Vijay Mallya, Bad Boy Bilionaire Dari India

Baru-baru ini penulis ada menonton siri Bad Boy Billionaires di Netflix yang merupakan cerita mengenai seorang ahli perniagaan dari India. Pada awalnya, bisnes yang diwarisi daripada bapanya berjaya diuruskan dengan baik dan berkembang maju.

Namun tragedi berlaku apabila beliau memulakan suatu bisnes baru yang memerlukan wang dan pekerja yang ramai.

Vijay Vittal Mallya atau nama gelaran beliau King of Good Times dilahirkan pada tarikh 18 December 1955. Kini beliau berusia 64 tahun dan merupakan orang yang dikehendaki oleh kerajaan India di atas pertuduhan jenayah kewangan di India.

Asal-Usul Vijay

Vijay Mallya merupakan anak ahli perniagaan yang mewarisi perniagaan United Breweries Group, konglomerat yang menjalankan perniagaan dalam minuman alkohol, infrastruktur penerbangan, hartanah dan pembajaan. Beliau juga merupakan bekas pengerusi United Spirits, salah sebuah syarikat terbesar di India.

Vijay Mallya adalah pengerusi Sanofi India (Hoechst AG, Aventis) dan Bayer CropScience di India hampir 20 tahun dan menjadi pengerusi untuk beberapa syarikat yang lain. Beliau juga merupakan pengasas dan juga bekas pemilik Kingfisher Airlines dan bekas pemilik bersama Force India Formula One team.

Vijay Mallya adalah bekas pemilik pasukan kriket Royal Challengers Bangalore.

Mengambil Alih Perniagaan

Kredit Gambar: Live Mint

Apabila ayahnya meninggal dunia, Vijay Mallya ketika itu berusia 28 tahun dan terus dilantik menjadi pengerusi United Breweries Group pada tahun 1983. Sejak itu, kumpulan syarikat berkembang menjadi konglomerat dengan 60 buah syarikat dengan pulangan tahunan yang meningkat sebanyak 64% dari USD11 bilion pada tahun 1998-1999.

Beliau juga mengembangkan bisnes dengan membeli Berger Paints, Best and Crompton pada tahun 1988, Mangalore Chemicals and Fertilisers pada tahun 1990, The Asian Age penerbit surat khabar dan majalah filem dan Cine Blitz, Majalah Bollywood pada tahun 2001.

United’s Kingfisher Beer mempunyai lebih 50% daripada pegangan pasaran di India dan dijual di 52 buah negara lain. United Spirits Ltd adalah milik syarikat UB Group yang berjaya meluaskan pasaran bir di serata dunia.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2015 beliau dipaksa untuk berhenti menjadi pengerusi dan sepatutnya menerima sebanyak $75 juta namun pihak mahkamah India menahan pembayaran tersebut.

Dah Kenapa?

Kredit Gambar: Deccan Chronicle

Kingfisher Airlines yang ditubuhkan pada 2005 adalah bisnes venture terbesar oleh Vijay. Akhirnya bisnes ini bankrap dan terpaksa ditutup. Pada tahun 2013, syarikat ini tidak membayar gaji kepada para pekerjanya lebih daripada 15 bulan, hilang lesen untuk  beroperasi sebagai syarikat penerbangan.

Dalam masa yang sama berhutang USD1 bilion dengan pihak bank. Pada November 2015, jumlah pinjaman dengan bank meningkat sebanyak USD1.35 bilion.

Jatuhnya Kingfisher, Vijay dituduh sebagai ‘willfull defaulter’ di bawah undang-undang kerajaan India termasuk kesalahan lain seperti money laundering dan misappropriation.

Pada Mac 2016, pihak konsortium bank meminta kerjasama Supreme Court of India agar Vijay tidak meninggalkan India dan pergi ke luar negara disebabkan hutang syarikat beliau. Sebenarnya, Vijay lebih pantas dan telah pun meninggalkan India.

Maka, bermula urusan tuntutan hutang dari pelbagai pihak terhadap Vijay. Beliau masih selesa kerana mempunyai beberapa aset bukan hanya di India namun di di luar negara.

Hidup Secara Mewah

Kredit Gambar: India Today

Beliau digelar “King of Good Times” disebabkan cara hidup beliau yang agak berlebihan, maka ia sedikit sebanyak mempengaruhi syarikat serta keadaan kewangan  syarikat. Sebanyak 17 bank di India cuba menuntut kembali hutang dengan syarikat beliau dengan jumlah hampir USD1.3 bilion.

Beberapa agensi termasuk Income Tax Department dan juga Central Bureau of Investigation menyiasat Vijay yang disyaki terlibat dalam kesalahan kewangan dan money laundering.

Dengan Team Formula One Force India, beliau juga mengalami masalah kewangan dan diambil alih oleh Racing Point F1 Team.

Pertuduhan

Kredit Gambar: Business Today

Pada tahun 2017, beliau ditahan oleh pihak polis United Kingdom bagi pihak autoriti India namun dibebaskan untuk siasatan lanjut.

Kesimpulan di sini adalah apabila bisnes melibatkan kos yang tinggi ia boleh memakan diri kita di kemudian hari. Namun, syarikat pemilikan bersama bukan persendirian membuatkan aset peribadi beliau masih selamat dan apabila syarikat sudah gulung tikar maka aset dengan syarikat yang perlu dijual untuk membayar hutang yang ada.

Beliau dengan berani berkata:

“I have done absolutely nothing wrong”, there’s nothing to miss about India, since my family have all moved to England or the United States”.

Jika dilihat kepada sudut bisnes, beliau bukan salah 100% kerana bisnes melibatkan untung dan rugi dan pengurusan bisnes bukan melibatkan beliau seorang. Bisnes sudah rugi, sudah ditutup dan jatuh bankrap, apa yang boleh beliau lakukan.

Cuma yang menjadi kemarahan dan tidak puas hati bekas pekerja beliau dan orang ramai di India, adalah cara hidup beliau yang dipaparkan masih lagi berlebihan walaupun hutang syarikat dan gaji tidak dibayar pada ketika itu.

Salah langkah beliau adalah dengan melakukan bisnes penerbangan yang ketika itu merudum. Jika beliau masih fokus dengan bisnes bir dan baja ia tidak akan menjadi isu besar dan kekayaan beliau makin bertambah dan kurang drama hutang serta saman-menyaman ini.

Boleh jadi pengajaran kepada semua ahli perniagaan di luar sana untuk menimbang balik segala keputusan yang melibatkan ramai orang dan pinjaman yang besar.

Sumber Rujukan:

  • Netflix – Bad Boy Billionaires
  • Wikipedia Vijay Vital Mallya

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan (pelaburan, takaful dan wasiat) di institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ke Mana Perginya Duit Caruman PERKESO Kita Dilaburkan?

Bila sebut tentang PERKESO (SOCSO), perkara pertama yang terlintas di fikiran kebanyakan pekerja di Malaysia mestilah slip gaji bulanan yang kena potong, tuntutan elaun kemalangan, atau paling tidak pun isu skim wajib baru yang tengah hangat diperkatakan sekarang.

Gambaran Kasar Aliran Wang PERKESO (2024):

Untuk memudahkan kefahaman struktur kewangan mereka:

  • Duit Masuk (Kutipan caruman): ~RM7.58 Bilion
  • Duit Masuk (Untung pelaburan kasar): ~RM2.10 Bilion
  • Duit Keluar (Bayar pampasan/faedah pencarum): ~RM6.20 Bilion

Ini menunjukkan daripada RM7.58 Bilion yang dikutip, hampir RM6.20 bilion dipulangkan semula kepada pekerja/pencarum dalam bentuk bayaran pampasan dan faedah, manakah bakinya menjadi lebihan bersih dana institusi tersebut.

Tetapi, pernah tak anda terfikir: Ke mana perginya berbilion ringgit wang caruman yang dikumpul setiap bulan? Adakah ia sekadar disimpan di dalam bank atau sebenarnya “bekerja keras” menghasilkan untung?

Sebagai portal yang celik kewangan, hari ini kami nak bedah Laporan Tahunan PERKESO 2024 untuk melihat di mana institusi keselamatan sosial ini melaburkan dana mereka, dan berapa pula keuntungan kasar yang mereka berjaya jana!

1. Poket PERKESO Tengah Makin Lebat

Sebelum kita sembang bab kaunter saham mana mereka borong, mari kita tengok prestasi kewangan makro mereka terlebih dahulu.

Menurut laporan rasmi, jumlah Aset di bawah Pengurusan (AUM) PERKESO telah meningkat sebanyak 7.01% kepada sekitar RM36.87 Bilion!

Dari segi hasil atas pelaburan, strategi proaktif pasukan pelaburan mereka nampaknya membuahkan hasil:

  • Pendapatan Pelaburan Kasar (2024): Mencecah ~RM2.17 Bilion.
  • Pertumbuhan: Naik sebanyak 18.27% berbanding RM1,835.30 juta pada tahun 2023.
  • Kadar Pulangan (ROI) Kasar: Melonjak naik kepada 6.64% (berbanding 5.89% pada tahun sebelum).

Untung lebih RM2 bilion setahun ini bukanlah satu angka yang kecil. Jadi, di mana lubuk pelaburan mereka?

2. Di Mana PERKESO Melabur? (Pecahan Portofolio)

Sama seperti KWSP atau PNB, PERKESO menggunakan rangka kerja Alokasi Aset Strategik (SAA) bagi memastikan dana pelaburan mereka mampan, kalis inflasi dan yang paling penting mampu menampung tuntutan bayaran faedah pekerja bagi jangka masa panjang.

Berikut adalah instrumen utama pelaburan mereka:

  • 62.81% Pendapatan Tetap (Fixed Income)
  • 27.52% Ekuiti
  • 6.77% Pasaran Wang
  • 2.90% Pelaburan Alternatif

A. Pasaran Saham (Ekuiti)

Jika anda rasa pelaburan saham ini berisiko, bagi dana gergasi seperti PERKESO, pasaran ekuiti tersiar di Bursa Malaysia merupakan antara lubuk buat duit terbesar mereka untuk tahun 2024. Peningkatan pendapatan pelaburan kasar mereka disumbangkan secara signifikan oleh keuntungan penjualan saham apabila pasaran saham berada dalam momentum yang baik.

Buat masa ini, kita hanya melihat cebisan portfolio melalui pengumuman Bursa Malaysia dan laporan media, bukannya gambaran penuh seperti yang didedahkan oleh KWSP. Tetapi nampaknya tiada langsung perincian senarai pegangan saham seperti yang dibuat oleh KWSP.

KWSP setiap tahun akan dedahkan:

  • Top 30 pegangan Bursa Malaysia
  • Nilai pegangan
  • Peratus pegangan
  • Kadang-kadang siap cerita prestasi mengikut aset dan pasaran luar negara.

Jadi orang ramai boleh tahu:

  • KWSP pegang saham Maybank berapa banyak
  • CIMB
  • Public Bank
  • Tenaga
  • YTL Power
  • Sunway dan sebagainya.

Menariknya, orang ramai sebenarnya tidak mengetahui pegangan saham PERKESO secara menyeluruh. Sebaliknya, sesuatu pelaburan hanya mendapat perhatian apabila ia menjadi berita atau melibatkan pengumuman kepada Bursa Malaysia.

Antara contoh yang pernah berlaku ialah:

Cypark Resources

Cypark Resources merupakan antara pegangan saham yang diketahui dimiliki oleh PERKESO. Pada tahun 2023, PERKESO menjadi pemegang saham utama selepas pegangan melepasi ambang pelaporan Bursa Malaysia. Ketika itu, Ketua Eksekutif PERKESO menjelaskan bahawa pelaburan dalam Cypark dibuat kerana syarikat tersebut mempunyai good fundamental value serta selari dengan fokus ESG organisasi. Sehingga kini, PERKESO masih tersenarai sebagai pemegang saham utama dengan pegangan sekitar 6.66% atau 54.83 juta saham.

Pharmaniaga (2025)

Pada Jun 2025 pula, The Edge Malaysia melaporkan bahawa PERKESO sedang berbincang untuk menyertai private placement Pharmaniaga Berhad dan berpotensi muncul sebagai pemegang saham yang besar sekiranya urus niaga itu dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, Pharmaniaga menjelaskan ketika itu bahawa belum ada keputusan muktamad mengenai pelabur yang akan mengambil bahagian dalam private placement tersebut.

Berjaya Food Berhad

Pada tahun 2021, PERKESO muncul sebagai pemegang saham utama Berjaya Food selepas pegangannya melepasi 5%. Walaupun pegangan itu kini telah berkurangan, PERKESO masih tersenarai sebagai antara pemegang saham terbesar syarikat dengan pegangan sekitar 2.30% atau 48.48 juta saham.

99 Speed Mart Retail Holdings

PERKESO turut menjadi salah satu daripada 14 cornerstone investors semasa IPO 99 Speed Mart pada tahun 2024. Namun, setiap cornerstone investor diperuntukkan pegangan di bawah 5%, menyebabkan PERKESO tidak muncul dalam senarai pemegang saham utama. Keadaan ini bermaksud orang ramai mengetahui penglibatan PERKESO ketika IPO, tetapi tidak dapat mengesan sama ada pegangan tersebut masih dikekalkan selepas syarikat disenaraikan.

Pelabur asas (cornerstone investors) ialah pelabur institusi yang bersetuju membeli saham lebih awal sebelum IPO dibuka kepada orang ramai, sekali gus memberi keyakinan kepada pasaran terhadap penyenaraian tersebut.

B. Bon Domestik & Sukuk (Sekuriti Hutang)

Bagi mengimbangi risiko pasaran saham yang turun naik, PERKESO meletakkan sebahagian besar dana dalam instrumen berpendapatan tetap (fixed income) iaitu bon korporat dan sukuk domestik. Ini memberikan aliran pendapatan faedah yang stabil setiap tahun.

Antara sektor-sektor utama dalam negara yang disokong oleh dana bon PERKESO termasuklah:

  • Perbankan & Perkhidmatan Kewangan
  • Tenaga & Utiliti (Sektor kritikal negara)
  • Pengangkutan & Telekomunikasi
  • Hartanah & Kewangan Awam

C. Aset Kewangan Sedia Untuk Dijual

Aset kewangan sedia untuk dijual boleh diibaratkan sebagai “stok pelaburan” yang boleh dijual pada bila-bila masa jika pengurus dana melihat peluang yang lebih baik. Ia lazimnya terdiri daripada saham, bon, sukuk, REIT dan instrumen pelaburan lain yang mudah diniagakan di pasaran.

Kantung kecairan PERKESO dalam kategori aset ini adalah sangat besar. Nilai aset kewangan sedia untuk dijual di bawah kumpulan PERKESO dilaporkan mencecah RM32.88 bilion. Ini memberikan fleksibiliti tinggi kepada pengurus dana mereka untuk bertindak mengikut kitaran ekonomi semasa.

D. Hartanah Fizikal & Deposit Tunai

PERKESO juga mempunyai pegangan dalam pasaran hartanah bagi menjana pendapatan bersih melalui hasil sewaan serta modal apresiari. Di samping itu, dana selebihnya diletakkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit tegar bersama institusi kewangan berlesen demi keperluan kecairan tuntutan faedah harian pekerja.

3. Untung Bilion-Billion Tapi Belanja Pun Besar?

Satu fakta menarik yang pekerja perlu tahu ialah: Walaupun pendapatan pelaburan mereka mencecah RM2.17 Bilion, kos tanggungjawab atau belanja tanggungan (tuntutan pampasan/faedah) yang PERKESO perlu bayar semula kepada pekerja yang ditimpa musibah juga meningkat sebanyak 7.29% kepada ~RM6.2 Bilion!.

Peningkatan bayaran keluar (payout) ini disebabkan oleh pertambahan bilangan penerima faedah serta peluasan skim perlindungan kepada sektor pekerja asing dan bekerja sendiri (SKSPS).

Melalui data ini, jelaslah bahawa PERKESO bukan sekadar menyimpan duit caruman. Wang tersebut digulung masuk ke dalam ekosistem korporat Malaysia demi menjana pulangan berbilion ringgit untuk memastikan kantung institusi ini sentiasa sihat dan kalis risiko masa depan.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan dan perkongsian maklumat semata-mata. Analisis adalah berdasarkan Laporan Tahunan PERKESO 2024, pengumuman Bursa Malaysia, prospektus syarikat serta laporan media yang boleh diakses oleh orang awam. Sebarang contoh pegangan saham yang dinyatakan tidak semestinya mewakili keseluruhan portfolio pelaburan PERKESO, kerana senarai penuh pegangan ekuiti tidak didedahkan dalam laporan tahunan. Artikel ini bukan bertujuan membuat sebarang dakwaan atau spekulasi terhadap strategi pelaburan PERKESO, dan bukan merupakan nasihat pelaburan.