Kebangkitan Hartanah SOHO Selepas COVID-19 Selesai

Hartanah SoHo bermaksud Small Office Home Office, merupakan sebuah hartanah yang direka bentuk untuk menjadi kediaman dan pejabat.

SoHo hanya mempunyai kelengkapan asas seperti bilik tidur, tandas, ruang tamu dan kebanyakan SoHo dibina tanpa dapur dan balkoni.

Baca : 6 Alasan Anak Muda Tak Nak Melabur Dalam Bidang Hartanah

Keluasannya adalah kurang daripada 500 kaki persegi dan wujud secara mendadak di pusat bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu

Ini berlaku gara-gara pengisytiharan Akta Hakmilik Strata pada 2013 untuk membina lebih banyak unit bersaiz kecil (500 kaki persegi) yang lebih mampu milik.

Sasaran utama pembeli unit kediaman SoHo adalah golongan muda yang baru berkahwin dan usahawan muda yang ingin menduduki hartanah di kawasan komersial berdekatan dengan :-

  • MRT/KTM/LRT
  • Pusat Beli Belah/Pasaraya
  • Lot Perniagaan Komersial
  • Akses Lebuhraya
  • Restoran Makanan Segera

Menjelang tahun 2017, permintaan terhadap hartanah SoHo meningkat khususnya dari SME dan startup yang semakin meningkat jumlahnya menerusi pelbagai program subsidi dan geran kerajaan menerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Baca : Anak Muda, Jangan Pernah Putus Asa Untuk Beli Rumah Dan Buatlah 5 Perkara Ini

Data daripada NAPIC juga menunjukkan transaksi hartanah SoHo meningkat sebanyak 18% setiap tahun semenjak tahun 2013.

SoHo mencatatkan pemilikan sebanyak 3,437 unit pada tahun 2013 kepada 4,800 unit pada tahun 2017 dengan kebanyakan pembeli adalah individu / SME untuk pelaburan hartanah atau dijadikan kediaman dan pejabat.

Permintaan juga dijangka meningkat kepada unit terbaru di pasaran seperti:

  • The Exchange 106@ TRX
  • Southpoint Tower@ Mid Valley
  • Equatorial Plaza

Kenapa Permintaan SOHO Meningkat?

Kebanyakan SoHo hadir di pasaran dengan tanda harga di bawah RM500,000 dengan fasiliti seperti gimnasium, kolam renang, lot parkir dan sekuriti 24 jam.

Baca : Kajian Menunjukkan Shah Alam Dan Bangi Merupakan Lokasi Yang Paling Ideal Untuk Diduduki

Pemilik syarikat yang telah mengecilkan saiz syarikat dan memerlukan ruang yang lebih kecil akan memilih SoHo sebagai alternatif utama menggantikan co-working space kerana mempunyai kebebasan untuk bekerja lebih masa tanpa terikat dengan waktu operasi co-working space.

Memandangkan bayaran bulanan adalah lebih rendah, pemilik syarikat mempunyai bajet tambahan yang boleh difokuskan untuk aktiviti syarikat.

Dijangka 75% tenaga kerja golongan milennial di Malaysia menjelang tahun 2025 adalah usahawan gig yang sukakan fleksibiliti samada mereka mendapatkannya dengan menyewa/membeli SoHo atau menyewa meja di co-working space.

Faktor Luaran Yang Membantu Peningkatan Permintaan SOHO

Photo by Pixabay from Pexels

Semenjak tahun 2019 lagi Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) cuba menyelesaikan isu pemilikan hartanah dan lambakan hartanah tidak terjual.

Antara langkah popular adalah dengan mewujudkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang membolehkan pembeli rumah membeli tanpa kos tambahan duti setem, MOT, SPA.

Tawaran dari pemaju hartanah pada hari ini yang dilihat terdesak seperti menawarkan rebat, cashback dan diskaun pada amaun yang luar biasa juga bakal membantu peningkatkan permintaan SoHo di masa hadapan.

Jangan terkejut sekiranya anda mendapat pemaju hartanah hari ini bukan sahaja menawarkan deposit percuma, bahkan duit muka mampu dibayar secara ansuran sehingga 22 bulan dan ada pemaju yang menawarkan kabinet dan perabot secara percuma!

Baca : Jauhi Cashback Hartanah Sebelum Terjerat

Jumlah hartanah SoHo yang dilelong pada tahun 2018 meningkat sebanyak 835 atau 255 unit berbanding 2017 dan ini bermakna secara purata terdapat 21 kes lelong SoHo setiap bulan.

Pada tahun 2019, hartanah RM300,000 hingga RM500,000 tidak terjual adalah sebanyak 7,883 unit dan hartanah lebih RM500,000 sebanyak 12,258 unit yaqni 40.9% daripada jumlah keseluruhan hartanah tidak terjual 2019.

Penawaran inventori dari pemaju juga telah menurun mendadak bermula tahun 2015 dan paling rendah adalah pada tahun 2019.

  • 2014 : 673,235 unit
  • 2015 : 568,951 unit
  • 2016 : 451,913 unit
  • 2017 : 448,199 unit
  • 2018 : 449,685 unit
  • Q3 2019 : 442,468 unit

Landskap Masa Hadapan Di Malaysia

Golongan milennial cenderung untuk menjadi usahawan berbanding bekerja 9-5 di pejabat kerana inginkan fleksibiliti dalam gaya hidup.

Golongan ini ini juga sanggup menangguhkan matlamat hidup yang konservatif seperti memiliki rumah dan berkeluarga dan.

Trend tinggal di co-living semakin mendapat tempat kerana penghuni berkongsi ruang hidup, minat dan nilai yang sama dan wujud di kawasan tumpuan bandar utama dengan penguasaan gig ekonomi yang lebih meluas.

Baca : Komersial vs Kediaman: Hartanah Mana Lebih Ideal Untuk Pelaburan?

Disebabkan harga rumah pada hari ini dilihat semakin tidak mampu milik, konsep co-living yang mengetengahkan konsep kolaboratif perkongsian ruang dan kemudahan yang menjimatkan wang kini semakin mendapat tempat.

Gaya hidup minimalis lebih cenderung kepada golongan milennial introvert yang lebih selesa berada di rumah berbanding keluar bersosial.

Golongan ini tidak sukakan komitmen dan lebih gemar berbelanja kepada pengalaman sebenar seperti bercuti, makan di restoran dan aktiviti sosial yang menyihatkan.

Kita boleh menjangkakan ketiga – tiga golongan ini lebih cenderung untuk menyewa SoHo kerana inginkan fleksibiliti, ruang yang minimalis dan akses kemudahan yang pelbagai.

Sebenarnya norma baharu dalam hartanah telah lama dibentuk dan golongan milennial dilihat cenderung membeli/menyewa SoHo berbanding rumah teres yang terletak di pinggir bandar.

Baca : Jom Semak Kelayakan Rumah Dari 17 Bank Di Malaysia

Lebihan penawaran untuk SoHo boleh di selesaikan dengan sendirinya sekiranya stimulus yang dilancarkan Kerajaan terus konsisten sehingga isu lambakan hartanah ini selesai.

Ini bukanlah pengakhiran untuk ruangan pejabat kerana permintaan terhadap ruang pejabat di lot komersial akan tetap ada.

Baca : 5 Fakta Industri Hartanah Anda Wajib Tahu Bagi Tahun 2020

Hanya trend penyewaan pejabat kini sedikit berbeza dan orang awam inginkan nilai tambah yang mereka boleh dapatkan berbanding ruang pejabat yang lapang dan kosong.

Apa yang pasti, samada co-working space atau SoHo menjadi pilihan utama mereka.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

“Kaki Shopping” Kini Boleh Jadi “Owner” Mall: Kenali IOI REIT RM7.58 Bilion

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) secara rasmi memulakan langkah besar dalam pasaran modal dengan mencadangkan penyenaraian IOI REIT di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Dengan penilaian aset mencecah RM7.58 bilion, entiti ini bakal menjadi salah satu REIT terbesar di Malaysia, sekali gus mengubah landskap pelaburan hartanah tempatan.

Senang cakap, IOI Properties nak kumpulkan aset-aset “lubuk duit” mereka (seperti mall, hotel dan pejabat) ke dalam satu bakul besar yang dipanggil REIT.

  • Nilai Aset: RM7.58 bilion
  • Status: Bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
  • Peluang: Bila disenaraikan nanti, pelabur (termasuk kita) boleh beli unit dalam REIT ini untuk dapatkan dividen hasil daripada kutipan sewa mall dan pejabat mereka

Baca juga REIT: Cara Melabur Dalam Hartanah Tanpa Modal Besar dan Deposit

1. Pecahan Portfolio Aset (Retail, Hotel dan Pejabat)

Kekuatan IOI REIT terletak pada kualiti asetnya yang mempunyai kadar penghunian (occupancy rate) yang tinggi dan lokasi strategik. Contohnya bila pergi IOI City Mall Putrajaya pada hujung minggu, nak cari parking pun boleh pening kepala. Itu sebenarnya petanda yang sangat bagus untuk pelabur.

Segmen Retail (Pusat Beli-Belah)

Ini adalah pemacu utama pendapatan bagi IOI REIT:

Nama AsetLokasiBilangan Kedai (Anggaran)
IOI City MallPutrajaya700+ Unit
IOI Mall PuchongPuchong450+ Unit
IOI Mall KulaiJohor140+ Unit

Segmen Hospitaliti & Pejabat

  • Hotel: Termasuk aset berprestasi tinggi seperti Putrajaya Marriott Hotel, Le Méridien Putrajaya dan Palm Garden Hotel.
  • Pejabat: Menara IOI City (Fasa 1 & 2) yang menempatkan pelbagai penyewa korporat gergasi dan agensi kerajaan.

2. Rasional Strategik: Mengapa IOI REIT Penting?

Langkah IOIPG memisahkan aset-aset ini ke dalam REIT mempunyai objektif kewangan yang jelas:

  • Pencairan nilai: Memberi nilai pasaran yang jelas kepada aset hartanah pelaburan IOIPG yang selama ini “tersembunyi” dalam kunci kira-kira syarikat induk.
  • Struktur modal yang lebih ringan’: Hasil daripada penyenaraian ini boleh digunakan untuk mengurangkan hutang korporat atau membiayai projek pembangunan baharu (seperti IOI Central Boulevard di Singapura).
  • Dividen konsisten: Sebagai REIT, entiti ini diwajibkan mengagihkan sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan boleh agih sebagai dividen kepada pemegang unit, menjadikannya pilihan utama pelabur yang mencari pendapatan pasif.

3. Peluang Pelaburan

Nak buka kedai sendiri dalam mall? Fuh, modal bukan sikit. Deposit saja dah boleh beli sebiji kereta, belum kira stok barang dan gaji pekerja lagi. Memang nampak mustahil untuk orang biasa macam kita.

IOI Properties akan membuka ruang buat kita semua untuk ‘tumpang sekaki’ dalam kejayaan aset mereka. Melalui IOI REIT, anda tidak perlu menunggu jadi jutawan untuk memiliki hartanah sendiri; anda boleh mula membina portfolio ‘tuan tanah’ anda sendiri dengan unit-unit REIT yang sah dan dikawal selia. Juga tak perlu pusing kepala fikir nak jual barang apa, tak perlu upah pekerja dan tak perlu risau kedai laku ke tidak.

1. Bila anda melabur dalam IOI REIT, secara tak langsung penyewa anda adalah jenama-jenama besar dunia yang ada dalam mall tersebut. Mereka ni jarang culas bayar sewa.

2. Bayangkan anda tengah tidur atau tengah bercuti, tapi 700+ kedai di IOI City Mall dan 450+ kedai di IOI Mall Puchong tetap “bekerja” untuk anda. Pada tahun 2025 sahaja, hasil tempat letak kereta daripada aset-aset IOI menyumbang sebanyak RM64.7 juta. Setiap sen sewa yang mereka bayar kepada IOI, sebahagiannya akan diagihkan kepada anda sebagai dividen.

3. Tak perlu RM1 juta dalam bank. Dengan modal serendah beberapa ratus ringgit (harga beberapa unit saham REIT), anda sudah boleh mula membina portfolio hartanah pelaburan sendiri. Anda tambah unit sikit demi sikit setiap bulan, lama-lama jumlah sewa yang anda terima pun makin tebal.

Status Syariah

Untuk melayakkan sesebuah REIT itu mendapat status patuh Syariah, pendapatan daripada penyewa yang menjalankan aktiviti tidak patuh Syariah (seperti bank konvensional, penjualan minuman keras atau insurans konvensional) mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah pendapatan kasar REIT tersebut.

Mereka memiliki banyak hotel (Marriott, Le Méridien) yang biasanya mempunyai jualan alkohol atau pusat hiburan. Jika pendapatan dari bahagian ini terlalu tinggi, ia boleh menjejaskan status syariah.

Kita perlu menunggu prospektus rasmi dikeluarkan nanti. Dalam dokumen itu nanti, akan ada ruangan khas yang menyatakan sama ada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti meluluskan penyenaraian ini sebagai Islamic REIT atau tidak.

Setakat ini, pasaran kita sudah ada beberapa REIT gergasi yang berstatus tidak patuh Syariah disebabkan komposisi penyewa mereka seperti:

  • IGB REIT (Mid Valley/The Gardens)
  • Pavilion REIT
  • Sunway REIT (Walaupun mereka ada banyak instrumen Islam, status induk masih konvensional atas faktor hotel/pub).

Kalau IOI berjaya jadikan REIT ini patuh Syariah, ia akan jadi “game changer” sebab dana-dana Islam yang besar akan masuk melabur secara agresif.

Sabar dulu, IOI REIT ni masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Suruhanjaya Sekuriti. Anggaplah fasa menunggu ini sebagai waktu terbaik untuk anda mengkaji prestasi mall-mall mereka. Boleh rujuk laporan tahunan IOI Properties.

Risiko Yang Perlu Diperhatikan

Pelabur yang bijak tidak hanya melihat pada potensi keuntungan, tetapi juga perlu realistik dengan cabaran semasa. Ada dua faktor besar yang bakal menguji daya tahan IOI REIT:

  • Kuasa beli menurun: Kalau ekonomi gawat atau orang mula berjimat, jualan kedai mungkin akan terkesan.
  • Krisis tenaga: Menguruskan mall berkeluasan berjuta kaki persegi memerlukan penggunaan tenaga yang sangat besar. Isu tenaga global dan kenaikan tarif elektrik merupakan risiko yang boleh menipiskan margin keuntungan bersih.
  • Saingan E-Commerce: Walaupun “budaya mall” sangat kuat di Malaysia, saingan daripada platform atas talian tetap ada. Strategi IOI untuk menggabungkan elemen pengalaman (seperti taman tema indoor dan gelanggang ais) adalah kunci untuk memastikan mall mereka kekal relevan dan tidak hanya bergantung kepada jualan barangan fizikal semata-mata.

Syarat untuk membeli REIT adalah sama seperti anda membeli saham syarikat di Bursa Malaysia.

Berikut adalah syarat-syarat asas yang anda perlukan:

1. Mempunyai Akaun CDS & Akaun Trading

  • Mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Akaun CDS (Central Depository System): Tempat untuk simpan “geran” digital unit REIT anda.
  • Akaun Trading: Akaun dengan syarikat broker (seperti CGSI, M+ Online, Webull) untuk urusan jual-beli.

2. Mempunyai Modal Pelaburan

  • Minimum belian: 1 lot bersamaan 100 unit.
  • Contoh modal: Jika harga 1 unit REIT ialah RM1.00, maka modal minimum anda adalah RM100 (tak termasuk caj broker/stamping).

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!