Senangnya Saham, Kami Ajar FA,TA & Cara Pilih Saham

Sejak beberapa tahun ini hidup kita menjadi sangat mencabar. PKP, PKPB, PKPP, PKPD…

Ramai terhimpit dengan isu kewangan. Kepada yang sudah standby awal-awal simpanan kecemasan mungkin boleh menarik nafas lega. Kami doakan semoga para pembaca sekalian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Di sebalik kesukaran ini, semestinya ada perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran untuk diri sendiri.

Justeru itu, tidak kiralah kita ni B40, M40 atau T20, kita perlu mengubah gaya hidup yang bersederhana dan berusaha memaksimumkan punca kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Rebut Peluang

Percayalah bahawa di sebalik krisis, pasti ada peluang. Dan ini telah terbukti di depan mata kita, banyak saham yang naik dengan mendadak tatkala COVID-19 mula mengganas. Ada yang harga saham naik lebih daripada 200% dalam masa 2 bulan pada awal tahun 2020.

Alhamdulillah penulis sendiri telah berjaya meraih pulangan yang cukup luarbiasa.

Percayalah anda masih belum terlambat.

Tahun 2022 mereka yang mempunyai duit lebihan sepatutnya akan lebih terbuka mata. Kebanyakan mesti akan cakap tentang INVESTMENT – beranakkan duit jadi duit.

Bagi mereka yang belum atau baru nak terlibat dalam dunia pelaburan saham, pastinya ada pelbagai stigma negatif yang masih diri. Biasa sangat kami dengar:

Saham ni susah?
(Nak kena tengok saham ni hari-hari, nak kena selalu tengok harga – Sebenarnya ini salah persepsi dan ajaran sesat. Kita kena jelas dan faham apa yang kita nak. Kita nak melabur saham atau nak berdagang saham?)

Melabur saham perlu ada modal puluh ribu?
(Bila guna modal kecil untung kecil, rugi pun kecil. Bila guna modal besar untung besar, rugi pun besar)

“Eeee tak nak aku, orang kata boleh muflis kalau main saham ni”.
(Siapa suruh kau berhutang?? Melabur ni kita gunakan duit lebihan saja)

Dan banyak lagi.

Sebenarnya kami ada mengupas mengenai salah faham ini, jemput baca 7 Salah Faham Yang Sering Berlaku Dalam Pelaburan Saham dan 4 Mindset Berbeza Orang Kita Tentang Pelaburan

Kami juga sudah menulis beratus-ratus artikel tentang teknik dan strategi saham yang freemium, tak perlu bayar. 100% percuma.

Sebelum Nak Untung Dalam Pelaburan Saham Kena Sanggup Buat 3 Perkara Ini

Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Nak buka akaun saham (CDS)? Ini Perbezaan Akaun Direct dan Nominee

3 Perkara Asas Kena Tahu Sebelum Nak Melabur Saham

Pengenalan Kepada Sektor Dan Industri Dalam Saham

Kenali 5 Jenis Chart Utama Technical Analysis

Asas Analisa Teknikal (Technical Analysis) Dalam Saham

3 Cara Untuk Tentukan Support dan Resistance

6 Sebab Kenapa ‘Japanese Candlestick’ Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini

Apa Yang Dimaksudkan Dengan ‘Breakout’ Dalam Saham?

Saham Yang Baru Breakout 52-Weeks High Berpotensi Untuk Naik Lagi

Kajian 4 Saham Yang Baru Buat Breakout

Untung Saham Yang Sama Berkali-Kali Dengan Teknik Ini

CANSLIM – Mencari Syarikat Kegemaran Pelabur Institusi

CANSLIM – ‘Leader Dan Laggard’ Penentu Saham Mana Yang Gerak Dulu

Boleh Jual Saham Anda Jika Keluar 3 Tanda Ini

3 Indikator Mudah Untuk Pelabur Baru Gunakan

Boleh scroll banyak lagi artikel di sini.

Jika nak baca kajian-kajian saham premium boleh layari laman web adinda kami yang 100% fokus kepada saham di TheKapital.my

Bagi mereka yang tekad nak mula dalam pelaburan saham, tahniah diucapkan kerana dengan membaca artikel ini pun boleh dikira sebagai hebat dan berani untuk mengambil langkah pertama.

Ini kerana, ramai yang masih tak tahu apa-apa pasal saham. Ramai yang masih zero, tak tahu pun saham ni apa sebenarnya. Masih ada yang kata saham tu sama dengan forex trading. Baca juga FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

Takziah diucapkan sekiranya ada yang termasuk skim-skim cepat kaya yang akhirnya menyebabkan pelaburan bertukar menjadi peleburan. Maaflah kami tidak aktif sangat mendedahkan skim-skim cepat kaya yang ada kerana kami berpendapat adalah lebih baik untuk memberi fokus memandaikan masyarakat tentang ilmu kewangan dan pelaburan yang sah.

Baca juga Cara Mengenal SCAMMERS Dan Skim Cepat Kaya Dengan Panduan Shariah

Niat dah ada untuk bermula, tapi tak tahu nak mula dekat mana?

Sebab itu kami di Majalah Labur dan The Kapital, nak sangat tunjuk jalan kepada orang ramai cara untuk menceburi dunia pelaburan saham di Bursa Malaysia yang sah dan patuh Syariah.

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Nak kata modul kami sudah lengkap pun tak boleh juga sebab kami pun tidak pernah berhenti belajar. Tetapi kami sedia membantu para newbie semua dalam bahasa yang senang faham.

Daftar Kelas Premium Ini Sekarang >> TheKapital.my/SenangSaham

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.