5 Strategi Pelik Jual Rumah Yang Wujud

Sebenarnya memang ada pelbagai teknik, taktik dan strategi untuk jual rumah sama ada dari pemilik rumah mahupun ejen hartanah itu sendiri.

Tak kisah walau apa pun jalannya, penghujungnya tetap sama yaqni untuk menjual rumah tersebut secepat mungkin.

Hari ini, dengan pelbagai tawaran jenis rumah dan lokasi, strategi mencari bakal pembeli dan menjual rumah memerlukan lebih dari sekadar gambar yang menarik dan tawaran harga yang mampu milik buat pembeli.

Pemilik rumah dan ejen hartanah hari ini telah mencapai satu tahap kreativiti dan inovasi yang baharu.

Buktinya? Ramai pembeli rumah hari ini berjaya membeli rumah menerusi posting di sosial media seperti Facebook dan Instagram.

Baca : 5 Perkara Yang Boleh Mempengaruhi Penjualan Rumah

Lihat sahaja iklan-iklan hartanah untuk dijual di Facebook Group kawasan perumahan, dan kita akan dapati terdapat sekurang-kurangnya satu posting iklan hartanah.

Dan, ada juga kisah-kisah menarik dari ejen hartanah yang berjaya menjual rumah dengan hanya satu post di Facebook.

Tahukah anda, ada banyak strategi pelik jual rumah yang sebenarnya wujud dan berkesan di luar negara?

Jom kita lihat 5 strategi tersebut. Mana tahu anda boleh gunakan salah satu dari strategi di bawah.

1. Hadiah Wang Untuk Facebook Share

Image by Paul Brennan from Pixabay

Sebuah keluarga di Kanada pada Disember 2015 lalu membuat keputusan untuk tidak menggunakan khidmat ejen hartanah berdaftar bagi mencari pembeli rumah mereka yang berharga USD589,000.

Baca : 4 Tips Berunding Dengan Ejen Hartanah Untuk Menjual Rumah

Sebaliknya, mereka menawarkan USD1,000 kepada mana-mana individu yang share posting jualan rumah mereka di Facebook sehingga rumah tersebut berjaya dijual.

Dalam tempoh seminggu sahaja, posting tersebut berjaya mendapat 5,200 share.

Tindakan mereka menggunakan platform sosial media adalah untuk elak daripada membayar sejumlah USD30,000 untuk khidmat ejen hartanah berdaftar.

Baca : Kenapa Kena Jual Dan Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah?

2. Percuma Kereta Tesla

Pada tahun 2014, sebuah pemaju hartanah di Brooklyn, New York telah menawarkan sebuah Tesla model S sedan yang berharga USD80,000 untuk pembeli yang membeli unit Park Slope Triplex.

Unit 3 tingkat dengan ruang pengecasan dan garaj Tesla itu dijual dengan tanda harga USD6 juta pada ketika itu.

3. Cabutan Bertuah

Strategi ini agak popular di England di mana, pemilik rumah akan memberi rumahnya kepada pemenang cabutan bertuah itu.

Strateginya adalah, setiap tiket cabutan harus dibeli dengan harga USD2 dan pemenang akan diumumkan selepas sejumlah tiket cabutan telah dibeli sesuai dengan harga rumah yang ingin dijual (contohnya USD120,000).

Bakal pemenang digalakkan membeli sebanyak mungkin tiket cabutan bertuah bagi meningkatkan peluang memiliki rumah tersebut.

4. Bukan Bodoh Dan Terdesak

Saat Krisis Kewangan 2008 melanda Amerika Syarikat, banyak pemilik rumah yang terpaksa menjual kediaman mereka dan rumah dilelong sehingga menimbulkan satu situasi di mana harga rumah turun pada kadar mendadak.

Baca : Rumah Boleh Jadi Aset Dan Beban

Bill McSpadden Real Estate dari Knoxville, Tennessee ingin orang ramai tahu bahawa pemilik menjual rumah tersebut pada harga murah bukan kerana bodoh atau terdesak, sebaliknya sebagai tindak balas penurunan harga rumah pada ketika itu.

5. Rumah Berhantu

Di Malaysia, pembeli paling takut sekali membeli rumah yang mempunyai ‘penghuni lain’ di dalamnya.

Ini nyata berbeza buat Greg Leeson pada tahun 2013 yang mengiklankan rumahnya yang terletak di Pennsylvania secara online di Zillow (portal hartanah di US).

Beliau secara jujur menukilkan yang rumah tersebut ‘sedikit berhantu’ tetapi tidak ‘serius’.

Rumah tersebut masih tidak terjual pada tahun 2016 dengan harga USD119,900.

Tanpa kreativiti dan inovasi, pemilik rumah dan ejen hartanah berdaftar akan kekal dengan strategi tradisional dalam penjualan hartanah.

Menggunakan platform media sosial sebenarnya terbukti berkesan untuk mencari pembeli rumah tetapi harus disaring terlebih dahulu.

Baca : Pasangan Ini Bina Rumah Sendiri Di Atas Pulau Buatan

Ada strategi yang dikongsikan agak lucu tetapi berjaya dan ada juga yang kurang berjaya.

Pemilik rumah di Malaysia mungkin boleh cuba salah satu strategi yang dikongsikan di atas.

Sumber Rujukan: CBS News

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5.Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu lepas? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 31 Januari 2021 jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.