Trader Mata Wang Kripto Perlu Bayar Cukai Pendapatan?

Sejak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia membenarkan Luno, Tokenize dan Synegy untuk beroperasi di Malaysia sebagai tukaran aset digital (digital asset exchange) yang sah; orang ramai makin terbuka untuk jual beli mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Keadaan semakin hangat apabila fatwa oleh Majlis Agama di Malaysia antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perlis, masing-masing menetapkan bahawa Bitcoin bukanlah mata wang daripada sudut Shariah, maka hukum al-Sarf (pertukaran mata wang) tidak terpakai. Kedua, didapati bahawa Bitcoin adalah aset digital yang diharuskan untuk kita melabur ke dalamnya.

Baca: Hukum Bitcoin Oleh Para Ulama Kewangan Islam

Maka persoalan seterusnya, perlukah trader mata wang kripto isytihar pendapatan mereka – seterusnya bayar cukai pendapatan bagi keuntungan daripada transaksi yang dijalankan?

Berikut merupakan penjelasan daripada Cik Ranjeet Kaur, Pengarah Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

1. Secara amnya Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) memperuntukkan, pendapatan yang terakru dalam atau diperoleh dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikenakan cukai. Kelas-kelas pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan di Malaysia pula termaktub dalam Seksyen 4 ACP 1967 seperti berikut:

  • Laba atau keuntungan daripada suatu perniagaan [Perenggan 4 (a)];
  • Laba atau keuntungan daripada suatu penggajian [Perenggan 4 (b)];
  • Dividen, faedah atau diskaun [Perenggan 4 (c)];
  • Sewa, royalti atau premium [Perenggan 4 (d)];
  • Pencen, anuiti atau bayaran-bayaran berkala lain yang tidak termasuk di bawah mana-mana perenggan di atas [Perenggan 4 (e)];
  • Laba atau keuntungan yang tidak termasuk di bawah mana-mana perenggan di atas [Perenggan 4 (f)].

2. Layanan cukai terhadap pendapatan yang dijana melalui urus niaga mata wang digital, saham dan mata wang asing adalah sama dengan layanan cukai pendapatan yang dijana melalui kaedah perniagaan konvensional.

3. ACP 1967 tidak memperuntukkan layanan cukai secara spesifik terhadap untung atau rugi yang timbul daripada urus niaga mata wang kripto (jual beli, medium pertukaran menggantikan wang fiat, pelaburan atau pelombong), saham dan pertukaran mata wang asing (forex).

4. Oleh itu,  dalam menentukan sama ada sesuatu keuntungan daripada urus niaga itu dikenakan cukai ataupun tidak, perlu untuk kita lihat satu per satu kes secara lebih mendalam bagi menentukan sama ada wujudnya corak perdagangan (badges of trade).

5. Sekiranya urus niaga tersebut lebih bersifat keuntungan modal, pasif seperti dilakukan sekali-sekala, tidak terancang atau tidak bersistematik, maka keuntungan daripada urus niaga tersebut adalah tidak dikenakan cukai pendapatan.

6. Sebaliknya, bagi pihak yang terlibat dalam urus niaga ini secara aktif, bersistematik dan berulang-ulang di mana wujudnya corak perdagangan (badges of trade), maka pihak tersebut dianggap telah menjalankan suatu urus niaga atau profesyen dan keuntungan yang dijana daripada urus niaga tersebut adalah dikenakan cukai pendapatan.

7. Individu yang tergolong dalam kategori ini hendaklah mengemukakan borang B (individu yang menjalankan perniagaan) sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun dan turut boleh mengambilkira semua perbelanjaan yang berkaitan dengan urus niaga yang dijalankan sebagai tolakan ketika mereka mengira keuntungan bersih daripada urus niaga tersebut.

8. Bagi maksud pelaporan dan pengemukaan borang cukai, nilai urus niaga hendaklah ditukar kepada nilai mata wang tempatan iaitu Ringgit Malaysia (RM).

9. Secara khusus bagi urus niaga mata wang kripto, nilai yang boleh digunakan adalah:

Nilai pasaran barangan dan perkhidmatan yang terlibat; atau

Sekiranya tiada nilai pasaran, nilai yang dinyatakan pada platform Digital Asset Exchange yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan tertera pada laman web Bank Negara Malaysia.

10. Untuk membantu pembayar cukai melengkapkan Borang B, LHDNM telah menyediakan Nota Penerangan Borang B yang boleh diakses di portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang.

11. Selain itu, risalah berkaitan pendapatan perniagaan individu dan perniagaan digital juga boleh dirujuk melalui pautan berikut:

Perniagaan Pendapatan

Perniagaan Digital

12. Garis panduan berkaitan urus niaga perdagangan elektronik / digital pula boleh diakses melalui pautan berikut:

GUIDELINES ON TAXATION OF ELECTRONIC COMMERCE TRANSACTION

13. LHDNM juga ingin menasihatkan mana-mana pembayar cukai dan para pelabur yang terlibat dengan urusniaga mata wang digital ini agar menyimpan rekod, dokumen dan helaian kerja yang berkaitan selama tujuh tahun untuk tujuan pengauditan.

14. Pembayar cukai yang gagal / lewat mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dalam tempoh yang ditetapkan dan kurang lapor pendapatan boleh dikenakan penalti masing-masing di bawah Seksyen 112 dan Seksyen 113 ACP 1967.

Trader Saham Pun Kena Bayar Cukai

Bukan trader mata wang kripto saja yang kena bayar cukai, trader saham pun sebenarnya kena bayar cukai. Eh, trader forex pun kena bayar cukai juga. Baru adil.

Jemput baca Benarkah Keuntungan Daripada Pelaburan Saham Tidak Dikenakan Cukai?

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Maksudnya kalau kita buat keuntungan dgn kripto dgn sekali urus niaga sahaja setahun tidak dikenakan cukai? Betulkah pemahaman saya?

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.