4 Kos Yang Anda Perlu Bayar Jika Ingin Jual Rumah

Selalu dengar nak beli rumah kena sediakan modal untuk bayaran downpayment, kos guaman, setem duti, kos renovation, duit upah lori, mover, dan lain-lain lagi.

Tetapi sebenarnya nak jual rumah pun kena keluarkan sedikit modal. Maksudnya duit hasil jualan rumah tersebut kita tak dapat sepenuhnya.

Sebagai contoh, harga jualan pada kadar RM500,000 tetapi hasil tersebut kita tidak dapat bersih, ada beberapa yuran atau cukai yang perlu dijelaskan.

Jom kita hadamkan beberapa kos sekiranya ingin jual rumah seperti berikut:

1. Yuran Agensi Hartanah

Standard di Malaysia akan mengenakan yuran maksimum sehingga 3 peratus.

Apabila kita melantik agensi hartanah untuk mengendalikan penjualan rumah, mereka akan melakukan semua kerja dari proses pemeriksaan rumah, pengiklanan, komunikasi dengan bakal pembeli, berurusan dengan peguam, pejabat tanah, pihak bank dan segala urusan berkaitan sehinggalah proses pindah milik selesai.

Jadi itulah nilai yang perlu kita bayar di atas semua kerja-kerja yang dibuat.

Sebagai contoh, harga jualan rumah RM500,000 maka yuran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM15,000. Pembeli akan membuat bayaran tersebut ke akaun agensi hartanah (bukan akaun persendirian) sebagai tanda untuk booking rumah.

Selaku tuan rumah, kita juga boleh menjual sendiri rumah tersebut tetapi masih perlu mengeluarkan sedikit kos untuk pemasaran, pengiklanan, duit pengangkutan, dan masa.

Pilihan di tangan anda sama ada nak jual sendiri atau nak lantik agensi hartanah.

2. Yuran Guaman

Tuan rumah perlu melantik peguam untuk menguruskan perjanjian jual beli rumah. Peguam akan menyediakan surat tawaran dan perjanjian tersebut.

Selain itu, peguam juga berperanan mengendalikan semua hal yang berkaitan undang-undang dalam proses jual beli tersebut. Lantikan peguam adalah bebas sama ada melantik peguam yang sama dengan pembeli atau melantik peguam yang berlainan.

Jika lantikan adalah peguam yang sama, mungkin dapat berjimat sedikit daripada segi kos. Secara kasarnya, kos yang perlu dibayar adalah 1 peratus daripada harga rumah.

Sebagai contoh, jualan rumah pada harga RM500,00 maka kos guaman adalah sebanyak RM5,000.

3. Kos Penambahbaikan

Image by Ulrike Leone from Pixabay

Untuk mempercepatkan proses penjualan rumah, kita perlu mengeluarkan sedikit modal untuk penambahbaikan rumah. Di luar sana, ramai lagi yang ingin menjual rumah dan ingin mendapatkan pembeli dengan cepat.

Jadi tidak salah kita posisikan rumah yang ingin dijual dengan mengeluarkan sedikit kos seperti mengecat semula, menggantikan jubin yang pecah atau menukar kipas yang sudah usang.

Kita perlu meletakkan diri sebagai pembeli, adakah ingin membeli rumah yang telah usang dan tak diselenggara dengan baik?

4. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Apabila kita mendapat hasil dari jualan rumah tersebut, kita perlu membuat bayaran cukai kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam bahasa mudah, kita perlu membayar cukai kepada kerajaan di atas keuntungan yang diperolehi tersebut. Tetapi buat masa sekarang dan untuk merancakkan sektor hartanah, kerajaan telah mengecualikan CKHT terhad kepada 3 unit hartanah kediaman.

Kediaman sahaja, untuk aktiviti komersial seperti shop lot tidak termasuk dalam inisiatif ini.

Sebagai tambahan, setiap individu mempunyai kuota satu pengecualian CKHT seumur hidup. Bermakna, jika kita hanya menjual sekali hartanah kediaman seumur hidup, memang tidak akan dikenakan cukai.

Hartanah kediaman bernilai RM200,000 dan ke bawah juga tidak dikenakan cukai.

Selama ini dah tahu kos nak beli rumah, tapi sekarang anda dah tahu pula kos nak jual rumah.

Kalau nak beli rumah subsale kena standby lebih kurang 15% daripada harga rumah yang hendak dibeli, nak jual rumah pula kena standby lebih kurang 5% daripada harga rumah yang hendak dijual.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Perunding Hartanah, Takaful, dan Pelabur Runcit di Pasaran Bursa Malaysia
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

This image has an empty alt attribute; its file name is webinar-faizul-ridzuan-4-april-2021-700x393.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 25 April 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA