat makanan atau minuman di Singapura untuk mendapatkan status halal di setiap produk makanan atau minuman yang yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.

2. Wahed Invest

Kategori: FinTech (Robo-advisory)

Nilai syarikat: $40 juta

Sebuah syarikat yang memberi khidmat nasihat di dalam pembelian saham patuh syariah. Syarikat ini  diasaskan di New York pada tahun 2015 dan kemudian mengembangkan perkhidmatan ke benua eropah.

Pelabur utama yang melabur di dalam Wahed Invest adalah Saudi Aramco, gergasi minyak milik Arab Saudi.

Halal fintech startup Wahed closes $25M led by Saudi Aramco’s investment arm

Muat turun aplikasi Wahed Invest di https://wahedinvest.com/get-started/ dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM10 dengan menggunakan kod ‘ezaado1’ sewaktu pendaftaran.

3. Alami

Katerogi: FinTech (Pembiayaan)

Nilai Syarikat: Tidak diketahui

Syarikat yang diasaskan di Indonesia pada tahun lepas. Syarikat ini merupakan syarikat yang menawarkan pembiayaan yang patut syariah kepada mana-mana pihak yang ingin menjalankan perniagaan.

Urusan perkhidmatan Alami ini dipantau khusus oleh Majlis Fatwa Indonesia.

4. Evermos

Kategori: eDagang

Nilai Syarikat: $8.3 juta

Syarikat yang berasal dari Indonesia dan diasaskan pada 2018. Syarikat ini memfokuskan platform jualan di atas talian yang mana menghubungkan terus pembeli dan penjual mengikut syariat islam.

Evermos juga menyediakan perkhidmatan pelancongan yang halal untuk para pelanggan.

5. SalamWeb

Kategori: Enjin carian

Nilai Syarikat: Tidak diketahui

Syarikat yang diasaskan di Dubai pada tahun 2017. Syarikat ini boleh dikategorikan sebagai search engine seperti Google tetapi versi islamik yang mana tujuan utamanya adalah untuk menapis kandungan yang haram dan sensitif kepada penggunanya.

Enjin carian untuk SalamWeb ini juga mempunyai fungsi penunjuk arah kiblat dan juga waktu solat. Aplikasi ini tersedia bagi penggunaan di komputer dan telefon pintar.

6. Ammana

Kategori: Fintech

Nilai Syarikat: Tidak diketahui

Merupakan syarikat yang menyediakan pembiayaan wang mengikut syariat Islam. Syarikat ini bekerjasama dengan Bank Negara Indonesia di dalam perkhidmatan tersebut.

Ammana turut mengembangkan empayar perniagaan mereka ke negara Islam seperti Brunei, Dubai dan juga Malaysia.

7. Ethis

Kategori: FinTech (Property crowdfunding)

Nilai Syarikat: Tidak diketahui

Syarikat yang diasaskan di Singapura ini memfokuskan pengumpulan duit dari orang ramai untuk membina rumah mampu milik bagi umat Islam yang tidak berkemampuan terutamanya di Indonesia.

Ethis juga telah mengembangkan operasinya di dalam ibadah qurban yang mana memfokuskan pengagihan daging qurban kepada negara-negara miskin di Afrika.

8. Waqara

Kategori: Pelancongan

Nilai Syarikat: Tidak diketahui

Syarikat yang diasaskan di Indonesia pada tahun lepas oleh seorang duta Indonesia ke Amerika Syarikat.

Objektif utama Waqara adalah untuk membawa rakyat Indonesia untuk mengerjakan umrah ke Mekah dengan selamat tanpa ditipu oleh mana-mana sindiket yang berada di negara tersebut.

9. Muzmatch

Kategori: Mencari pasangan hidup

Nilai syarikat: $7 juta

Syarikat yang berpengkalan di London dan diasaskan pada tahun 2014. Ia merupakan sebuah aplikasi mencari jodoh yang popular untuk masyarakat Islam di sana.

Dengan hanya menggunakan algoritma untuk mencari pasangan yang sesuai kepada pengguna mereka, Muzmatch dikatakan telah berjaya membantu 60,000 orang ke jinjang pelamin sejak diperkenalkan.

10. HelloGold

Kategori: FinTech (Trading)

Nilai Syarikat: Tidak diketahui

Penerangan ringkas:

Syarikat yang berasal dari Malaysia ini ditubuhkan pada tahun 2015. Model perniagaan adalah fokus dalam jual beli emas dalam talian dan mula mengembangkan portfolio syarikat di dalam ekonomi digital Islam.

HelloGold turut mengembangkan perkhidmatan mereka ke negara islam yang lain seperti Thailand dan negara Islam di benua Afrika.

Baca juga Sebelum Gatal Melabur Emas, Dapatkan Jawapan Kepada 8 Soalan Ini

Sumber Rujukan: https://kr-asia.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.