Kisah Kebangkitan Dan Kejatuhan Jenama Fesyen Terkenal J.Crew

Dalam hidup ini, kita tidak akan selamanya berada di atas. Ada masanya kita akan mengalami masa-masa suram dan berada di bawah. Begitu juga dalam dunia perniagaan.

Ada sesetengah perniagaan bermula dengan penuh susah payah sebelum berjaya. Dan ada juga yang terus melonjak naik sebelum jatuh terduduk.

Setiap perniagaan ada kisahnya yang tersendiri. Dan daripada kisah-kisah ini ada banyak perkara yang boleh kita pelajari.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda kisah kegemilangan jenama fesyen terkenal dari Amerika Syarikat iaitu J.Crew sebelum mereka diisyhtiharkan bankrap.

J.Crew merupakan salah satu jenama fesyen yang terkenal di negara Uncle Sam. Ia diasaskan oleh Mitchell Cinader dan Saul Charles pada tahun 1947. Perniagaan mereka ini dinamakan sebagai Popular Merchandise.

Mereka menjual pakaian dengan harga yang berpatutan dengan mensasarkan kepada golongan wanita.

Pada tahun 1983, mereka mula melakukan strategi perniagaan baru iaitu dengan mengeluarkan katalog pakaian mereka yang pertama iaitu J.Crew. Jadi pelanggan tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk ke kedai.

Mereka hanya perlu memilih pakaian yang mereka mahukan dari rumah dengan melihat katalog tersebut.

Walaupun harga pakaian mereka lebih murah berbanding dengan jenama popular yang lain, tetapi mereka bertindak bijak dengan menggunakan teknik fotografi dan juga layout majalah katalog mereka setanding dengan majalah fesyen terkemuka seperti Vogue.

Antara jenama bag tangan yang popular di kalangan korporat di US adalah Coach, Kate Spade, Michael Kors, Mac Jacobs dan Tory Burch.

Anda boleh memiliki jenama bag tangan berkualiti dari US ini di Fashrevo – Pengedar bag tangan dari US.

Jadi ini memberikan gambaran kepada pengguna yang jenama fesyen J.Crew pasti tidak kurang hebat berbanding dengan jenama mahal yang lain.

Perniagaan mereka terus berkembang sehingga mereka mampu membuka cawangan butik mereka sendiri. Sebuah firma persendirian iaitu TPG Capital membeli sebanyak 88% saham J. Crew yang bernilai lebih $500 juta!

Sumber : Forbes

Mereka kemudiannya melantik Milliard “Mickey” Drexler sebagai CEO baru pada tahun 2003.

Di bawah kepimpinannya, J.Crew terus berkembang sehingga menjadi antara jenama yang paling digemari golongan muda. Bayangkan, syarikat ini berjaya menjana keuntungan sehingga USD1.7 billion pada 2007.

Selebriti terkemuka seperti bekas Wanita Pertama Amerika, Michelle Obama, Taylor Swift, Jenifer Love Hewitt dan Brooke Shields turut dilihat memakai pakaian jenama ini.

Sewaktu kegawatan ekonomi pada tahun 2008, J. Crew tidak menunjukkan tanda-tanda kemerosotan. Mereka terus mencatatkan keuntungan beratus juta. Tetapi, beberapa tahun selepas itu, mereka mula dikritik kerana terlalu eksklusif dan juga mahal.

Pengguna mula beralih kepada jenama lain yang sedang berkembang seperti Zara dan juga H&M yang menawarkan pakaian yang juga berkualiti tetapi pada harga yang jauh lebih murah. Pada tahun 2014, harga pakaian yang dikeluarkan mereka menjadi lebih mahal. Ini membuatkan jualan mereka merudum teruk.

Drexler mengambil keputusan meletak jawatan dan diganti oleh Jim Brett. CEO baru ini kemudian mengambil langkah drastik dengan menurunkan harga, menambah koleksi saiz besar dan mula menjual jenama mereka di Amazon.

Ini sebaliknya telah membuatkan jenama mereka kelihatan murah. Beliau kemudiannya meletak jawatan hanya selepas 16 bulan memegang jawatan tersebut.

Anda tahu berapa lama masa yang diambil untuk mencari siapa yang mahu menggalas jawatan penting itu di J.Crew? 15 bulan! Di saat Jan Singer memegang jawatan tersebut, dunia dikejutkan dengan wabak pandemik Covid-19.

Ini memburukkan lagi keadaan bagi J.Crew. Dengan bebanan hutang yang sangat tinggi, Singer mengumumkan bahawa mereka akan memfailkan kebankrapan bagi memastikan syarikat itu boleh meneruskan operasinya.

Sumber Rujukan: Business Insider

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.