Dengan Modal RM300,000, Berapa Luas Rumah Anda Boleh Dapat Di Malaysia?

Pada 5 April yang lalu, industri hartanah tempatan ‘kecoh’ seketika apabila penetapan harga kediaman mampu milik oleh kerajaan pada RM300,000 dengan keluasan minimum 900 kaki persegi dikatakan berpatutan bagi kebanyakan negeri dan daerah di seluruh Malaysia.

Sementara itu, harga rumah di Malaysia dikatakan sangat tidak mampu milik mengikut piawaian antarabangsa.

Rata – rata rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah yang baru dibangunkan berikutan harganya di luar keupayaan kewangan mereka.

Baca : Projek CSR Booster Hartanah Terbaru Di Kelantan

Sumber sahih daripada NAPIC, Jabatan Statistik Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) mencadangkan harga rumah di Malaysia perlu ditawarkan pada harga maksimum RM282,000 untuk golongan M40.

Golongan M40 sebenarnya merupakan golongan yang paling tersepit di Malaysia kerana tidak layak untuk mendapat bantuan seperti golongan B40 walhal mereka tidaklah sekaya golongan T20.

Sekiranya benar harga rumah di Malaysia ditawarkan pada harga RM300,000 ke bawah, apa pula penawaran jenis hartanah oleh pemaju?

Jika anda menyemak portal carian hartanah seperti iProperty dan Propertyguru, memang banyak jenis hartanah yang ditawarkan pada harga di bawah RM300,000.

Akan tetapi, keluasan dan jenis hartanah adalah berlainan mengikut lokasi hartanah tersebut.

Baca : [TERKINI] Median Harga Rumah Di Malaysia Bulan Januari – Julai 2020

Untuk itu, artikel kali ini bakal mengupas keluasan rumah yang anda boleh dapatkan di Malaysia dengan modal RM300,000.

Tunjang artikel ini adalah berdasarkan infografik yang dikongsikan portal Hi Home hasil daripada sumber iProperty, Propertyguru dan Mudah.my

Modal RM300,000 Berapa Luas Rumah Anda Boleh Dapat Di Malaysia?

Sumber Imej : Hi Home

520 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 520 kps di Damansara, Selangor.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah SoHo.

650 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 650 kps di Georgetown, Pulau Pinang.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah SoHo.

700 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 700 kps di Putrajaya.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah SoHo.

900 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 900 kps di Johor Bahru, Johor.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah SoHo, apartmen, flat dan teres setingkat.

1,000 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 1,000 kps di Petaling Jaya.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah SoHo, apartmen dan flat.

1,030 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 1,030 kps di Shah Alam, Selangor.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah SoHo, apartmen, flat dan teres setingkat.

1,200 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 1,200 kps di Melaka, Seremban, Negeri Sembilan, Miri, Sarawak dan Ipoh, Perak.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah SoHo, apartmen, flat dan teres dua tingkat.

1,300 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 1,300 kps di Kuala Terengganu, Terengganu dan Kangar, Perlis.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah teres setingkat dan Semi D.

1,400 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 1,400 kps di Alor Setar, Kedah, Kota Bharu, Kelantan dan Kuantan, Pahang.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah teres setingkat dan Semi D dan banglo.

Baca : Kenapa Harga Rumah Di Sabah Mahal?

1,700 kps : RM300,000

Untuk harga RM300,000 anda hanya boleh mendapatkan hartanah seluas 1,400 kps di Kuching, Sarawak.

Jenis hartanah yang anda boleh dapatkan adalah apartmen dan teres dua tingkat.

Baca : Bagaimana Isu Politik Beri Kesan Kepada Harga Rumah Di Malaysia

Berdasarkan infografik dan data di atas, dapat kita rumuskan bahawa harga tanah memainkan peranan yang sangat besar dalam penawaran harga hartanah di sesebuah lokasi.

Selain daripada itu, booster hartanah seperti peluang pekerjaan, pengangkutan awam dan institusi pendidikan turut mempengaruhi nilai hartanah di kawasan tersebut.

Baca : “Booster” Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

Semakin tinggi nilai tanah, semakin kurang penawaran keluasan kediaman.

Sumber Rujukan :

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman