Johor Bakal Ada Pengangkutan Awam Automated Rapid Transit (ART) Pertama Di Asia Tenggara

Tahukah anda, terdapat tiga jenis penggalak atau pemangkin dalam hartanah yang dalam bahasa industri hartanah dipanggil booster hartanah.

Booster hartanah memainkan peranan yang luar biasa dalam meningkatkan nilai hartanah berlipat kali ganda dalam satu tempoh masa.

Booster hartanah terdiri daripada tiga jenis iaitu:

1. Infrastruktur

Pembangunan infrastruktur yang menghubungkan lokasi A dan lokasi B merangkumi pembangunan lebuh raya dan projek mega pengangkutan awam seperti MRT, LRT, ART.

2. Komersial

Peningkatan aktiviti ekonomi hasil daripada pembangunan premis perniagaan, kilang dan apa sahaja yang melibatkan aktiviti ekonomi.

3. Populasi

Nilai yang meningkatkan jumlah populasi penduduk sekitar secara dinamik seperti sekolah, pusat pengajian dan sebagainya.

Contoh lokasi yang menerima impak positif dari pembangunan booster hartanah adalah Bangsar South, Bandar Saujana Putra dan Horizon Hills.

Booster hartanah merupakan perkara terbaik yang boleh berlaku dalam pelaburan hartanah.

Baca : “Booster” Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

Hal ini kerana, booster hartanah telah memendekkan tempoh masa sesuatu kawasan untuk matang dan meningkatkan nilai hartanah sekitarnya.

“Lebih matang sesuatu kawasan, lebih tinggi nilainya.”

Pengangkutan awam juga merupakan salah satu daripada booster hartanah yang meningkatkan nilai hartanah. Anda boleh jangkakan nilai hartanah yang berada dalam radius 1KM dari pengangkutan awam meningkat melebihi 6% setahun.

Terbaru, Iskandar Malaysia yang terletak di Johor Darul Takzim bakal mencatatkan sejarah sebagai bandar pertama di Malaysia & Asia Tenggara yang menguji sistem Automated Rapid Transit (ART).

Automated Rapid Transit (ART) ini boleh digambarkan sebagai bas, tren dan tram.  Dilengkapi dengan sistem sensor yang boleh membaca trek di jalan raya, lantas membolehkannya untuk mengemudi laluannya sendiri secara automatik.

Sumber Imej : Skyscrapper MY

Baca : Boleh Ke Dapat Cashflow & Capital Gain Serentak Dalam Hartanah?

Ia juga mampu bergerak sehingga 70 km/j & membawa lebih 300 penumpang dengan 3 gerabak.

Sistem ART ini telah dibawa masuk oleh Mobilus Sdn Bhd dan dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2021.

Mobilus adalah syarikat usaha sama di antara Ireka Corporation Bhd dan CRRC Urban Traffic Co Ltd dalam usaha merebut peluang perniagaan pengangkutan bandar di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ia merupakan salah satu daripada ujian laluan untuk projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) – sebuah sistem transit yang komprehensif untuk Iskandar Malaysia, meliputi rangkaian lebih 2,000 kilometer untuk Fasa 1.

Tiada landasan tetap seperti MRT, LRT dan KTM yang perlu dibina untuk ART kerana sistem ini menggunakan sistem jalanraya dan mempunyai ciri-ciri komunikasi yang berhubung dengan lampu isyarat.

Sungguhpun hanya sesuai untuk kapasiti sederhana untuk pengangkutan, sistem ART ini menggunakan sepenuhnya kuasa elektrik dan hidrogen tanpa mencemarkan persekitaran seperti sistem kereta api konvensional.

Baca : Stok Hartanah Yang Tak Terjual Di Johor – Perancangan Terancang Supaya Bumiputera Tidak Dapat Beli?

Sistem ART ini dilihat mampu memberi faedah kepada ratusan ribu rakyat negeri Johor sebagai medium pengangkutan utama dan solusi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Laluan utama ART menghubungkan Iskandar Puteri, Skudai dan Tebrau dan mampu meliputi 90% daripada populasi Iskandar Malaysia.

Fasa pertama sepanjang 51KM merangkumi 39 stesen:

  • 19 stesen di Tebrau
  • 13 stesen di Skudai
  • 7 stesen di Iskandar Puteri
Sumber Imej : Iskandar Malaysia BRT

Setiap stesen dan terminal mempunyai fasiliti seperti kedai runcit, lif dan eskalator, serta surau dan tandas.

Sistem ART sebenarnya telah digunapakai dengan meluas di bandar-bandar utama di China dan mengendalikan 25,000 pengguna setiap hari. Ianya berjaya mengurangkan 20% daripada kesesakan trafik semenjak dilancarkan pada Disember 2019 yang lalu.

Apa yang lebih penting, sistem ART ini menggunakan sepenuhnya sistem tenaga hijau dan hanya mengambil masa 10 minit untuk perjalanan dengan jarak 25KM.

Baca : Ulasan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2020, 6 Perkara Yang Berlaku

Penduduk Johor Bahru boleh berkira- kira untuk mula membuat ‘property hunting’ di kawasan jaringan pengangkutan ART sebelum terlambat!

Sumber Rujukan :

This image has an empty alt attribute; its file name is faizul-ridzuan-21-feb-2021-700x394.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 14 Mac 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman